BERTEMU BLOGGER BRO FRAMESTONE DI BERJAYA TIMES SQUARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Ammar.
Rasanya dah lama blog Ammar ni tak cerita pasal personal. Semenjak dua menjak ni asyik cerita pasal isu-isu semasa je. Ok. Sekarang Ammar cuba untuk cerita pasal diri Ammar pulak sebab rasa macam tak best lah traffik tinggi-tinggi tapi tak merasa kepuasan blogging. Tak macam dulu, ramai je orang datang blog dan komen entri-entri. Rindu pulak saat tu. Ammar akan cuba jadi macam dulu balik. Bila korang datang sini dan komen blog ni Insyaallah akan Ammar balas setiap komen tu kalau sempat.

Berbalik mengenai tajuk Bertemu Blogger Bro Framestone tu sekarang Ammar cerita macam mana boleh berjumpa dengan Bro tu. Sebenarnya semalam Ammar boring-boring dan terfikir satu benda. Nak tahu tak apa benda tu? Ok. Sebenarnya semalam Ammar tertanya-tanya macam mana blog yang traffik lebih rendah dari blog Ammar ni tapi dapat income lagi tinggi. So Ammar post pasal persoalan tu dekat facebook dan Bro Framestone jawab.

Bro Framestone cakap nak jumpa face to face sebab nak cerita pasal buat duit dengan blog ni. So petang tadi Ammar pun pergi lah jumpa Bro Framestone. Banyak benda juga kitorang sembang dan banyak tips-tips dari Bro Framestone yang Ammar dapat. Terasa diriku terlalu kerdil dalam dunia blogging ni, banyak benda sebenarnya yang Ammar tak tahu.

PA080232
Bergambar kenangan bersama Bro Framestone sebelum balik.

PA080233
Merah lawan kuning. Mana satu pilihan hati?

PA080234
Ada ke patut kawan aku cakap muka aku yang ni macam kartun.

PA080230
Bro Framestone tengah usha awek sebelah tu. Cool je cara dia usha awek kan?

PA080231
Tak perlu kata apa-apa senyum….

{ 8 comments.. read them below or add one }

atiqsalleh atiqsalleh 9 Oktober 2011 1:14 PG
tak abis2 dgn sweater kuning ye tue
Lulu Caldina Lulu Caldina 9 Oktober 2011 1:23 PG
setakat ni, lulu dah separuh jalan.. so far, memang boleh tahan.. lebih hebat dari nuff.. kena rajin tempek iklan churp2 kat blog, FB dan twitter.. lepas tu berharap semoga orang akan klik..

Churp2 tu kena sign in selalu sebab iklan akan masuk bila2 masa sahaja.. boleh share, lagipun yang bestnya, kita boleh set kan iklan tu automatik post kat FB dan twitter
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 9 Oktober 2011 2:36 PG
atiqsalleh@ Bro suka warna kuning kot.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 9 Oktober 2011 2:37 PG
Lulu Caldina@ Boleh lah ajar Ammar cara untuk dapat income ngan churp-churp kan? Ammar tak berapa reti sangat lah
Bro Framestone Bro Framestone 9 Oktober 2011 1:36 PTG
awek...??
aset duniawi

isteri..??
aset dunia dan akhirat
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 9 Oktober 2011 6:21 PTG
SoLy SoLicious@ Bukan gath rasmi pn. Sb just nk cakap pasal iklan je.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 9 Oktober 2011 6:21 PTG
Bro Framestone@ BRO... Tolong carikan saya calon isteri boleh?