23 Okt 2011

CINTA SIBER OH

Untitled
Rasa macam tak percaya je Ammar join segmen BEN ASHAARI ni. Dah lama sangat tak join segmen dari Bro ni. Bukan apa, sebenarnya sebelum ni Ammar busy dengan belajar. Sekarang cuti semester so ada lah masa sikit nak join benda-benda macam ni. Dengan rasminya Ammar join segmen dari Bro Ben ni. Nak join KLIK SINI.

Ok. Berbalik kepada tajuk segmen ni Bro Ben suruh tulis pendapat mengenai CINTA SIBER, kelebihan dan kekurangan CINTA SIBER. Ok Ammar akan senaraikan kelebihan dan kekurangan CINTA SIBER.

KELEBIHAN CINTA SIBER
1. Mudah mendapat cinta sebab usha-usah awek dekat facebook pastu pilih mana satu yang berkenan di hati.
2. Mudah memilih citarasa hati. Sebab apa? Sebab boleh pilih nak yang macam mana, ada lesung pipit ke, pipit tembam ke, kulit putih ke, mulut muncung ke dan macam-macam lagi.
3. Jimat duit topup sebab tak payah nak call just chatting je, takpun webcam lagi best.
4. Terhindar daripada maksiat sebab masing-masing duduk jauh pastu jarang-jarang jumpa. Kan kan?
5. Boleh pilih nak awek dari negara mana, Afrika? Amerika? Canada? Tukistan? Indonesia? semuanya boleh.

KEKURANGAN CINTA SIBER
1. Akan mudah tertipu dengan si penipu yang berlagak alim.(benda ni pernah berlaku pada kawan Ammar, malu gila dia)
2. Jiwa dan raga akan terseksa sebab terlalu rindu dengan buah hati. Duduk jauh-jauh katakan. Jarang lah leh jumpa ye dak?
3. Akan mudah tertipu dengan mamat mamat hitam. Kes ni sering terjadi pada golongan wanita. Mudah percaya dengan ayat-ayat romantis mamat mamat hitam tu.
4. Time tak ada line internet tak boleh berhubung. Maklumlah, awek I kan duduk kat oversea nak call tak boleh sebab guna celcom mahal.
5. Tak tahu latar belakang sebenar awek yang korang bercinta tu. Entah-entah maknyah kot. Bhahahaha…

9 ulasan:

Awan Biru berkata...

Cinta siber.
Yang penting pandai kawal diri dan tidak mudah terbawa-bawa.

Aku DaN SeSuAtU berkata...

dari segmen yang sama,CINTA SIBER buruk baik bergantung kepada penerimaan diri sendiri.

safwanmahzin berkata...

dari segmen ini entri yang bernas cinta siber bagi aku banyak yang buruk dari yang baik..

jengah sini tgok points aku:

http://thelazy-ism.blogspot.com/2011/10/cinta-siber-oh.html

aida4eva berkata...

rasanya mcm byk buruk dr baiknya kot..

pandangan masing2...no offense :)

http://aida4eva.blogspot.com

BiQa HatmiN berkata...

tak boleh percaya ma.....haha

♥ J-ATIEEKA berkata...

banyak buruknyee kan ? hehe :) nak patah hati ble ditipu punn macam salah diri sndiri jee ^^

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

hai singgah dari blog ben. Hmm ada sepupu kita bercinta di facebook, tengok muka hensem gila. Rupenya bukan muka sebenar. Kitorg kesian kat dia..

Jom tukar bloglist WAJIB KOMEN nak di sini -->

Semua Dijemput Masuk Bloglist Saya

~ieda~ berkata...

hahaha...suke kbrkn yg last 2 sbb pnah jd kt kwn ida...btw, ida dr segmen yg sm jg...jengah n follow sn...naty singgah la blog ida ya ^_^

fuuyooh berkata...

Salam kenal Ammar..dtg dr blog abg ben..hihi

Kenali saya :)