2 Okt 2011

DIMANA HILANGNYA SIFAT MALU SEORANG WANITA

wanita-muslimah1

Wanita merupakan insan yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya. Sifat lemah lembut dan sopan santun jika dahulunya sering dikaitkan dengan insan bernama wanita. Berlainan pula jika dibandingkan dengan zaman sekarang kerana sifat lemah lembut dan sopan santun semakin terhakis dalam kalangan wanita. Hari berganti hari semakin susah untuk menemui wanita yang betul-betul dikelaskan sebagai wanita yang sopan dan lemah lebut.

 

Begitu  juga dengan sifat malu dalam kalangan wanita, kerana semakin hari semakin hilangnya sifat malu dalam kalangan wanita. Wanita sekarang sering membuang sifat malunya kerana tidak mahu dianggap kolot dalam kalangan kawan-kawannya. Bercerita mengenai tudung, ramai wanita Islam sekarang telah menjadikan tudung itu sebagai fesyen semata-mata dan bukannya untuk menutup aurat. Di dalam Islam tugas wanita Islam adalah menjaga aurat jika berhadapan dengan bukan muhrim. Segala perintah yang ditetapkan oleh Allah sering dilanggar kerana tiadanya sifat malu dalam diri wanita itu sendiri.

 

Berpakaian ketat dan bertudung dengan tidak sempurna sering dikaitan dengan wanita. Jarang sekali kita melihat lelaki yang berpakaian ketat terutamanya berseluar ketat. Perkara ini sering terjadi kepada wanita. Memakai seluar dan baju ketat dan pada masa yang sama bertudung. Tidakkah itu sebagai satu penghinaan terhadap Islam? Mengaku sebagai seorang Islam tetapi tidak mengikuti segala perintah daripada agama Islam itu sendiri. Lebih pelik lagi apabila wanita yang berpakaian seksi sehingga menaikkan nafsu lelaki sering menyalahkan lelaki jika ada lelaki yang sering memandang ke arahnya.

 

Berpakaian seksi dengan tanpa segan silu tetapi marahkan lelaki jika ada lelaki yang memandang? Satu situasi yang agak pelik kerana dalam hal ini bukanlah lelaki yang menjadi pemula kepada maksiat mata itu tetapi wanita itu sendiri. Lelaki mempunyai nafsu dan bukannya malaikat yang tidak mempunyai nafsu. Keseksianya wanita itu adalah punca utama kepada berlakunya maksiat mata. Bermula dari mata seterusnya, perbuatan dan akhirnya zina. Perkara inilah yang perlu kita jauhi.

 

Dimana hilangnya sifat malu dalam kalangan wanita? Janganlah tergolong dalam kalangan wanita yang sering menaikkan nafsu lelaki kerana itu boleh membuatkan wanita itu menjadi ahli neraka. Walallahualam…

2 ulasan:

Yatie Awang berkata...

InsyaAllah, ingin sekali menjadi wanita solehah yang masih tebal dengan sifat malu, akan cuba dan terus mencuba Amin

Mama Zharfan berkata...

moga2 kita semua akan sentiasa mendpt hidayat Allah..amiin