12 Okt 2011

GAMBAR BEDAH SIASAT MICHAEL JACKSON DIDEDAHKAN DI MAHKAMAH

172580-a-photograph-from-the-coroner-of-michael-jacksons-body-is-projected-by

Pendakwa raya sekali lagi mengejutkan mahkamah apabila sekali lagi mendedahkan gambar kematian Michael Jackson. Jika sebelum ini pihak pendakwa raya mendedahkan gambar kematian Michael Jackson di atas katil hospital, selasa lalu(semalam) pihak pendakwa raya sekali lagi membuat kejutan dengan menunjukkan gambar bedah siasat mayat Michael Jackson di mahkamah. Gambar tersebut didedahkan sebagai bukti untuk mendakwa Dr Conrad Murray, bekas doktor peribadi Michael Jackson atas kesalahan membunuh.

 

172582-a-projected-chart-showing-the-marks-on-michael-jacksons-body-is-shown-

 

Dr Conrad Murray didakwa dengan tidak sengaja menyebabkan kematian Michael Jackson sekitar Jun 2009 dengan memberikan ubat secara berlebihan.Dalam kenyataan membela pertama peguam Conrad Murray, Ed Chernoff memberitahu juri bahawa Michael Jackson sendiri mengambil dos propofol dan ubat penenang lorazepam secara berlebihan yang menyebabkan kematian bintang tersebut. Namun seorang doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mendiang Michael Jackson berkata adalah sesuatu yang mustahil untuk penyanyi itu menyuntik sendiri dos propofol ke dalam badan.

 

Doktor itu percaya, untuk Michael Jackson melakukan demikian, beliau perlu bangun dan sedar sedangkan dalam kenyataan kejadian sebelum ini, Michael Jackson sudah tidak sedarkan diri apabila Conrad Murray meninggalkannya untuk 2 minit. Ketika memberi keterangan kepada juri di mahkamah, doktor ini menunjukkan gambar sekitar bedah siasat Michael Jackon yang berlangsung & disiarkan secara eksklusif dibeberapa stesen televisyen.

172581-a-detail-of-the-photograph-from-the-coroner-of-michael-jacksons-body-i

Dr  Conrad Murray bakal menghadapi empat tahun penjara jika disabitkan kesalahan membunuh dengan tidak sengaja bintang pop itu.

 

Kata-kata dari Ammar: Ni buat Ammar takut untuk selalu keluar makan dengan Lisa Surihani ni. Nanti kalau Lisa Surihani jadi apa-apa tak pasal-pasal Ammar dipersalahkan. Kan kan?

7 ulasan:

Phat berkata...

x tenang ke hidup MJ sampai amik ubat penenang

AMMAR YASIR berkata...

Phat: Mungkin kot..bhahahaha...sempoi je soalan tu

Gen2Merah berkata...

lama betul kes bedah siasat MJ ni..

AMMAR YASIR berkata...

Gen2Merah: Tu lah pasal..lama gila

Puan tia berkata...

xhbs2 ngan ko punya lisa 2...

AMMAR YASIR berkata...

Puan tia: Tu kan awek Ammar...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

http://eekshop.com
There be dishonest and therefore a number of different scams you can find for those times when a resource box comes for more information about making your dollars throughout the going to be the internet it may be the even more difficult for additional details on are aware of that which of you to explore trust. We have for additional details on say that after our EDC Gold experience in the field element has happened to be a multi functional endorsement to explore have was able to find Derrick Harper and going to be the Wealth Funnel System. Derrick has keep your computer on the internet and based training four days an all in one week. He also has much more than 52 hours of up to the minute a video trainings on how to cope with market everywhere in the hose pipe