31 Okt 2011

GAMBAR HAIRUDDIN OMAR JADI IMAM SOLAT

Hairuddin Omar Jadi Imam
Walaupun Piala Malaysia sudah menutup tirainya Sabtu lepas namun bahang Piala Malaysia belum reda dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia. Majoriti peminat bola sepak tanah air belum menutup cerita mengenai Piala Malaysia 2011 dan banyak gambar-gambar berkaitan Piala Malaysia 2011 diupload ke facebook bagi menghangatkan lagi bahang Piala Malaysia.

Dalam pelbagai gambar yang diupload di facebook Ammar sangat tertarik dengan gambar diatas ini. Hairuddin Omar atau Hai O yang merupakan wira Negeri Sembilan dalam Final Piala Malaysia 2011 kelihatan di dalam gambar ini menjadi imam solat bagi pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan yang lain. Di dalam gambar ini juga turut kelihatan Jurulatih Negeri Sembilan Mohd Azraai Khor Abdullah.

Hairuddin Omar patut menjadi contoh terbaik untuk kita semua kerana beliau boleh menjadi imam kepada pasukannya dan bukan sahaja menjadi wira kepada pasukannya. Jelaslah disini bahawa suruhan Allah itu perlu diberi keutamaan dahulu sebelum membuat sesuatu yang tidak wajib. Berapa ramai penyokong Piala Malaysia 2011 yang sembahyang dan berapa ramai yang tidak sembahyang? Fikir-fikirkanlah. Jangan kerana perkara yang tidak wajib kita meninggalkan perkara yang wajib iaitu solat.


316171_231230216941257_100001628421871_682868_1818378389_n

1 ulasan:

eddy syrol berkata...

solat itu tiang agama..
harap wira N9 ni tak mcm wira red warrior g asik buat kontroversi dgn pompuan melayu sexy itu..huhuhuhu