GAMBAR RASMI KEMATIAN MUAMMAR GADDAFI

177113-muammar-gaddafi-killed-dead-body-photos-released
Sebelum ini dunia dikejutkan dengan berita penangkapan Muammar Gaddafi oleh Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). Selang beberapa ketika sekali dunia dikejutkan dengan berita kematian bekas pemimpin Libya itu. Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam mengesahkan kematian Gaddafi apabila mendapat maklumat dari Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.

Mayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya.


Gaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.
177108-muammar-gaddafi-killed-dead-body-photos-released
“Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya,” kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.


“Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya.” Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.
177107-muammar-gaddafi-killed-dead-body-photos-released

177109-muammar-gaddafi-killed-dead-body-photos-released

177112-muammar-gaddafi-killed-dead-body-photos-released

177111-muammar-gaddafi-killed-dead-body-photos-released
SUMBER BERITA: BERITA HARIAN
GAMBAR: BUCUBLOG

{ 7 comments.. read them below or add one }

ikatankasihku ikatankasihku 22 Oktober 2011 10:00 PG
tak sanggup nk tgk lama2.. huhuhu
deno deno 22 Oktober 2011 7:00 PTG
ini pendapat deno... bagi deno tak patut dia orang buat macam tu kat dia... walaupun dia bersalah, kenapa perlu bunuh dia? dah la dipukul teruk, dibunuh pula... gambar mayatnya pula tersebar luas..

ada byk lagi cara nak menghukum dia... dia boleh dipenjara... di mana perikemanusiaan? mereka lupa bahawa dia adalah ketua yg melindungi negara itu pada satu masa... mungkin dia bersalah, tapi kenapa diperlakukan seperti dia penjenayah atau pemberontak? ketua komunis yg kejam pun tidak dibunuh... manusia sekrang makin kejam...
Shiqin Zainal Shiqin Zainal 23 Oktober 2011 12:35 PG
ngeri lah. sadis nyer kematian die.

hurmmm pndangan sya rsa tak baek di sebarkan gmbar seperti tu,
macam membuka aib si mati.
waima die baek atau jahat sekali pun.

mmg niat nak beri pengajaran, tapi cukop lah sekadar tulisan.


p/s: pndapat setiap org berbeza.
:)
abu idris abu idris 23 Oktober 2011 12:41 PG
arrayah.info - Matinya Gaddafi, Umat Perlukan Perubahan Sistem bukan Penggantian Diktator
Awan Biru Awan Biru 23 Oktober 2011 10:10 PG
Kerana kuasa yang disalah guna.
red red 25 Oktober 2011 4:52 PTG
Kenapa mayat Gaddafi di biarkan sampai busuk??? kejam sungguh


http://cakapmerah.blogspot.com/2011/10/dunia-konspirasi-aaron-ramsey.html