21 Okt 2011

Panas!!! Isu Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Profesor Dr Abdul Aziz Bari Digantung Tugas Akibat Derhaka Kepada Sultan Selangor
aziz_bari
Sebelum ini Profesor Dr Abdul Aziz Bari iaitu pakar perlembagaan dikritik hebat oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati atas tindakannya mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama Ogos lalu.

Berhubung dengan isu itu, Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah digantung tugasnya sebagai pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Isu ini menjadi panas apabila suara inteleks dan akademik dijadikan isu politik dan dilenyapkan dalam kalangan masyarakat.

Penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari jelas menunjukkan usaha pihak tertentu untuk mengekang dan melenyapkan hak bersuara ahli akademik sebagai pengemudi negara demi memenuhi kegersangan parti politik pihak tertentu.

Kewujudan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab membuat laporan polis atas dakwaan hasutan sekaligus mencipta provokasi di dalam isu ini. Di dalam isu ini jelaslah menunjukkan suara inteleks dan ahli akademik terus dikuci dalam memberikan sebarang pendapat.

Dalam isu ini suka Ammar merujuk kepada komen dari Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang menyebut:
“Saya MEMBANTAH tindakan penggantungan Prof Dr Abd Aziz Bari (UIAM), kita tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia akan menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya. Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak. Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang & menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara.”

Pelbagai pihak memprotes tindakan UIAM menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa pages Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut. Pages facebook “10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari” dan “Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari” mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.

Setelah selesai solat Jumaat pada hari ini satu demontrasi aman telah berlaku di Masjid UIAM Gombak. Untuk melihat gambar sekitar demontrasi KLIK SINI.

2 ulasan:

Ibnu isa berkata...

Bro daripada baca dari mereka yang xtahu apa tentang prosedur UIA.. baiklah baca kenyataan Rektor(Naib Canselor) UIA.. walupun digantung, masih boleh datang UIA dan terima gaji penuh, ianya bukan pergantungan hukuman, tapi pergantungan siasatan, tu pun 7 hari je.. PEACEEEE YAWWW

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/10/mahasiswa-oh-mahasiswa-pergantungan.html

rebellion berkata...

walaupun begitu, tetap dianggap sebagai percabulan kepada hak "kebebasan akademik". UIA sebagai sebuah instusi pendidikan tak sepatutnya bertindak demikian. Bukan masalah gaji atau perggantungan siasatan, tetapi isu kat sini ialah ahli akedemik tidak bebas bersuara dan beramal dengan lunas2 ilmu yang dimiliki