5 Okt 2011

SAHAM APPLE JATUH SELEPAS PELANCARAN iPhone 4S

iPhone 4S Bukan iPhone 5
camera_hero
Seperti diwar-warkan sebelum ini di seluruh dunia tarikh 4 Oktober 2011 Apple bakal melancarkan iPhone 5, tetapi pada tarikh itu satu kejutan berlaku apabila jangkaan itu tidak tepat sama sekali. Sebaliknya Apple melancarkan iPhone 4S dan bukannya iPhone 5 seperti yang disangkakan.

Setelah pelancaran gadget terbaru itu dari syarikat Apple, saham syarikat itu jatuh 5%. Hal ini demikian kerana kemungkinan pengguna di seluruh dunia merasakan mereka tertipu dengan syarikat Apple. Bagaimanapun iPhone 5 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Namun tarikh pelancaran iPhone 5 tidak lagi diketahui.

iPhone 4S lebih laju dan berprestasi lebih baik berbanding iPhone 4 dilancarkan di Amerika Syarikat dan dijangka akan memasuki pasaran Amerika pada 14 Oktober 2011 dan Maxis Malaysia telah berjanji untuk membawa secepat mungkin ke Malaysia.
Antara ciri-ciri baru iPhone 4S adalah :
1. Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi
2. Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
3. Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
4. Bateri yang lebih besar dan tahan lama
5. Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
6. Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.




Tiada ulasan: