13 Okt 2011

SITI CONTOH TERBAIK UNTUK UMAT ISLAM

siti13
Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza sudah pasti ramai yang tahu siapakah empunya nama yang cantik molek itu. Siti Nurhaliza merupakan artis Melayu yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan di gelar penyanyi nombor satu di Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan ikon kepada semua remaja, wanita, kanak-kanak dalam negara ini. Pengaruh yang begitu kuat daripada Siti Nurhaliza sangatlah menjadi senjata utama untuk mengubah sikap rakyat di Malaysia ini. Sikapnya yang sopan santu, berbudi bahasa dan lemah lembut dalam tutur kata perlu dijadikan contoh yang baik.

Namun, di sebalik itu ada satu yang tidak sempurna iaitu cara pemakain tudung Siti Nurhaliza yang tidak sempurna menutup aurat. Siti merupakan ikon kepada semua dan jika kelakuan memakai tudung yang tidak lengkap menutup aurat itu sering ditunjukkan maka mudahlah wanita-wanita yang menjadikan Siti sebagai ikon mereka mengikuti cara pemakaian ini. Alangkah bagusnya jika Siti Nurhaliza menutup aurat dengan sempurna. Kita bersama-sama mendoakan supaya pintu hati Siti Nurhaliza terbuka untuk memakai tudung litup menutup aurat sepenuhnya. Semoga doa-doa kita di makburkan oleh Allah. Amin.

Bercerita mengenai Siti, disini bukanlah Ammar ingin menceritakan secara terperinci mengenai Siti Nurhaliza tetapi disini Ammar ingin menceritakan 9 Siti yang patut dijadikan contoh kepada umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam- Wanita suci yg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

Semoga Siti Nurhaliza tergolong dalam kalangan Siti-Siti yang boleh menjadi contoh terbaik untuk umat Islam di dunia ini. Mungkin Siti Nurhaliza akan tersenarai dalam 10 Siti terbaik.

SUMBER: DANISH IRFAN

25 ulasan:

Noraien berkata...

nice entry .

terasa jugak mse baca nie sebab nme aien pown ade Siti jugak tapi bile lah dapat jadi cam Siti2 yang dinyatakan nie :(

azrijohan berkata...

wah,nice entri..

mati-mati ingat siti nurhaliza masa mula-mula tadi.hehehe

http://azrijohan.com

AMMAR YASIR berkata...

Noraien: Insyaallah suatu hari nanti Aien akan jadi macam Siti2 tu

AMMAR YASIR berkata...

azrijohan: Ni Siti lain...harap2 Siti tu jadi mcm ni jugak lah

penulis senja berkata...

mak aku nama SITI AMINAH

azirock berkata...

aku sokong. sebab dia la yg paling sopan setakat ni. x pernah seksi2, xdak gosip2 liar, kira artis melayu terakhir la. Kalau pakai tudung, pastu baju x ketat2 dah konpem no 1 in da world.......

ZACK ENTRY berkata...

even dia sopan tapi tak bermakna dia ok..menutup aurat bukan sekadar tudung sahaja, even dia pakai baju menutup aurat tapi nampak bentuk tubuh badan pun sama je dia tak menutup aurat..

harap dia tergolong diantara 9 siti yang dinyatakan..

untuk jadi no.10 ? tak mungkin..^^,

Dylla Abas berkata...

suka entri ni.hajat nak jadi 9 Siti terbaik tu memang la ada kan.Tapi,jauhnya lagi perjalanan ni nak sampai ke tahap mcm tu.tapi,insyaAllah..saya akan cuba juga :)

ikatankasihku berkata...

contoh2 yang baik..dari nama jer dah mengambarkan keperibadian seseorang... :)

*singgah sini, salam kenal :)

AMMAR YASIR berkata...

azirock: Artis perempuan Melayu terakhir kan? HEHEHEH... Harap2 mcm tu lah

AMMAR YASIR berkata...

penulis senja: Sama-sama Siti lah kan? heeeeee... Nice

AMMAR YASIR berkata...

ZACK ENTRY: Harap2 dia x pakai ketat2 lah...

AMMAR YASIR berkata...

Dylla Abas: Insyaallah suatu hari nanti akan tergolong dalam kalangan 9 Siti tu.. Amin

AMMAR YASIR berkata...

ikatankasihku: Betul tu... sebut nama je dah sejuk hati dengar... kan kan?

Zul Fattah berkata...

betul tu.. harap2 lpas ni.. Siti mampu menjadi Idol dlam Islam

Tanpa Nama berkata...

kenapa ct jugak kena jadi contoh terbaik dlm islam?dia ada mewakili m'sia dlm tilawah AL-QURAN ke?tolongla jgn nak agung2kan sgt minah ni.bg aku dia ni mcm biawak yg penuh dgn lumpur2.jijik aku tgk cara dia bertudung,kalau setakat bertudung separa2 jgn pakai langsung.

miss ryrinn _ angin berkata...

anonymous , objektif sebenar entry ni nak cita pasal 9 siti contoh tu . yang ct nurhaliza ni intro die je . laaa len kali bace dan fahamkan betul betul dulu .

AMMAR YASIR berkata...

Zul Fattah: Insyaallah suatu hari nanti

AMMAR YASIR berkata...

Anonymous: Saudara silap info ni...entri sebenar bukan nk cite pasal Siti Nurhaliza tapi 9 Siti tu

AMMAR YASIR berkata...

miss ryrinn _ angin: bETUL tu Cik Angin... Thanks!!!!

eddy syrol berkata...

suke entry ini (~_~)

AMMAR YASIR berkata...

eddy syrol: Suka kat mana tu? Heeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

Orang yang pernah meruntuhkan rumahtangga orang lain pada saya tak layak di jadikan sebagai muslimah contoh kepada yang lain. Daripada segi pemakaiannya pun, dengan baju yang sendat dan sekejap bertudung kemudian tidak...hmmm...terlampau jauh untuk di jadikan contoh kepada yang lain..

Tanpa Nama berkata...

Siti yg lain lain tu saya sokong!

IMaN OffiCiaL berkata...

Allah itu maha penganpun dan maha mengasihani terhadap hambanya...jika ditakdirkan allah untuk memberi hidayah dan membuka hatinya x mustahil....manusia blh berubah, daripada kejahilan kpd kebaikan dan juga sebaliknya....Allah di mana-mana.. tak kira tempat, tak kira masa, dan tidak mengira batas. ... Walaupun ianya diberikan melalui perantaraan manusia atau makhlukNya yang lain, ..... berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk dan hidayah kpdnya.itu yg sebaiknya....