SOALAN PERCUBAAN SPM 2011

DOWNLOAD SOALAN PERCUBAAN SPM 2011
mukatrial
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Ammar.
Sekarang dah mula peperiksaan PMR 2011 dan mungkin sudah ramai yang tak nak cari soalan percubaan PMR. Dengan ini Ammar kongsi koleksi kertas soalan percubaan SPM 2011 kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Kalau zaman sekolah dulu ramai cikgu cakap kalau nak skor A dalam peperiksaan mesti hafal soalan percubaan sebab banyak soalan dalam peperiksaan percubaan tu yang masuk masa peperiksaan betul nanti.

Ammar ingat lagi masa Tingkatan 6 dulu. Cikgu asyik bagi soalan percubaan STPM je memanjang. Bukan apa sebenarnya dia bagi, sebab dia dah tahu soalan tu lah yang bakal masuk exam nanti. Ammar siap hafal lagi soalan percubaan STPM tu dan akhirnya bila masuk exam je sebijik soalan tu yang masuk. Bersyukur sangat-sangat sebab masa exam dulu kebanyakan soalan yang masuk dah baca sebelum ini. Jadi jawab soalan tu dengan senang lah kan?

Tapi pesanan Ammar untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan yang tak lama lagi ni, jangan lupa buat kajian pasal soalan peperiksaan tu. Ada jugak soalan-soalan peperiksaan yang lepas-lepas pun masuk exam. Sebaiknya dapatkan soalan peperiksaan tahun-tahun sebelum ini kerana biasanya ada jugak soalan yang sama dimasukkan setiap tahun. Kenalpasti soalan-soalan yang sering masuk untuk peperiksaan sebenar dan skor soalan tu Insyaallah dapat A. Pastikan kita menjadi pereka kepada soalan ramalan spm 2011 sebab biasanya orang yang suka ramal-ramal ni lah yang akan berjaya. Apa-apa pun Ammar nak ucapkan kepada adik-adik semua selamat menempuhi peperiksaan dan semoga berjaya ke menara gading kelak.

Khas untuk adik-adik yang tersayang Ammar kongsi link untuk dapatkan soalan percubaan untuk semua negeri pada entri ni. KLIK SINI untuk mendapatkan soalan percubaan SPM 2011. Blog tu dipanggil BANK SOALAN SPM. Hebat kan? Bank soalan SPM. Kalau bank mesti banyak soalan kan? Macam bank betul-betul tu banyak duit kan?

3 comments.. read them below or add one

miss ryrinn _ angin miss ryrinn _ angin 6 Oktober 2011 2:53 PTG
nak nak nakkkk SPM jugakkk ! hehehe
dayu_myself dayu_myself 6 Oktober 2011 4:24 PTG
pergh...rindu gila zaman spm...
erghhh...
_cik fatihah_ _cik fatihah_ 7 Oktober 2011 1:45 PG
download paper trail spm juge , bole dijadikn latihan tuk adek angkat .. anyway , nice entry .. slh satu juge tnde kite memberi semangat kpde mereka yg bakal meduduki spm .. Hehe