1 Okt 2011

STEVE JOBS DULU DAN KINI

GAMBAR STEVE JOBS DULU DAN KINI
Steve Jobs merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengurusan. Steve Jobs merupakan seorang pengasas dan CEO jenama paling terkenal di dunia iaitu Apple. Berita mengenai perletakan jawatannya sebagai CEO Apple pada 24 Ogos 2011 mengejutkan dunia kerana beliau adalah nama besar yang memajukan syarikat Apple itu.

Kejayaan syarikat itu merupakan perkaitan rapat antara gaya pengurusan Steve Jobs yang sangat bagus. Ramai yang mengatakan syarikat Apple akan jatuh jika tiada Steve Jobs. Paling mengejutkan lagi apabila ada orang yang mengatakan Steve Jobs tidak boleh sakit kerana beliau sangat berguna untuk syarikat Apple. Kreativitinya yang sangat unik membuatkan beliau adalah salah seorang pemikir produk berasaskan komputer yang sangat disanjungi. Setiap kata-katanya membuatkan ramai percaya kerana ramai yang mengetahui setiap ideanya pasti boleh dilakukan walaupun dilihat tidak masuk akal.

Mantan CEO Apple ini merupakan seorang yang berpandangan jauh ke hadapan dan sering mengeluarkan idea yang tidak terfikir oleh manusia lain. Namun, beliau terpaksa akur juga apabila menghidapi penyakit barah pankreas dan terpaksa meletak jawatan sebagi CEO syarikat Apple. Keadaan Steve Jobs sekarang amat menyedihkan. Beliau tidak mampu berjalan dan bergerak sendiri, perlu dipimpin oleh seseorang. Kini, hanya tulang yang timbul di badan beliau. Diharapkan dengan pelancaran produk Apple pada 4 Oktober ni dapat memberi sedikit kekuatan dalaman kepada Steve Jobs untuk hadir ke pelancaran produk itu.
Steve Jobs 4
Steve Jobs 5
Steve Jobs 6
Steve Jobs 3
Steve Jobs 2
Steve Jobs
Steve Jobs Sakit

Tiada ulasan: