STEVE JOBS MENINGGAL DUNIA

PENGASAS APPLE STEVE JOBS MENINGGAL DUNIA
steve-jobs-meninggal-dunia
Jika sebelum ini dunia dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Steve Jobs sebagai CEO Apple Inc tetapi semalam dunia dikejutkan lagi dengan berita kematian bekas CEO Apple itu. Steve Jobs yang merupakan mantan CEO syarikat Apple Inc itu diumumkan oleh syarikat Apple telah meninggal dunia pada tarikah 5 Oktober 2011. Kematian beliau adalah disebabkan penyakit kanser pankreas yang semakin teruk. Kematiannya ketika berumur 56 tahun menandakan berakhirnya sebuah legasi di syarikat gergasi komputer dunia, Apple.

Dalam satu kenyataan pemilik syarikat Microsoft “Kematian Steve Jobs benar-benar mengejutkan bukan sahaja kami, malah semua orang di seluruh dunia. Bill Gates turut berkata, “Dunia jarang melihat seseorang seperti Steve, seseorang yang mampu memberikan kesan dan ingatan pada generasi akan datang.”

Steve Jobs merupakan seorang pemikir dan penginovasi produk yang berasaskan komputer iaitu produk keluaran Apple. Dunia percaya dengan kemahirannya dalam penghasilan produk Apple yang jauh lebih hebat dari produk-produk berasaskan komputer yang lain. Setiap produk yang terhasil daripada buah fikiran Steve Jobs sering mendapat sambutan hangat diseluruh dunia kerana produk yang dihasilkannya begitu unik. Kematian Steve Jobs bakal memberi kesan yang mendalam kepada seluruh dunia.

Ikuti kisah Steve Jobs dulu dan kini di entri sebelum ini. KLIK SINI

0 comment... add one now