APA ITU GOOGLE SITELINK?

CARA UNTUK MENDAPATKAN GOOGLE SITELINK
Site Link
Sebelum Ammar memberitahu bagaimana cara untuk mendapat google sitelink sebaiknya Ammar menerangkan dahulu apa itu google sitelink. Google sitelink sebenarnya diperkenalkan pada tahun 2007 tetapi kurang dikenali ramai berbanding google pagerank.

Sitelink adalah link-link yang muncul dibawah nama blog atau website hasil carian di google search. Sebagai contoh sila lihat gambar diatas. Gambar diatas ini menunjukkan 6 sitelink yang diperolehi oleh blog ini apabila Ammar menaip “blog ammar” di google search.

Sitelink juga membantu memberi penjelasan yang lebih mengenai sesuatu blog atau website. Sitelink merupakan satu hadiah dari google untuk sesuatu website atau blog. Tidak semua blog atau website mendapat sitelink dan google juga tidak menjelaskan bagaimana cara untuk sesuatu blog atau website itu untuk mandapatkan sitelink.

Namun hasil kajian menunjukkan website atau blog yang mendapat sitelink bercirikan seperti berikut:
  1. Blog atau website yang mendapat kedudukan teratas bagi sesuatu carian Google.
  2. Blog atau website mudah diakses oleh spider.
  3. Blog atau website mengalami aliran traffic yang tinggi.
  4. Mempunyai high natural search traffic.
  5. Outbound links yang useful.
  6. Inbound link dari site berkualiti tinggi (bertraffik tinggi).
  7. Blog atau website yang berusia setahun atau lebih.

Website dan blog yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas berkemungkinan tinggi untuk mendapat google sitelink. Namun Ammar tidak menjanjikan semua website atau blog yang mempunyai ciri-ciri itu mendapat anugerah google sitelink. Segala usaha yang anda lakukan mungkin membolehkan blog atau website anda dianugerahkan google sitelink oleh pihak google.

4 comments.. read them below or add one

Aqmil Lambung Aqmil Lambung 12 November 2011 6:00 PTG
google +1 kalau orang rekomen kat google website kite dengan tekan google +1 aku rase dapat sitelink jugak..





Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung
ARIIX SUCCESS TEAM ARIIX SUCCESS TEAM 30 November 2011 12:44 PG
tq for the info amar.. panduan yg baik utk freshie.. all the best
ARIIX SUCCESS TEAM MALAYSIA ARIIX SUCCESS TEAM MALAYSIA 30 November 2011 12:44 PG
tq for the info amar.. panduan yg baik utk freshie.. all the best