APABILA FAN PAGE FACEBOOK DIKEBAS

facebook_fan_page_how_create_id353768

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Semalam kecoh pasal isu Fan Page seorang blogger dikebas@dihack. Korang tahu kan apa itu fan page? Yang like like tu. Seperti sedia maklum Fan Page merupakan tempat yang paling sesuai untuk promosikan blog selain group dan wall.

 

Ammar kurang jelas pasal masalah dua orang blogger ni sebab tak tahu apa punca sebenar dan yang mana salah dan yang mana betul. Tapi Ammar agak kesian dengan nasib seorang blogger tu bila Fan Page yang dibeli dengan harga yang agak mahal tiba-tiba dikebas macam tu je. Apa perasaan korang kalau kena macam tu?

 

Paling menyedihkan lagi bila blogger tu terpaksa ganti rugi balik duit blogger lain yang sewa feed Fan Page untuk Page tu. Malang tidak berbau kata orang kan? Dahlah Fan Page kena curi lepas tu kena tanggung ganti rugi orang lain pulak.

 

Kepada blogger yang hadapi masalah tu Ammar harap dia sabar menempuhi ujian ini dan pesanan Ammar janganlah cepat percayakan seseorang sebab dalam internet ni macam-macam boleh berlaku, Tipu menipu ibarat macam perkara biasa je. Bila ditipu sekali jadilah itu sebagai pengajaran dan jangan cepat percayakan seseorang terutamanya pasal duit.

2 comments.. read them below or add one

Miss Masjue Miss Masjue 9 November 2011 4:16 PTG
dugaan..hurm..dunia internet nie bahaya jgak.wuwu
Belalang Hijau Belalang Hijau 9 November 2011 8:42 PTG
mmg dah berleluasa kes mcm tu skrg nih...