1 Nov 2011

BARU TIGA HARI BEKERJA PENGAWAL KESELAMATAN MATI DITEMBAK

PENGAWAL KESELAMATAN MATI DITEMBAK ROMPAKAN DI PUSAT UNIVERSITI MALAYA (PPUM)
pix_gal1
PETALING JAYA: Malang tidak berbau apabila seorang pengawal keselamatan ditembak mati dalam satu rompakan  nekad sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, berhampiran Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pagi semalam.

Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, bersama dua rakan setugas dalam perjalanan ke sebuah bank di Universiti Malaya (UM) selepas mengutip wang tunai RM173,000 dan puluhan cek dari Unit Kewangan pusat perubatan berkenaan, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu.

Dalam kejadian itu, tiga penjenayah bermotosikal tiba-tiba menghalang laluan kenderaan Toyota Hilux yang dipandu oleh pengawal keselamatan, sejurus menghampiri pintu keluar sambil mengacukan pistol dan mengarahkan mereka menyerahkan karung wang. Namun, mangsa yang duduk di sebelah pemandu tidak mengendahkan arahan lalu seorang daripada suspek melepaskan tiga das tembakan dengan dua daripadanya menembusi rusuk kirinya.

1 ulasan:

Rozita berkata...

pelik dgn berita ni.. kenapa bawak duit banyak2 tapi menggunakakn kenderaan yang takde ciri keselamatan langsung? syarikat ni bertanggungjawab tak?