20 Nov 2011

DUIT SYILING UNTUK BELANJA MAKAN

GAMBAR DUIT SYILING
Duit syiling
Alhamdulillah hasil tabungan Ammar selama di UPM ni akhirnya boleh di “cash out”(ayat hot blogger) dan akan ditukar kepada wang kertas pada malam ini di kedai Mamak. Sejak dari dulu lagi Ammar memang suka simpan duit syiling sebab dengan menyimpan duit syiling Ammar dapat belajar satu erti iaitu erti menghargai.

Mungkin ramai yang langsung tak pandang dengan duit syiling dan tidak suka diberi duit syiling. Bila dapat RM0.05 sen mesti buang macam tu je kan? Tapi Ammar tak buang, Ammar simpan walaupun harga tu tidak seberapa kerana Ammar tahu suatu hari nanti nilai itu semakin tinggi jika kita menghargai nilai yang ada sekarang. Hasil tabungan Ammar ini RM100.60. Memang tak terasa langsung simpan duit tiba-tiba dapat RM100.60. Rasa macam dapat free je.

Selagi kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada selagi itulah Allah akan memurahkan rezeki kita. Ammar masih ingat masa zaman belajar dekat Kolej dulu. Masa tu tak dapat pinjaman lagi dan suatu hari Ammar langsung tak ada duit untuk belanja makan minum. Saat getir macam tu lah Ammar gadaikan duit syiling yang ada untuk belanja makan, minum. Nak mintak dengan parent tak sampai hati sebab Ammar tahu diorang bukannya banyak duit sangat pun. Tanggung makan minum, sekolah adik-adik yang 9 orang lagi. Mana mereka nak cari duit tu. Sebagai seorang abang mestilah berusaha sendiri mencari duit.

Dengan ini Ammar belajar erti kehidupan sebenar, bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Selagi kita berusaha dan bersyukur dengan apa yang kita ada Insyaallah akan ada rezeki dimana-mana. Percaya dengan janji Allah.

4 ulasan:

sue bee berkata...

Hari tu,korek tabung jumpa duit syiling seringgit yang orang dah tak pakai lagi daa..3 keping lak tu..awak nak ke??

AMMAR YASIR berkata...

Nak nak..bagi lah...huhuhuuhu

Awan Biru berkata...

Satu sen tu pun duit apa. Ada nilai jugak. Awan pun suka kumpul duit syiling. Simpan dalam bekas Pringles lagi. Asal balik kerja, mesti masukkan syiling dalam bekas tu. Duit seringgit yang tembaga tu pun masih ada lagi dalam simpanan.

Tanpa Nama berkata...

saya suka entry ammar...bagus org yg suke menyimpan nie..selalu nya spi tua ...bagus ammar...tambah lagi satu tabung baru yer...buat sndiri jer...

cayok cayok..