IRFAN BAKTI UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA TERENGGANU

IRFAN BAKTI SAH MENINGGALKAN TERENGGANU
DSC_0099
KUALA TERENGGANU: Semalam, Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mengumumkan beliau akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia iaitu Terengganu apabila kontraknya berakhir 31 November ini. Irfan Bakti, 60, memberitahu sidang media bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama Terengganu.

Jelasnya lagi, pengundurannya adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Katanya lagi:

"Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk tidak menyambung kontrak bersama Terengganu. Tiada paksaan dan keputusan ini dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan PBSNT di sini.

Beliau berkata, Terengganu adalah antara pasukan paling bagus pernah dibimbingnya dan dia tidak akan melupakan negeri Penyu itu.

"Memang sedih nak tinggalkan negeri ini dan pemain, namun di saat ini saya terpaksa buat keputusan ini demi masa depan pasukan dan diri sendiri," katanya tanpa mengulas lanjut punca sebenar beliau mengambil tindakan itu.

Mengenai perancangan masa depan Irfan Bakti, beliau dikhabarkan akan menjadi jurulatih buat pasukan Selangor untuk musim depan. Terengganu bakal dibimbing oleh jurulatih baru iaitu Mat Zan Mat Aris pada musim depan.

1 comment... add one now

nurkaloi nurkaloi 1 November 2011 9:59 PG
selamat tinggal irfan huhuhu