9 Nov 2011

SERIBU KEGAGALAN LEBIH BAIK DARI SERIBU KEJAYAAN TANPA KEGAGALAN

hidup-berani-untuk-gagal-1

Kegagalan sering menjadi sesuatu yang tidak diingini oleh insan yang bergelar sebagai seorang manusia namun kegagalan itu adalah sesuatu yang sangat penting. Kegagalan merupakan langkah pertama untuk sesuatu kejayaan.

 

Ramai yang berkata aku tidak mahu gagal, aku tidak sukakan kegagalan tetapi masih ramai yang belum mengetahui bahawa kegagalan adalah sesuatu yang sangat penting untuk kehidupan. Sebenarnya ramai orang berjaya adalah tergolong dalam kalangan orang yang gagal dahulunya. Mereka bangkit dari kegagalan itu dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

 

Setujukah anda bila ada yang mengatakan “SERIBU KEGAGALAN LEBIH BAIK DARI SERIBU KEJAYAAN TANPA KEGAGALAN”? Mungkin ramai yang terfikir-fikir dengan kata-kata itu tapi sebenarnya kejayaan lebih manis apabila adanya kegagalan dari awal. Mereka pernah gagal dan terus gagal tetapi semangat dan usaha yang tidak pernah berputus asa akhirnya tercapai hasrat untuk mencapai kejayaan. Akhirnya mereka mendapat kemanisan kejayaan.

4 ulasan:

Cik tikah berkata...

setiap kegagalan mengajar kit auntuk terus berdiri di dunia nyata :)

miezah berkata...

kegagalan menjd tunggak utama kejayaan . ;))

kimmie berkata...

ambil pengajaran dari kegagalan.

Hazmin Hamudin berkata...

kesilapan dah kegagalan lalu banyak mengajar kita erti hidup yang sebenar.