10 CARA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH

BAGAIMANA CARA UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH?
buang.cinta.putus.cinta
Putus cinta merupakan sesuatu perkara yang menyakitkan. Melupakan orang yang kita sayang dan cintai sangat susah dan rumit. Lebih susah jika itu adalah cinta pertama. Cinta pertama merupakan satu perasaan yang pertama hadir di dalam hidup. Mana mungkin melupakan perasaan pertama itu dengan mudah. Namun, kita perlu akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodoh itu adalah ketentuan-Nya. Panduan dibawah ini mungkin membantu anda melupakan bekas kekasih.

1. Anggap dia tidak pernah wujud
Kita lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita terlebih dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari nanti sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak pernah wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah silam yang memeritkan itu.

2. Jangan hubungi dia lagi
Elakkan SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu membuatkan anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda mempunyai kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui anda masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tidak terluka.


3. Jauhi kawan-kawannya
Elakkan berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana untuk mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan pernah membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam. Jangan pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.


4. Sibukkan diri
Elakkan dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu membuatkan anda mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu untuk membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal, bolasepak, badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.

5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga
Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh menjejaskan kesihatan.


6. Elakkan bersendirian
Jangan sesekali bersendirian kerana saat itu membuatkan anda mudah terfikir kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah terusik apabila bersendirian. Tiada siapa yang menasihat anda ketika bersendirian dan anda mungkin sering salah membuat keputusan. Anda mungkin berada diantara dua, melepaskan dia buat selama-lamanya atau masih berharap untuk mendapatkannya.


7. Pergi beriadah
Beriadah adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari stress dan seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini. Berjoging bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat positif kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan bahagia hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda tetapi masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.


8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Saat-saat manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika seseorang itu dapat melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat manis bersama bekas kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan hilang apabila anda bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu melupakan saat-saat itu.


9. Jangan simpan barang-barangnya
Lumrah bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah sesuatu yang selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang disukai oleh pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk menghadiahkan sesuatu benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul ingin melupakannya sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang dihadiahkan olehnya dari pandangan mata anda atau buang semua barang-barang yang dihadiahkan olehnya itu.


10. Percaya kepada jodoh
Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai hambanya mampu merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh itu pasti datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun dicari. Terimalah hakikat bahawa dia bukanlah lagi jodoh anda.

4 comments.. read them below or add one

hawiz hawiz 3 Disember 2011 9:48 PTG
hurmm....hehe...skrg tgh bahagia...=)
Tanpa NamaTanpa Nama 3 Februari 2012 2:52 PTG
ssuh lar klaw laki 2 msih hbgi kte..
Tanpa NamaTanpa Nama 3 Februari 2012 3:44 PTG
KES SAYA NI NAK KATA MCM MANE YE...BEKAS KEKASIH LM NAK SAYA BALIK...PADAHAL DULU DIA YANG TGLKAN SAYA...SYA TERASA BERBELAH BAHAGI...SBB SEKARANG DAH ADA BF BARU...SAYA TAK DAPAT ELAKKAN DARIPADA NAK INGAT DIA KE APA SEMUA...SEBABNYA DIA TU KWN DARI KCIL LG...SKOLAH RENDAH SMA2..ADA HUBUNGAN KELUARGA BAU2 BACANG,DAN TGL PUN RUMAH TAK JAUH SANGAT..JLN KELUAR NAK G PEKAN ATAU BANDAR MESTI LALU RUMAH DIA...DAH TAK ADA JALAN LAIN..SBB SY MSH ANGGP DIA KWN LA SYA MSIH BHUBUNG DGN DIA TANPA PNGTAHUAN BF SYA SKRG..SMUANYA SBB2 YANG KAT ATAS TU...SITUASI SY NI BERBEZA SGT KAN..DULU SLALU DOA MINTA KAT ALLAH SPAYA SUATU HR NTI HATI DIA TERBUKA BLIK UNTUK SAYA...SKRG DOA TU DAH MAKBUL ATAUPUN KEBETULAN...SYA HANYA BERSERAH PADA TAKDIR ALLAH SJ SKRG NI...DIA LG MAHA MGETAHU SIAPA JODOH SAYA...
Tanpa NamaTanpa Nama 4 Februari 2012 6:58 PTG
hehe..bg sy plak..baik awk hargai bf bwu awk 2..skrg2 nya die hargai diri awk..die xtngglkan awk..law jdoh awk kuat dgn xbf awk 2..xkmne..law btol2 bf or xbf awk siyes dgn awk..meminang la cpt..bwu nmpk ksnguhhan mrka..kdg2 lelaki nie sje nak test power je..tmbhn law die nmpk xgf die ade org lain..mle la tcbr ego die..hu2.. so fkr la.. yg mne btol2 siyes dgn awk..dan yg mane skdar nak wat awk suke2 je..