10 FAKTOR PENGHALANG UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG

FAKTOR PENGHALANG UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG
 33-books
1. CINTA
Cinta selalunya membuat manusia buta dan hilang pertimbangan. Kerana cinta sanggup melakukan apa sahaja di luar jangkaan manusia normal. Pelajar yang gagal dalam cinta seringkali tewas ditengah jalan apabila gagal mengasingkan antara belajar dan cinta.

2. TIDAK MENGAMALKAN “FIRST THING FIRST”
Selalunya pelajar gagal mengutamakan perkara yang tidak penting dahulu sebelum perkara penting. Berbeza dengan pelajar cemerlang, mereka seringkali mengutamakan perkara penting dahulu.

3. IKUT KAWAN
Kata orang berkawan dengan penjual minyak wangi badan kita turut berbau wangi dan berkawan dengan pengangkut sampah badan kita turut berbau busuk. Samalah jika berkawan dengan kawan pemalas kita turut menjadi pemalas. Majoriti ramai pelajar gagal disebabkan selalu mengikut kawan.

4. TERLALU “ENJOY”
Lumrah menjadi remaja yang bergelar sebagai pelajar tidak lari daripada hidup yang inginkan kebebasan. Ramai pelajar yang inginkan hidup yang “enjoy” dan lupa tujuan sebenar belajar. Oleh sebab terlalu “enjoy” pelajarannya diabaikan dan akhirnya menjadi pelajar yang gagal.

5. SERING LEPAK
Sering lepak berjam-jam di kedai makan dengan bercakap kosong bersama rakan-rakan juga faktor penghalang untuk menjadi pelajar cemerlang. Pelajar cemerlang selalunya menghargai masa yang ada dan seringkali menganggap masa yang ada selalunya tidak cukup. Seringkali masa terluang dipenuhi dengan aktiviti belajar dan perkara yang berfaedah.

6. TIADA JADUAL BELAJAR
Apabila bergelar sebagai seorang pelajar, pengurusan masa sangatlah penting bagi mengelakkan masa yang ada digunakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Pelajar yang gagal biasanya tiada jadual belajar dan belajar mengikut mood. Apabila rajin mereka belajar apabila malas mereka tidak belajar. Tiada peranturan yang khusus yang diikuti oleh pelajar gagal. Berlainan pula dengan pelajar cemerlang, mereka seringkali patuh kepada jadual belajar dan menganggap jadual belajar adalah peraturan yang paling penting untuk diikuti.

7. BELAJAR SAAT AKHIR
Pada awalnya mereka selalunya berfoya-foya dan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti lepak, buang masa dengan perkara yang tidak penting dan sebagainya. Pada saat akhir(hampir peperiksaan) barulah mereka mula belajar dan mengulangkaji pelajaran selama ini.

8. MENINGGALKAN SOLAT
Solat adalah tiang agama dan tanpa solat seseorang itu tiada pegangan kepada agama. Sebagai seorang yang beragama Islam, solat adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan. Mereka yang meninggalkan solat selalunya tidak mendapat rahmat dari Allah S.W.T. Allah tidak akan mengasihi terhadap orang yang tidak mengingatinya. Solat merupakan tanda bahawa kita mengingati kepada-Nya. Allah akan selalu membantu insan yang selalu mengingati-Nya.

9. DOA TANPA USAHA
Selalunya pelajar gagal juga berdoa untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan namun mereka hanya sekadar berdoa tanpa usaha yang gigih. Mereka lupa bahawa “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan sesuatu kaum itu mengubah nasibnya”.

10. DERHAKA KEPADA GURU
Pokok pangkal segala ilmu yang dipelajari adalah restu. Tanpa restu dari GURU maka tidak berkat ilmu yang diperolehi. Jarang sekali kita melihat pelajar yang derhaka dan kurang ajar dengan GURU tetapi menjadi pelajar cemerlang. Pelajar yang cemerlang selalunya menjaga hati GURU dan tidak pernah melukakan hati GURU mereka.

4 comments.. read them below or add one

mizz.miza mizz.miza 4 Disember 2011 9:14 PTG
kan bagus kalau ramai yang tinggalkan bnde2 cenggini...
Alieza Dayasari Alieza Dayasari 4 Disember 2011 9:36 PTG
pelajar skrg byk pengaruhnya tu...
singgah2 jap di sini. smbil singgah sambil usha iklan...
sama2 tambah $$$.......
deno deno 10 Disember 2011 2:34 PG
betul tu... semoga kita dapat menjadi pelajar yang terbaik dengan menjauhkan diri dari sifat2 negatif tu... :)