CHELSEA KALAHKAN MANCHESTER CITY 2-1

cq5dam.thumbnail.490.338.margin
Rekod tanpa kalah Manchester City dalam saingan EPL akhirnya lebur apabila pasukan itu tewas pada Chelsea 2-1. Perlawanan ke-15 menentang Chelsea awal pagi tadi menyaksikan Manchester City mendahului perlawanan dengan 1-0 hasil jaringan Mario Balotelli pada minit kedua perlawanan.

Setelah setangah jam perlawanan, Raul Meireles berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan Chelsea. Separuh masa pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sergio Agüero dikeluarkan pada minit ke-64, digantikan dengan Kolo Touré bagi memperkuatkan barisan pertahanan mereka daripada terus diasak. Chelsea menambah sengat di bahagian tengah apabila memasukkan pemain berpengaruh mereka, Frank Lampard bagi menggantikan Raul Meireles pada minit ke-73.

Usaha berterusan Chelsea akhirnya membuahkan hasil, apabila bola percubaan Daniel Sturridge terkena tangan Joleon Lescott. Pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea, Frank Lampard tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-82.

Jaringan penatli Frank Lampard memastikan Chelsea mengutip tiga mata penuh untuk perlawanan   itu. Keputusan penuh perlawanan Chelsea VS Manchester City 2-1. Kemenanngan berpihak kepada pasukan Chelsea.

1 comment... add one now

amy djaini amy djaini 5 Februari 2012 6:31 PTG
Jangan salah faham ya pasal pembinaan gereja ini. Sebab pembiayaan tu adalah hasil duit orang orang gereja itu sendiri. Itu hak mereka. Kita dengan hak kita sendiri. Klu mereka boleh buat, kita pun sebagai muslim...seeloknya buatlah masjid yang mengagumkan didunia. Malaysia kan hidup dengan kebebasan agama. Malah negara kita adalah jauh lbh baik dari negara turki yang penduduknya 99% islam tetapi kehidupan seperti bukan Islam dan sekuler. Sedangkan islam di Malaysia hanya 60% tetapi masih menetapkan ciri2 islam yang baik.