DOA TAHUN BARU

DOA TAHUN BARU 2012
Hari ini 31/11/2011 merupakan tarikh terakhir untuk tahun 2011 dan keesokan hari kita semua bakal menyambut tahun baru iaitu tahun 2012. Fajar 2011 mula menyingsing dan sinar 2012 bakal muncul. Untuk mendapat keberkatan kita bersama marilah sama-sama kita membaca doa tahun baru untuk 2012 yang akan muncul esok hari. Semoga kita semua mendapat berkat daripada-Nya.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

200px-Basmala.svg
awal tahun
Doa awal tahun
Maksudnya:
Allah S.W.T berselawat keatas penghulu kami Muhammmad S.A.W., ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan keatas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

2 comments.. read them below or add one

Dr Love Dr Love 31 Disember 2011 12:46 PG
Semoga kita di limpahi rahmat hari2 yang mendatang.. ameen.
# selamat tahun baru ammar
Anastasyea Aida Anastasyea Aida 31 Disember 2011 11:31 PTG
Semoga tahun 2012 ni lebih bermakna dr tahun 2011 .. =)

http://www.anastasyea.com/