19 Dis 2011

EMPAT PELAJAR MAUT JATUH GAUNG DI JOHOR

4 GADIS MAUT MPV JATUH GAUNG
KEMALANGAN MAUT / KOTA TINGGI
Keadaan kereta jenis Toyota Innova selepas terjunam ke dalam gaung

Kota Tinggi: Empat remaja yang baru sahaja tamat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dekat sini, kelmarin. 4 orang mangsa itu dengan 2 orang lagi rakannya bersama-sama menaiki kenderaan MPV jenis Toyota Innova bagi meninjau peluang melanjutkan pengajian di pameran pendidikan dan kerjaya di Johor Bahru.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki Toyota Innova terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna itu melanggar bucu penghadang jalan serta papan tanda lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 90 meter.

MPV jatuh gaung
Lebih mangerikan, bumbung kenderaan itu terkopak menyebabkan seorang mangsa tercampak keluar dalam kejadian jam 5.30 petang di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, dekat sini, kelmarin.


4 Pelajar maut jatuh gaung
Empat yang maut ialah Ng Sin Yun, 17, dari Jalan Kelu Ramu, Kota Kecil; Winnie Ng, 18, dari Jalan Moi Hiang, Kota Kecil; Tey Jia Xin, 17, dari Kampung Lukut Cina serta Ching Hui Sean, 18.