31 Dis 2011

KATA-KATA HIKMAH

Kata-Kata-HikmahKOLEKSI KATA-KATA HIKMAH
Satu petikan yang Ammar ambil daripada kata-kata saintis terkenal dunia:
“Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Pengetahuan adalah terhad kepada semua yang kita tahu dan faham sekarang, manakala imaginasi merangkumi seluruh dunia, dan semua ada yang akan tahu dan faham”.

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH/ MUTIARA KATA LAIN:
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah daripada menilai seribu orang lain. Sedangkan manusia yang paling bijaksana itu ialah mereka yang menghakimi dan menilai diri mereka sendiri.
  • Anda adalah seorang pahlawan terbilang andainya dapat menewaskan musuh yang besar iaitu nafsu.
  • Anda adalah seorang jutawan budiman andainya suka menderma dan bersedekah.
  • Anda adalah seorang ratu cantik terhebat andainya ikhlas menutup aurat.
  • Anda adalah seorang ilmuan tersohor andainya suka beramal dan berkongsi ilmu.
  • Anda adalah seorang jelitawan dan rupawan andainya berakhlak mulia.
  • Anda adalah seorang yang alim dan warak andainya hati dipenuhi iman dan taqwa.
  • Anda adalah seorang ulama yang agung andainya berjuang dengan ikhlas, tidak riak dan sombong.
  • Anda adalah sahabat sejati andainya sentiasa berada di samping sahabat
    dalam semua keadaan sama ada senang atau pun susah.
  • Anda adalah pemimpin yang bijaksana andainya dapat melaksanakan amanah
    yang berat dengan jujur dan menunaikan janji.

Sambungan KLIK SINI

1 ulasan:

civics04 berkata...

Myla mengingatkan diri untuk berusaha menjadilbh baik..