KEBURUKAN MENGGUNAKAN IKLAN NUFFNANG PADA BLOG

Nuffnang-Logo
Suka Hot Chelle Rae? KLIK SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Ammar nak gunakan ayat “aku” kerana post ini adalah post yang “marah”. Bukan marah kepada pembaca tetapi kepada pengiklan iaitu Nuffnang. Sebenarnya pada awalnya aku tak nak cerita buruk pasal Nuffnang ni tapi bila terkena macam ni aku rasa patut untuk ceritakan hal sebenar mengenai Nuffnang ni. Hal ni aku ceritakan untuk kebaikan blogger-blogger lain. Aku berharap supaya blogger lain tidak terkena macam aku.

Untuk pengetahuan semua aku dah setahun letak iklan Nuffnang di blog ni dan pada awalnya memang susah untuk dapat income sebab traffik rendah. Tiga bulan aku buat blog baru dapat BE. Ada orang cakap susah nak dapat BE dan ada orang cakap senang nak dapat BE. Aku cakap senang nak dapat BE. Sebab apa? Sebab Nuffnang ni kena kipas-kipas sikit, bagi ayat-ayat jiwang sikit pasti cair dan lepas tu confirm dapat BE.

Setelah lama aku blogging maka traffik pun semakin tinggi lah. Cecah ribu-riba sehari dan apa yang aku geram dengan Nuffnang ni pernah dulu masa Nuffnang belum buat sistem update earning secara mingguan, earning aku langsung tak gerak. Traffik tinggi tapi earning langsung tak gerak-gerak. Masa tu aku masih sabar dan sabar. Setakat setahun aku blogging banyak jugak lah aku dapat BE tapi korang nak tahu tak earning aku berapa untuk setahun aku blogging? Ok aku straight to the point, RM300++. Bukan 3k tapi tiga ratus. Sungguh kejam kan?

Oleh kerana aku agak kecewa dengan Nuffnang aku pun letak iklan Adverlets kat blog ni. Pada masa yang sama BE aku dah jadi ME. Pendapatan satu ME tu ok jugak lah. Ada lah dalam RM70++ satu ME. Aku ingatkan bila BE dan jadi ME dia akan kekal pendapatan tu tapi tanggapan aku silap. Tiba-tiba status “Gelihati” aku hilang dan ME yang RM70++ tiba-tiba jadi RM40++. Masa tu memang aku geram sebab benda dah bagi tapi dia ambik balik. Buruk siku betul lah Nuffnang ni. Lepas tu aku pun post lah status pasal ni dekat facebook dan ada orang komen cakap Nuffnang potong sebab status biasa. Bukan status “Gelihati”. Tak boleh salahkan Nuffnang sebab itu terma dan syarat dia. Haramjadah lah kau dengan terma dan syarat tu. Huhuhuhuhu…. Ok. Aku sabar lagi dan aku buang balik iklan Adverlets.

Lepas aku buang iklan lain maka tinggallah iklan Nuffnang je di blog aku ni. Aku dapat status “Gelihati” balik dalam masa beberapa hari. Bila status tu ada balik maka ME aku pun jadi RM70++ balik. Lega sangat masa tu. Kalau tak silap pendapatan masa tu RM200++. Lepas tu aku cash out earning yang tak seberapa tu. Tunggu punya tunggu hampir sebulan setengah tapi masih tak sampai-sampai. Oleh kerana earning aku meningkat lagi RM100++ lepas tu aku cash out untuk kali kedua. Tapi earning yang lama tu masih tak sampai-sampai.

Oleh kerana aku tak tahan dengan penantian satu penyeksaan so aku pun hantar tiket kat Nuffnang kenapa earning aku tak masuk-masuk lagi, dah sebulan setengah dah cash out. Nak kata bukan status “Gelihati” dah “Gelihati” tapi tak masuk jugak. Diorang cakap kalau status “Gelihati” cek akan sampai dalam masa 30 hari. Tipu je Nuffnang ni. Mana cek aku tak sampai pun.

Tadi aku dapat email dari Nuffnang dan dia cakap eaning yang aku cash out tu kena reject dan dia masukkan balik earning tu kat dalam akaun nuffnang aku. Ok fine lah macam tu. Masuk balik dalam akaun asal tak hilang duit aku tu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Aku dapat mengesan tipu helah dan konspirasi pihak Nuffnang. Akhirnya earning aku yang RM300++ semuanya jadi RM200++. Korang tahu kenapa? Sebab sekarang ni aku dah tak ada status “Gelihati” lah. Agak kejam Nuffnang buat aku macam ni. Kejam dan bijak lah kamu ni Nuffnang.

Nak tahu kenapa dia reject balik cash out aku tu? Sebab dia tahu aku dah letak iklan lain dekat blog aku. Bila dia reject maka duit tu masuk balik dalam akaun nuffnang aku dan bila masuk balik akaun nuffnang aku duit RM300++ boleh jadi RM200++ je sebab sekarang status “Gelihati” aku dah tak ada. Maka Nuffnang dengan senang hati bayar kat aku RM200++ je semenjak setahun aku blogging. Sungguh baik hati kamu Nuffnang.

Nuffnang memang bijak menipu orang kerana terma dan syarat milik dia. Kalau nak naik mahkamah pun pasti menang dia. Tabik lah Bro Nuffnang. Pandai kau menipu blogger. Kau ingat aku mudah tertipu ke? Tidak semudah itu wahai Nuffnang.

Pesanan dari aku untuk blogger lain fikir-fikirkanlah kalau nak letak iklan tu. Kalau nak letak Nuffnang sudah semestinya tak boleh letak iklan dari pesaingnya iaitu Adverlets, Google Adsense dan lain-lain. Kuku besi sungguh Nuffnang ni. Macam lah earning banyak sangat. Bayang lah setahun letak iklan RM200++ je aku dapat. Berbaloi kan dengan Nuffnang? Pakai Adverlets seminggu pun dah nak cecah RM100. Macam mana? Yang mana lagi berbaloi?

Fikir-fikirkanlah. Ada orang cakap adverlets tak bayar earnings? Betul ke? Aku tak percaya selagi aku tak terkena. Sementara ni aku pakai Adverlets dulu. Kalau dia tak bayar nanti aku boikot dia pulak. Senang je kan?

{ 28 comments.. read them below or add one }

Asyraf Asnawi Asyraf Asnawi 21 Disember 2011 4:42 PTG
huhu.sabar2..saya dah pernah boleh cash out dri nuffnang.
Rabiatul Adawiyah Abd Rahim Rabiatul Adawiyah Abd Rahim 21 Disember 2011 4:49 PTG
Atul yg da 1thn lebih dgn Nuffnang ni pun earning tak sampai rm50 pun. Sedih gila! Tp tak tahu kenapa still setia dgn Nuffnang. -_-
Ieda Al-Habsyi Ieda Al-Habsyi 21 Disember 2011 4:54 PTG
nuffnang jugak pilih bulu, pilih org pemes bagai, bosan dowh! kene kipas kuat, siap pakai ekon lah! nak kipas? soryyy! takde kerja aku nak kipas nuffnang. blah la nuffnang, bosan! innity juga terbaikkkkk! :)
Lulu Caldina Lulu Caldina 21 Disember 2011 4:55 PTG
hari tu ada bbrp bln juga takde BE, senyap sepi walaupun UV cecah ribu dan naik dari hari ke sehari.. Itulah terfikir nak ubah.. Tapi, lulu sabar.. huhu mmg sabar... tapi tak pernah pula kena mcm ammar kena.. huhu pengalaman pahit ni
Natasya Assyira Mohammad Naim Natasya Assyira Mohammad Naim 21 Disember 2011 5:00 PTG
guna lah heartbeat & churp-2..blin.gd pun ok gak. sebab per click dapat 0.30sen http://tasyasyiera.blogspot.com/2011/12/iklan-berbayar-per-click.html
woot woot 21 Disember 2011 5:01 PTG
maintain pv 3k + 700 uv,no download,no live streaming,after a month ,apply innity bro :)
Norfanil Norfanil 21 Disember 2011 5:05 PTG
dah tau lama dah pasal ni..=.=.. advertlets org kata tka bayar.. nuffnang memang problem..so apa lagi..cukup kan syarat macam woot2 kata.. then appply la innity..heheheheh
Gen2Merah Gen2Merah 21 Disember 2011 5:09 PTG
pasal iklan ni saya x tau menau.. huhuhu.. dah masuk setahun, income Nuff pun setakat RM40 lebih je... ehehe
alien alien 21 Disember 2011 5:09 PTG
mmg sarat dia camtu lah
kalau letak google adsense bola la, tak ilang status pun pun..
Areliff Areliff 21 Disember 2011 5:14 PTG
pakai je advertlets kalau trafik 10k sehari dah leh cecah rm10 sehari hehehheee..
CIK MAY CIK MAY 21 Disember 2011 5:16 PTG
sabar2..tapi klu tgk bloger lain,dorg ok je nak cash out tu...ade yg dpt 1k per month lagi..tapi mesti trafik die tgi gile kan..macam CM nak tgu cash out 1st dulu..earning tak smp rm50g...sebab sedar diri juga...bukan rmi sangat orang dtg kat blog..hihi...
Mohd Billy Mohd Billy 21 Disember 2011 6:57 PTG
gua baru sengget lbh hehe...hampeh
Pesta Jiwa Pesta Jiwa 21 Disember 2011 6:59 PTG
Gua pun x tau kenapa gua stay dgn nuff lagi.maybe sbb gua layan kan aje..lagipun x byk visitor...
qasehraihan qasehraihan 21 Disember 2011 8:34 PTG
gtu ek..mmmm..
tp best je bila amar bg gelaran status 'gelihati' tu..haha
iklan advert tu mmg saingan dia ek?
woo..br tau ni..
Tanpa NamaTanpa Nama 21 Disember 2011 9:32 PTG
Nuffnang anjeng... owner dia pon anjeng
Mama Zharfan Mama Zharfan 21 Disember 2011 10:40 PTG
ammar pakai la innity...masyuk kan..rasanya UV blog ammar dh qualified utk apply innity...UV blog me tak layak utk innity..:( me dh berbulan2 tak de BE :(
syafiqsulaiman syafiqsulaiman 21 Disember 2011 10:53 PTG
aku pon lepas trafik start tinggi.. Nuffnang memang tak bagi dah BE.. hantar tiket pon.. tapi jawapan standard tu je la yg dia bg.. Tapi aku takde la kena mcm ni.. Nuffnang still bayar la duit aku sebab aku cash out sebelum apply innity..

Aku dah layak syarat innity trus apply.. Syukur.. lepas sehari apply.. trus approve.. masa bulan ramadhan aritu.. reseki ramadhan kot..

Klo ko dah lepas innity trus apply.. Tp.. mcm woot ckp tu.. No download, no live streaming.. No entry lucah..

Gud Luck Ammar..!
Dunia CMRatu Dunia CMRatu 22 Disember 2011 12:35 PG
hehe.. macam tu ke ceritanya.. nak kipas juga nuffnang,
ibarat kita bekerja makan gaji, kita yg minta kerja dan bila dapat kerja kita tak ikut peraturan yang bos tetapkan mesti la kena tindakan disiplin... jadi fikir baik-baik salah siapa? syarat bos dah bagi.. jangan marah ye... hehe..
ratu aiman ratu aiman 22 Disember 2011 11:40 PG
kene kipas ke?kerajaan ke diorg ni smpai kene kipas2...cm nak dapat tender plak ek...ratu xtau ape2 pun psl iklan..ratu letak nuffnang pon sebab adik ratu yg bg cadangan...tp btl la...br bape sen je...dh setahun..hehehe...tak bp aktif ngn blog pon....huhuhuhu...
Hazieq Sanat Hazieq Sanat 23 Disember 2011 8:59 PTG
actualy aku tak mengharapkan pon duit dari nuffnang ni... aku letak pon sebab anggap bende tu bonus... Aku berblogging bkn kerana nuffnang...
Siti Fatimah Fuzz Siti Fatimah Fuzz 1 Julai 2012 9:06 PTG
aku setahun lebih buat blog....dapat RM28 ja....macam mana tu?? lepas baca entry ni ingat mcm nak tuka la adverlets....tp bila tgk tuan punya blog pun pakai nuffnang balik...jadi konpius trus nak tukar ka tak nak....huhu....:'(
Redlomo Redlomo 29 September 2012 6:28 PG
make more money with your blog with http://www.nufftag.com/signup.php?id=redlomo
Tanpa NamaTanpa Nama 28 Mei 2013 10:53 PTG
Yes! Finally something about nfl com.

My weblog :: pirater un compte facebook
Tanpa NamaTanpa Nama 29 Mei 2013 6:39 PG
Great blog here! Also your website loads up very fast!
What host are you using? Can I get your affiliate link to your host?

I wish my site loaded up as fast as yours lol

my web page Generateur de Code PSN
Tanpa NamaTanpa Nama 1 Jun 2013 1:53 PG
It's awesome to visit this web site and reading the views of all colleagues regarding this article, while I am also zealous of getting familiarity.

My homepage; Dragon City Hack
Tanpa NamaTanpa Nama 4 Jun 2013 10:49 PTG
I am sure this post has touched all the internet visitors, its really really good piece
of writing on building up new blog.

Here is my web-site; candy crush saga hack
Tanpa NamaTanpa Nama 14 Jun 2013 7:53 PG
I just could not go away your site prior to suggesting
that I actually loved the standard info a person provide for your
visitors? Is going to be again often in order to investigate cross-check new posts

Also visit my web blog: Codes Psn Gratuit