7 Dis 2011

KUTIPAN TERKINI FILEM OMBAK RINDU RM5.2 JUTA

KUTIPAN TERKINI FILEM OMBAK RINDU
filem-ombak-rindu
Filem Ombak Rindu sekarang ini boleh dikatakan sebagai ombak baru yang hadir di dalam rakyat Malaysia. Jika dahulunya Malaysia lebih sukakan filem berbentuk aksi dan seram seperti KL Gangster dan beberapa filem seram yang lain seperti Hantu Bonceng, namun kehadiran filem cinta seperti Ombak rindu ini telah berjaya mencipta ombak baru dalam industri perfileman di Malaysia.

Majoriti penonton yang menonton filem Ombak Rindu memberikan komen positif untuk filem ini. Filem ini telah berjaya menyentuh hati penonton dan berbeza dengan filem-filem yang dihasilkan sebelum ini di Malaysia. Ramai penonton yang menonton filem ini berkata ini adalah sebuah filem yang berjaya membuat orang menangis. Tidak hairanlah jika lelaki turut menangis apabila menonton filem ini.

Kutipan untuk hari pertama tayangan filem Ombak Rindu adalah RM750, 000 dan ianya berjaya mengutip RM4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Terbaru Ammar mendapat info dari tweet hero filem ini iaitu Aaron Aziz yang mengeluarkan info bahawa kutipan filem Ombak Rindu sejak ditayangkan pada 1 Disember 2011 sehingga kini adalah RM5.2 juta.
Kutipan terkini Ombak Rindu

5 ulasan:

laskar pelangi berkata...

WOWWWW! terbaiklahhhhh! apa tunggu lg...awak pergi la tgk sekarang jugak..wugi tau?

cik violet berkata...

memg terbaik ohhh.. :) http://farhah88.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-52-juta-6-hari-tayangann.html

hafiz hafizol berkata...

X tgk pun lagi.. Hahaha..

esempoi berkata...

Kutipan yang tinggi tu.. huhu

aku si JEBAT berkata...

1 Dis bro..