SOAL JAWAB USTAZ AZHAR: HUKUM UCAP MERRY CHRISMAS

AzharHUKUM UCAP MERRY CHRISMAS KEPADA ORANG KRISTIAN
Sekarang ni kecoh pasal isu Ucap Merry Chrismas kepada orang Kristian. Ada banyak info yang mengatakan haram mengucap ucapan itu kepada orang Kristian. Ingin tahu sebabnya? Bersama-sama kita ikuti Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus ini:

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.


~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~

SUMBER: FACEBOOK

4 comments.. read them below or add one

EddyGeek EddyGeek 25 Disember 2011 1:33 PTG
menarik, dah menjawab soalan yang bermain diminda ni.
NisaAdnan NisaAdnan 25 Disember 2011 5:29 PTG
whoaa ammar thanks. dah lama nak tau pasal benda ni ;p
eddy syrol eddy syrol 25 Disember 2011 5:46 PTG
sbnarnya dah lama tahu hal hukum ucap ni... tapi kan aku tak tahu nak explain camne, sebab my father selalu ckp jangan ucap pd individu lain atas perayaan agama, kecuali perayaan berkaitan budaya, boleh lah.. thx amar sebab bagi info ini.. copy bley?