31 Jan 2011

Buffered Earnings Lagi Please!!!!!!



"Bagi betis nak peha" itulah kata-kata yang sesuai digunakan oleh Nuffnang kalau dia nak marah kat Ammar. Biarlah, tak kisah pun sebab Nuffnang bagi 3 je BE setakat ni. Kalau setiap BE tu mahal-mahal takpe gak. Ni setakat BE yang sama taraf dengan CPC buat apa kan? BE memang menjadi idaman para blogger-blogger yang menggunakan iklan Nuffnang di blog mereka jadi tak hairanlah kalau Ammar asyik buat entri pasal BE kan? Bukan apa, cuma nak Nuffnang tahu je yang Ammar ni nak BE lagi. Hahahaha..... Bukan rakus atau tamak ok. Tapi berusaha untuk dapat duit. Kalau tak usaha macam mana nak dapat kan? Takkan nak tunggu duit tu jatuh dari langit pulak.



Awal-awal tahun memang best sangat sebab dapat 3 sekaligus BE dalam masa seminggu. Tapi bila tunggu-tunggu hampir nak habis bulan Januari ni satu pun BE tak datang lagi. Tolonglah bagi lagi BE please Nuffnang yang comel@hensem. Kejap-kejap, Nuffnang ni lelaki ke perempuan ek? Sape yang tahu? Kalau sape tahu Ammar bagi hadiah gula-gula nak tak? Nuffnang oh Nuffnang yang baik hati dengarlah suara tangisanku ini. Kalau Nuffnang tak nak dengar tak nak kawan. :-P



Geram jugak kat satu BE tu kurang jalan lah, nape ek? Sikit je yang masuk. Tapi BE yang paling best dan banyak masuk ialah BE Burger King. Ni mesti pengunjung blog Ammar ni suka makan burger. Betul tak? Jangan tipu-tipu ek. Kalau tipu tak nak kawan dah. Tapi Ammar sedih jugak sebab BE yang masih tergedik-gedik kat blog ni sekarang tinggal dua je. Satu BE tu dah insaf dah. Dia lari balik kampung nak jadi gadis solehah katanya. Tak nak dah jadi gadis-gadis gedik ni. Baguslah macam tu, Ammar izinkan dia balik kampung.



Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana nak dapat BE kan? Senang je nak dapat BE ni. Kena rajin-rajin update survey, rajin update blog, buat artikel yang menarik dan bagi cadangan iklan kat Nuffnang dengan menghantar tiket kat Nuffnang. Ingat! Jangan hantar tiket kapal terbang pulak kat Nuffnang tu. Dia dah kaya, boleh beli sendiri tiket kapal terbang. Nak tahu lebih lanjut mengenai cara untuk dapat buffered earnings klik sini.



Nota kaki busuk: Harap-harap awal bulan 2 ni dapat BE lagi. Tak tamak kan?

Bloglist Iqbal Hakimi:Jom Terbang






Kali ni Ammar nak cuba nasib join bloglist dari Iqbal Hakimi blogger terhangat di Terengganu ni. Ada sape-sape yang kenal dengan dia ni? Nama pun terhangat kan mesti ramai yang kenal, betul tak? Iqbal Hakimi merupakan seorang blogger yang sangat ramah. Macam mana tahu dia ramah? Ok. Dulu Ammar pernah jumpa dia ni masa gathering blogger Terengganu. Walaupun baru jumpa masa tu tapi macam dah lama kawan. Sangat ramah dan mudah untuk berkawan dengan dia.




Apa yang menarik pasal jejaka ni beliau merupakan seorang pelajar UTHM. Betul tak Iqbal? Betul kan? UTHM tu tak menarik tapi yang menariknya dia ni bercita-cita nak jadi pilot. Apa tu pilot? Bukan pen berjenama pilot ek tapi juruterbang. Hebat betul jejaka terhangat ni. Kan? Harap-harap cita-cita dia ingin terbang tu akan tercapai. Amin.




Blog Iqbal Hakimi sangat menarik kerana penggunaan warna gelap dan header yang simple tetapi menarik. Kalau nak buka blog dia ni pun tak lama sangat loading. Kalau tak caye pergilah tengok blog dia kat sini. Selain itu, yang atas tu paling penting. "Jom terbang" yang menunjukkan cita-citanya terletak tinggi di atas blog tu. Betul tak Iqbal? Betul kan? Atau dia nak ajak kita sama-sama pergi terbang percuma kalau dia dapat jadi pilot? Ok jugak kan? Kalau boleh Ammar nak pergi London je. Ooppsss.... tak boleh... Kena pergi Mekah dulu baru pergi London. Lepas ni boleh lah buat contest menang tiket penerbangan percuma kan? Bahahahaha.



Siapa tak mahu jadi yang terhebat kan? Seperti kata-kata si jejaka ini "kalau berminat boleh jadi mereka terhebat dalam blog Iqbal Hakimi". Kalau nak jadi mereka terhebat jom lah join bloglist ni. Klik sini je.




Kategori: Pelajar/Lelaki




Nota kaki busuk: Harap-harap tersenarailah dalam bloglist Iqbal Hakimi tu. Kalau tak tersenarai sedihnya rasa hatiku ini.hahahaha. Bodek Iqbal sikit. All the best bro.....

Ketahui 4 Tahap Kewangan Untuk Menjadi Kaya




Terdapat 4 tahap kewangan yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan atau erti kata lain iaitu kaya kita perlu mengetahui tahap kewangan kita dahulu sebelum mencapai matlamat itu. Dimanakah tahap kewangan anda sekarang? Adakah berada ditahap selamat? Ataupun lebih daripada itu? Berikut adalah 4 tahap kewangan:


1. Kewangan tidak selamat (Financially not secure)
Keadaan ini dimana anda langsung tidak mempunyai simpanan. Jikalau ada pun simpanan
mungkin dapat menampung keluarga selama sebulan sahaja. Tahap ini biasanya dipanggil kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tahap ini sangat bahaya kerana jika anda dibuang kerja mungkin sangat memberi kesan kepada anda dan keluarga.

Masalah sekarang ramai dalam kalangan masyarakat kita berada di tahap tidak selamat ini.
Keadaan ini sangat membimbangkan kerana jika mereka dibuang kerja adakah simpanan
mereka cukup untuk menampung keluarganya selama sebulan? Tepuk dada tanya diri anda.




2. Kewangan selamat (Financially secure)
Tahap kewangan ini adalah tahap pilihan lebih baik kerana jika anda berhenti kerja atau
diberhentikan kerja, simpanan wang anda mampu untuk menyara hidup anda dan keluarga selama enam bulan. Tetapi mungkin tidak ramai yang berada di tahap ini memandangkan
taraf hidup di negara ini yang semakin meningkat. Jika anda berada di tahap ini tahniah
diucapkan.

Tempoh 6 bulan adalah tempoh yang logik untuk anda mendapat kerja lain setelah
diberhentikan kerja atau berhenti kerja. Wang simpanan anda itu dapat menampung hidup
anda dan keluarga selama 6 bulan tanpa bekerja. Bagaimanakah untuk mencapai tahap ini?
Mungkin itu soalan yang terlintas di fikiran anda. Caranya adalah dengan menyimpan
sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan sebulan anda. Jika tidak mampu mulakan dengan
menyimpan sebanyak 2%, seterusnya 4%, 6%, 8% dan akhirnya anda akan berjaya
menyimpan 10% jika bersungguh-sungguh mengamalkan budaya menabung ini.




3. Bebas kewangan (Financially Free)
Tahap ini merupakan tahap yang sering diidamkan oleh ramai orang tetapi yang mencapai
tahap ini sangat sedikit. Pada tahap ini anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja
ataupun tidak. Hal ini demikian kerana anda mempunyai simpanan atau aliran pendapatan
automatik yang cukup untuk menyara anda dan keluarga sampai bila-bila.

Tetapi ramai yanberada ditahap ini masih lagi menjalankan pekerjaannya kerana berasa seronok dengan kerja dan bukannya terpaksa. Tips untuk mencapai tahap ini anda perlu
fikirkan aliran pendapatan secara automatik contohnya seperti memberi sewa rumah,
menjalankan perniagaan secara automatik seperti perniagaan internet dan sebagainya.






4. Tahap tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini merupakan tahap paling sedikit orang yang mencapainya. Pada tahap ini mereka
mempunyai wang yang sangat banyak dan sehingga tidak terpakai wangnya itu. Mereka boleh
menderma beratus-ratus ribu atau berjuta wangnya kepada badan-badan kebajikan. Antara
contoh tokoh seperti ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Bill Gate, Tan Sri Lim Goh
Tong, dan Tan Sri Ananda Krishnan. Mereka mempunyai perniagaan yang besar yang
dikendalikan oleh ribuan pekerja.




Jadi, dimanakah tahap kewangan anda sekarang? Adakah berada di tahap kewangan selamat, bebas kewangan atau tahap tersangat kaya? Jawapan itu ada didalam diri anda sendiri. Fikir-fikirkanlah. Anda tahu apa yang anda rasa dan anda tahu apa yang anda mahu. Semuanya terletak ditangan anda. Tiada siapa yang boleh mengubah diri anda melainkan diri anda sendiri. Anda yang mencorakkan diri anda. Sebagaimana corak yang anda corakkan itulah diri anda sebenarnya.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kewangan sila klik disini.

Ketahui Nama Anda Dalam Bahasa Jepun Di Sini


Tadi Ammar masuk forum siber dan terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi kepada pembaca blog Ammar ni. Nak tahu apa? Tu.. Tajuk kat atas tu. Nama dalam bahasa Jepun. Menarik tak? Kalau sape-sape nak tahu nama dia dalam bahasa Jepun senang je. Klik kat bawah tu ya. Ni nama Ammar dalam bahasa Jepun.. Tak sangka pulak ada jugak nama Ammar dalam, bahasa Jepun. Cantik tak?Hehehehehe

My authentic japanese name is 小川 Ogawa (small river) 雄大 Masahiro (big hero).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


Nak tahu nama anda dalam bahasa Jepun KLIK SINI.

30 Jan 2011

RM300 Menunggu Pemenang




Cepat-cepat join contest ni sebab tarikh tutup dah dekat ni. Ada sesiapa yang mahu duit free dari Ammar? Sebanyak RM300 Ammar akan berikan kepada follower yang bertuah. Jadi sesiapa yang belum menyertai contest ini bolehlah sertai contest ini dengan hanya klik pada gambar contest di tepi blog ini atau klik sini. Contest ini sangat mudah dan apa yang paling penting adalah gambar yang cantik dan langkah menangani pencemaran alam sekitar yang unik dan menarik.



Sebanyak 3 pemenang akan dipilih dalam contest ini iaitu pemenang pertama akan mendapat RM150, kedua RM100 dan ketiga RM50. Pemenang akan diumumkan apabila tarikh contest ini tamat. Tarikh tamat contest ini adalah 14/2/2011. Jadi, apa tunggu lagi jom join contest ni. Tak kena bayar pun. Hanya buat satu entri pasal contest ni je. Mana tahu kot-kot anda antara yang bertuah. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan?



Terima kasih kepada yang telah menyertai contest ini kerana tanpa anda mungkin contest ini tidak akan menjadi. Ribuan terima kasih kepada yang sudi join. Kepada yang sudah join tu Ammar ingin meminta maaf kerana belum melihat sepenuhnya entri yang menyertai contest ini disebabkan line internet slow. Maklumlah Ammar berada di kampung sekarang ni. Insyaallah bila Ammar pergi kolej balik dan line internet laju Ammar akan pergi terjah semua entri yang menyertai contest ini. Tunggu tau. Jangan sedih-sedih ok.



Selain itu Ammar nak bagi satu komen kepada peserta contest ni. Setelah melihat entri-entri yang menyertai contest ini Ammar nampak ada satu kelemahan iaitu gambar yang kurang menarik sebahagian peserta. Bukanlah semua yang tidak menarik, ada juga yang menarik. Ammar berharap kepada yang rasa-rasa nak menang dengan mudah contest ni letaklah gambar yang paling menarik dan cantik pasti menang. Insyaallah.



Penggunaan ayat yang kreatif juga sangat membantu anda untuk menang contest ini. Adalah satu entri tu Amar tengok. Sangat kreatif sebab dia guna dialog dalam gambar tu. Menarik sangat. Kalau nak tengok silalah cari sendiri kat komen entri ni. Jadi, jika anda mahu menang dengan mudah buatlah yang terbaik. Takkan tak nak duit RM300 tu kan? Siapa bertuah dia akan menang. Sekian, terima kasih.

SEGMEN: Jom Syok Sendiri






Temuramah oleh wartawan.
  1. Nama glamour dalam dunia maya ni Ammar Yasir.
  2. Nama tu dipilih sebab tu nama sebenar Ammar. Tak suka lah guna nama lain.
  3. Ammar blogging kerana minat Ammar yang sangat mendalam dalam penulisan. Dulu aktif jugak buat karya seperti sajak, puisi tapi sekarang dah kurang sikit. Lebih kepada bidang blogging pulak.
  4. Pemberi semangat yang paling utama dalam dunia blogging adalah blogger-blogger otai contohnya Ben Ashaari. Kalau nak harap kawan-kawan jauh sekali. Yang kutuk ramai lah.
  5. Baru je blogging sebulan lebih. Bulan 12 tahun lepas Ammar start blogging. Tak silap 10/12/2010 rasanya.
  6. Idola dalam dunia blogging sudah semestinya Bro Ben Ashaari.
  7. Kenangan manis bila dapat ramai kawan baru di alam maya. Pergi gathering dengan blogger Terengganu. Best sangat main bowling. Semuanya sporting belaka.
  8. Kenangan pahit dikutuk oleh kawan baik sendiri bila blogging.
  9. Pencapaian terbaik adalah dapat buffered ernings dari Nuffnang walaupun baru blogging sebulan. Dapat 3 BE. Sangat gembira.
  10. Selain blogging Ammar minat join forum di Syoknyer Blogging. Best... Siap boleh chatting lagi.
  11. Ammar blogging bila ada masa free dan bila ada idea. Ada idea terus je tulis blog.
  12. Pendapat Ammar mengenai dunia blog di Malaysia ni Ammar tengok dah semakin ramai blogger-blogger baru. Tetapi sangat dukacita kerana blogger di Terengganu masih lagi kurang.
  13. Nasihat Ammar bagi yang ingin memiliki blog tu gunalah blog free dulu bagi permulaan ini. Bila dah glamour barulah beli domain sendiri. Jangan gelojoh sangat dalam dunia blog ni. Kejar traffik dengan cara yang betul.
Nak ditemuramah oleh wartawan klik sini ya.

29 Jan 2011

Facebook Bakal Ada Pengganti




Sebelum ini kita sering mendengar cerita mengenai kehebatan atau kejayaan "Mat Saleh" dalam dunia internet. Kalau sebut pasal facebook je zaman sekarang ni anak-anak kecil pun dah tahu. Siapa yang mengasas facebook? Takkan tak kenal Mark Zuckerberg seorang anak muda yang berjaya dan seorang jutawan. Beliau menjadi jutawan dengan hanya membuka laman sosial facebook. Siapa yang mengkayakan dia tu? Siapa lagi kalau buka kita sendiri. Tiap-tiapa hari buka facebook.Kita juga sering mendengar nama-nama besar seperti Bill Gate yang merupakan pengasas sofware dan juga merupakan manusia kedua terkaya didunia.



Tetapi sedarkah kita bahawa anak melayu juga bakal jadi sehebat "Mat Saleh"? Mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang tidak sedar. Disini Ammar nak kenalkan seorang "Anak Melayu" yang sangat genius dah tidak kurang hebatnya dari "Mat Saleh". Walaupun beliau ni baru berumur 22 tahun tahun 2011 ni tetapi beliau telah berjaya membina laman web yang dikenali sebagai forum untuk blogger. Forum itu yang diberi nama SYOKNYERBLOGGING merupakan satu forum yang sangat hebat kerana pelbagai info untuk blogger dapat dipelajari didalam forum itu.



Nama beliau ialah Thalhah dan merupakan pengasas kepada forum siber ini. Hebat bukan? Walaupun masih muda tetapi sudah berjaya membina forum untuk blogger. Apa yang menarik dalam forum ini, blogger dapat berkongsi ilmu yang berguna untuk membuat blog. Selain itu sebarang permasalahan mengenai blog dapat diselesaikan dalam forum ni. Boleh je nak tanya apa soalan pun, moderator atau admin sentiasa akan tolong.



Selain itu, dalam forum ni ahli forum boleh chatting seperti di facebook dan sangat menarik. Best kan bila dapat berkumpul ahli-ahli blogger dalam satu forum dan siap boleh chat lagi. Mungkin ramai lagi blogger yang belum tahu tentang kewujudan forum ini. Jika yang belum menyertai forum ini bolehlah menyertai dengan klik gambar syoknyerblogging di tepi blog ini. Rugi kalau tak join forum yang menarik ni.



Kisah Kematian Insan Penghalang Kejayaan Semua Orang Di Dunia




Suatu pagi yang damai sebuah kampung digemparkan dengan satu notis kematian seorang insan penghalang kejayaan semua orang. Notis itu tertulis:

"Awal pagi tadi, seorang insan yang selalu menghalang kejayaan semua orang di dunia ini telah meninggal dunia. Kami bagi ahli keluarga si mati menjemput semua orang kampung untuk ke rumah si mati untuk acara memperingati si mati."



Pada awalnya semua orang yang membaca notis itu bersedih mendengar berita kematian itu, tetapi kemudiannya mereka tertanya-tanya siapakah insan penghalang kejayaan semua orang selama ini. Polis terpaksa dikerah untuk menjaga keadaan yang kelam-kabut disebabkan orang ramai yang membanjiri rumah si mati.



Semakin petang semakin ramai orang kampung yang membanjiri rumah si mati dan semua orang berfikir "siapakah gerangannya yang menghalang kejayaan semua orang selama ini. Jika dilihat, Pak Mat dan anak-anaknya semua ada dirumah itu. Kalau nak kata isteri Pak Mat mustahil sebab isteri Pak Mat dah lama mati. Tapi tak apalah dia dah meninggal pun."



Seorang demi seorang menghampiri keranda jenazah itu dan apabila melihat di dalamnya ramai yang terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa perkataan. Mereka semua duduk berhampiran keranda itu, tergamam seolah-olah sesuatu yang menyentuh jiwa mereka secara mengejut. Terdapat sebingkai cermin diletakkan di dalam keranda itu dan apabila mereka semua melihat ke dalam keranda itu mereka melihat diri mereka sendiri. Di sebelah cermin itu tertera satu notis yang tertulis:

Hanya seorang sahaja yang mampu menghalang kejayaan anda iaitu DIRI ANDA SENDIRI. Anda adalah penentu kejayaan anda sendiri dan hanya anda yang mampu membantu diri anda untuk berjaya. Hidup anda tidak akan berubah apabila bos anda berubah, bila sahabat baik anda berubah, negara ini berubah atau kerajaan ini berubah.

Hidup anda akan berubah bila diri anda berubah. Hubungan yang paling penting adalah hubungan anda dengan diri anda sendiri. Muhasabah diri anda dan ketahui apa yang anda perlu berubah untuk mencapai kejayaan. Jangan gentar menghadapi kesusahan, halangan dan kegagalan, jadilah seorang yang mampu melawan sebarang rintangan itu.

26 Jan 2011

Jejak UFO Ditemui

ufo_mendarat_1


Dua bulatan tanaman yang dipercayai jejak UFO di temui di Yogyakarka. Bulatan pertama di Slemen manakala bulatan kedua ditemui di Dusun Wanujoyo Kidul, Desa Srimartani Kecamatan, Piyungan, Kabupaten Bantal, Yogyakarta, Indonesia. Jarak antara kedua-dua bulatan itu dikatakan hanya lima kilometer sahaja.



Difahamkan sebelum ini tiada sebarang tanda-tanda ganjil sebelum bulatan misteri itu ditemui. Bulatan itu muncul di tengah-tengan sawah bendang di Yogyakarta. Bentuk misteri yang muncul di tengah-tengah sawah padi itu menimbulkan tanda tanya orang ramai. Orang ramai yang berpusu-pusu pergi ke tempat bulatan misteri itu untuk melihat sendiri bulatan misteri secara lebih dekat lagi.



Difahamkan orang luar dari kampung itu yang mahu melihat bulatan itu di kenakan bayaran. Selain itu ada juga yang mengambil peluang keemasan dengan menjual lukisan bulatan misteri itu. Bagaimanapun orang ramai tidak dibenarkan masuk di tempat bulatan misteri itu kerana polis telah memagari kawasan itu dengan garisan polis. Pengunjung hanya dapat melihat secara jauh sahaja bulatan misteri itu.



Bagaimanapun beberapa pegawai dari agensi angkasa lepas Indonesia, ahli-ahli astronomi dan pegawai-pegawai agensi nuklear berpendapat bentuk misteri itu bukan disebabkan oleh UFO. Bentuk itu kini menjadi misteri dan tiada bukti kukuh untuk menyatakan bentuk itu terjadi disebabkan oleh UFO.

25 Jan 2011

Anjing Bermuka Dua




Jika sebelum ini kita biasa tengok anjing bermuka satu tapi kali ni Ammar nak tunjuk kepada anda semua anjing bermuka dua. Cantik tak anjing ni? Kesian anjing ni terpaksa jadi model untuk manusia yang sengal. Bhahahaha.... lawaknya... Sabar anjing ek. Jangan marah. Hensem jugak kamu pakai kacamata tu.

24 Jan 2011

Tolong Buang Lambang Israel Dalam Komputer Anda




Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.(Islam)


Jika anda sayangkan Islam dan mempunyai hati perut terhadap manusia yang dizalimi sila baca artikel ini. Ammar memohon jasa baik anda semua untuk membaca artikel yang sangat penting ini.



Ammar ada satu benda yang sangat penting untuk umat Islam seluruhnya untuk dikongsi bersama. Artikel mengenai perkara ini Ammar dapat dari forum siber. Tahukah anda di dalam semua komputer di seluruh dunia mempunyai lambang israel? Terkejut? Ammar pada mulanya tak berapa terkejut tapi bila cuba buka sendiri ambik kau terpampang bendera israel dalam laptop ni. Terkejut sangat. Israel ni memang kejam. Banyak taktik yang digunakan untuk menghancurkan umat Islam.


DI DALAM LAPTOP KITA..TERDAPAT GAMBAR/LAMBANG BENDERA ZIONIS ISRAEL LENGKAP (PERSIS DENGAN WARNA ASLINYA) dengan lilin sarana ibadah mereka).


Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 dan segera padam gambar itu. Kalau tak dapat cari tekan je dekat search tu pasti jumpa.



Mungkin dah ramai yang tahu mengenai berita ini tapi macam mana yang tak tahu? Tak kan kita tak bagitahu kan? Ammar berharap anda semua tolong sebarkan berita ini untuk kebaikan kita bersama. Jika anda mempunyai hati perut tolong sebarkan kepada yang tidak tahu. Please..... Ammar berharap sangat.

Syoknyer Blogging Kini Berwajah Baru



Jika sebelum ini Ammar dah kongsikan forum untuk blogger-blogger tetapi kali ini Ammar nak perkenalkan lagi kepada anda semua forum yang paling hot masa kini. Apa lagi kalau bukan forum SB. Forum ini kini berwajah baru dan sangat memerlukan penyertaan baru dari blogger. Untuk daftar forum ini klik sini je. Senang je nak join forum ni.



Dalam forum ni banyak ilmu yang anda dapat dan ilmu yang anda boleh kongsi antaranya tutorial mengenai blog, cara nak tingkatkan traffik blog, cinta, agama, ilmu pengetahuan, loghat, pengetahuan tentang komputer. Apa yang menarik mengenai forum ni ialah ahli-ahlinya yang sporting. Nak tanya pasal semua masalah mengenai blog pun boleh dekat forum ni. Rugi kalau tak masuk forum ni sebab tak pakai modal pun cuma daftar ahli dan join forum je.



Jom kita sama-sama join forum ni. Menarik sangat. Selamat mencuba. :-)

6 Teknik Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Pantas Melalui Nuffnang

Ramai blogger yang menggunakan Nuffnang untuk mendapatkan pendapatan daripada blog tetapi adakah teknik yang digunakan betul untuk mendapat pendapatan dari Nuffnang? Mungkin ada yang menggunakan teknik yang betul tetapi ada juga sebahagian blogger yang bersungguh-sungguh untuk mendapat pendapatan dari Nuffnang tetapi tidak menggunakan teknik yang betul. Disini Ammar nak kongsi 6 teknik rahsia untuk mendapat pendapatan yang lebih dari Nuffnang.



Teknik ini sangat mudah dan berkesan untuk semua blogger yang ingin mendapat mendapatan yang lebih melalui Nuffnang. Adakah anda tidak mahu wang? Wang sangat penting untuk kehidupan, tanpa wang kita tidak dapat hidup dengan selesa memandangkan taraf hidup yang semakin tinggi di negara ini. Tetapi janganlah sampai kita menjadi hamba wang. Wang adalah sekadar pelengkap untuk kehidupan.



Berikut adalah teknik rahsia untuk menjana pendapatan yang lebih melalui Nuffnang:


1. Berinformasi

2. Unik dan Kreatif

3. Humor

4. Terkini



Untuk teknik yang ke-5, ke-6 dan huraian setiap teknik ini sila lihat video tutorial di sini.

22 Jan 2011

Dapat Hadiah Dari Thr fm


thr

ggv
Hadiah dari Thr fm



Petang tadi Ammar dalam perjalanan nak pergi ke bandar Dungun, tiba-tiba terserempak dengan krew Thr Gegar. Apa lagi, alang-alang terserempak pergilah join sekali mana tahu kot-kota dapat hadiah. Senang je nak dapat hadiah dari Thr , cuma jawab soalan mudah dengan spontan je. Ada jugak soalan lawak tadi krew Thr tanya. Salah sorang krew tu tanya peminat Thr siapa yang kencing malam. Dengan selambanya pakcik tu tu cakap, saya kencing malam. Hahahaha…. lawak gila. Semua duk asyik ketawakan pakcik tu. Tapi berbaloi lah jugak pakcik tu jawab sebab dapat hadiah kan?


Macam-macam jenis hadiah yang dia bagi kat peminat Thr antaranya, keropok ikan keli, ubat sapu, CD, payung Thr dan yang paling menarik adalah budu.Bhahahahaha…budu pun dia bagi jugak. Lawak-lawak. Tapi apa pun Ammar berterima kasih kepada Thr sebab bagi jugak hadiah kat Ammar. Hadiah yang kat atas tu lah yang Ammar dapat.Berasli Energy… Produk apa entah, tak pernah makan pun. Boleh lah cuba makan dulu mana tahu kot-kot sedap ke boleh beli pulak.


Thr fm stesen radio popular pantai timur. Seramai 1.8 juta pendengar setia bersama Thr fm. Jom kita sama-sama dengar Thr fm. Hehehehehe… promote Thr pulak, mana tahu kot-kot dapat iklan Thf dekat blog ni. Duit tu…hehehehe…. Terima kasih Thr fm.

Buffered Earnings Dah Jadi Metered Earnings


Hari bangun awal-awal pagi terus je update blog. Lepas tu rasa gatal tangan je nak tengok akaun Nuffnang. Mana tahu kot-kot dapat BE lagi ke murah rezeki. Buka je dekat earnings tengok BE dah jadi ME.Huhuhuhu..sedih-sedih.... tak sempat nak kumpul duit banyak-banyak dengan iklan tu.



Nuffnang..... nak BE lagi..please...... Harap-harap lepas ni ada pengganti untuk BE yang dah pergi tu. Selamat tinggal BE ku sayang...hehehehe... apa lah, dengan BE pun nak jiwang-jiwang gak. Kawan-kawan jom kita goda Nuffnang untuk dapat BE lagi nak?hehehehe

Tangisan Senja




Aku terjaga dari tidur. Tetapi kali ini berbeza sekali dengan hari sebelum ini. Aku terjaga dan mataku dapat lihat kembali dunia yang cantik ini. Aku dapat melihat wajah ibu jelas terpancar senyuman. Aku sangat hairan kerana sebelum ini doktor cakap mataku tiada peluang lagi untuk pulih semula. 3 bulan mataku tidak dapat melihat.



"Mak, kenapa mata Hanis dapat lihat balik, bukan ke mata Hanis ni dah cacat Mak?."


"Kau bernasib baik nak, semalam ada seorang lelaki datang jumpa mak dan dia cakap dia sanggup dermakan matanya untuk kamu nak." Hatiku tertanya-tanya siapakah orang yang mendermakan mata itu kepada aku.



"Siapa lelaki itu mak? Dia ada bagitahu nama penuh dia?"



"Mak pun tak pasti nak, dia tak bagitahu pun nama penuh dia apa, dia cakap dia kenal Hanis je. Dia ada jugak cakap Hanis ni kawan lama dia."



Perasaan ingin tahu ku membuak-buak. Aku mula gelisah kerana menggunakan harta orang tanpa meminta izin dari tuannya dahulu.



Keesokan hari doktor telah membenarkan aku pulang ke rumah. Sampai di rumah, aku teringat memori-memori manis yang masih jelas berada dalam kotak ingatanku. Melihat kristal berkilauan di meja solekku. Kristal hadiah dari insan yang paling aku sayangi, Hamizan. Teringat saat-saat romantis aku dan dia sebelum tragedi tumpahan asid ke muka ku.



Aku sangat rindukannya. Ingin aku temuinya sekarang juga jika mampu. Tiba-tiba mataku terpejam dengan tiba-tiba. Aku tidak ingat apa-apa selepas itu.



Pagi itu aku bersiap dengan pakaian yang cantik untuk menemui insan tersayang, Hamizan. Sampainya di rumah Hamizan aku dapati rumahnya kosong dan tidak terkunci. Aku bertanyakan jiran dimanakah Hamizan. Jirannya itu berkata Hamizan telah lama berpindah ke kampungnya.



Aku dengan tergesa-gesa pergi ke kampung Hamizan yang jauhnya hampir 150 kilometer dari rumah sewanya itu. Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam jam itu berakhir apabila sampai ke rumah Hamizan. Aku melihat Hamizan sedang menghirup udara segar didepan rumahnya sambil memegang tongkat.



Dia tidak menyedari kehadiranku walaupun aku berada 200 meter dihadapanya. Air mataku mengalir deras. Tidak dapat ku bayangkan sebelum ini betapa besarnya cintanya terhadap diriku. Jawapan yang tertanya-tanya dalam benak fikiranku selama ini terjawab.



video

Adun Merlimau Meninggal Dunia




MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang berdepan tiga serangan jantung dalam tempoh seminggu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Putra, di sini, malam tadi.
Allahyarham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri disahkan meninggal dunia pada jam 8.10 malam oleh doktor pakar perubatan, Datuk Dr Mohd Suhaimi Mohd Uda Tenang.

Mohamad Hidhir yang berkhidmat selama dua penggal sebagai Adun Merlimau meninggalkan balu, Datin Noor Azian Mohd Ali, 52, dan empat anak iaitu Mohamad Fairuz Afiq, 25; pasangan kembar, Sharafina Adila dan Sharafina Adzizah, 23, serta Nurul Hazira, 19.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah keluarga di Kampung Tersusun Lipat Kajang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chincin, Jasin.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra, Radhuana Salleh berkata, sebelum ini Mohamad Hidhir dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu untuk menjalani pemeriksaan selepas mengadu sakit perut.


Menurutnya, Mohamad Hidhir kemudian menjalani pembedahan untuk membesarkan saluran arteri yang tersumbat kira-kira jam 2.45 petang dan dipakaikan dengan alat ‘sten’ (alat membesarkan salur darah).



“Beliau yang mengalami lemah jantung beransur pulih sebelum dipindahkan ke wad pada Jumaat lalu kira-kira jam 6.30 petang.

“Sabtu lalu, beliau mengalami serangan jantung pertama kira-kira jam 2 petang dan dimasukkan ke ICU sekali gus menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Manakala, kira-kira 12 tengah hari Isnin lalu, beliau mengalami serangan jantung kali kedua dan serangan kali terakhir berlaku kira-kira jam 6.45 pagi semalam (kelmarin) hingga bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal semalam sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8.10 malam.


Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mewakili kerajaan negeri melahirkan rasa dukacita di atas kematian Mohamad Hidhir walaupun doktor berusaha menyelamatkannya, tetapi Allah lebih menyayanginya.


Menurutnya, pihaknya berharap semua pihak dapat berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman.


“Saya menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat karib dan seorang Exco yang rajin sepanjang dua penggal perkhidmatannya kerana banyak menyumbang kepada rakyat serta negeri.


“Kematian Allahyarham juga satu kehilangan besar kepada Umno, BN dan negeri kerana sumbangan besarnya sepanjang hayat.


“Pada masa sama, saya akan mendapatkan pengesahan kematian mangsa sebelum memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (PSR) Negeri untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lobi ICU hospital berkenaan, di sini.


Sumber: Harian Metro

Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli


Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Apa khabar semua pagi ni? Tadi pergi jalan-jalan ternampak entri yang menarik ni. Bloglist Sandiwara Seorang Insan yang sangat menarik minat Ammar. Apa lagi Ammar join je lah..... bukan susah pun kan? Jom kita sama-sama join bloglist ni nak? Klik sini.



Menu Tengah Malam

Image000
Dah lama cuti sem tapi malam ni baru keluar dengan kawan. Sebelum ni asyik duk rumah je mengadap laptop 24 jam. My best friend Hazilin jemput kat rumah tadi ajak keluar pergi jalan-jalan. Dah lama Ammar tak pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan sekolah dulu. Masa cuti sem ni lah baru ada peluang nak berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Lepas pergi jalan-jalan pusing bandar Dungun perut ni asyik berbunyi je tanda lapar. Nak pergi makan kat mana ek? Terfikir dalam hati. Akhirnya ternampak Mac Donald menggoda seperti perempuan seksi depan mata, terus je serbu. Menu yang dipilih semestinya prosperity burger. Nyam-nyam…. Sedapnya… Kak YanaMIB nak Ammar belanja datang ar sini ek.hehehehe
Image003
Nampak macam sedap je burger ni. Jom jemput makan semua. Ammar nampak badan je kecik tapi kuat makan. Makan banyak-banyak pun badan tak besar-besar jugak.
Image002
My Friend Hazilin
Dia ni baca doa ke apa ni lain macam je tadah doa tu. Tangan kat bawah tu dah cicah sos macam tak sabar-sabar lagi nak makan.hahahahaha
Image006
Ala….promosi burger lah pulak. Ni mesti dapat upah dari Mac D ni.kan? Kalau tak dapat pun takpe, Ammar dah promote burger ni kat blog. Mesti Mac D berminat bagi BE lagi kat blog ni…haprap-harap macam tu lah…. Amin.
Image011
Apa tunjuk-tunjuk. Akudah ada pun burger. Tak payah tunjuk-tunjuk lah…hahahahaha
Image012
Hampir separuh dah habis ditelam. Dengan rakusnya burger ini ditamat riwayatnya dalam masa 5 minit. Besar jugak burger ni sampaikan muak untuk dihabiskan. Dahlah pedas burger ni, berapa kilo lada hitam ntah dia letak dalam burger ni.
Image013
Muka gembira bila kenyang.
Image016
Aduh. Sakitnya perutku ini. Muka kekenyangan macam ni lah kalau nak tahu.
Image017
Senyuman terakhir sebelum balik rumah. Ikhlas tak senyuman ni?

21 Jan 2011

Resepi Mushroom Chicken Chop

18042010127



Bahan-bahan:
  • Paha ayam dibuang tulang
  • Tepung gandum
  • 2 biji telur ayam
  • Serbuk roti
  • 2 sudu kecil garam
  • 5 sudu maggi seasoning
  • 2 sudu besar lada putih



Bahan-bahan untuk sos BBQ:
  • 10 gram serbuk lada hitam
  • 50 gram bawang besar
  • 30 gram bawang putih
  • 100 gram sos cili
  • 1 liter sos perang
  • 6 sudu besar cuka
  • 70 gram mentega
  • 10 gram garam
  • 20 gram madu
  • 20 gram gula
  • 20 gram serbuk stok ayam


Cara membuatnya:
  1. Perapkan ayam dengan maggi seasoning, garam dan serbuk lada putih selama sejam.
  2. Salut ayam dengan tepung gandum
  3. Celup dalam telur
  4. Salutkan dengan serbuk roti
  5. Gorengkan dalam minyak dengan kepanasan sederhana sehingga warna keperang-perangan.
  6. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sebuk lada hitam, sos cili, sos perang, madu, cuka dan biarkan mendidih selama beberapa minit.
  7. Masukkan garam, gula, serbuk stok ayam. Kacau selama 3 minit dan bolehlah dihidangkan bersama crispy chicken chop.



20 Jan 2011

Mr Honda: Tan Sri Loh Boon Siew

tan-sri-loh-boon-siew


Beliau dilahirkan di Hui-An, wilayah Fujian di China. Pada usia 12 tahun, Loh sampai ke Pulau Pinang dengan sebuah bot yang kecil dari China. Pada mulanya dia datang ke Malaysia, dia hanya pandai bercakap Hokkien dan bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan gaji tiga ringgit sebulan. Boon Siew tinggal di rumah pekerja di Jalan Katz, Pulau Pinang. Selain itu, dia juga membuat kerja sambilan membasuh bas pada waktu malam dengan upah sepuluh sen untuk setiap satu.



Boon Siew membeli bas pertama daripada sebelas buah basnya dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM2000 pada usianya 18 tahun. Dengan kebijaksanaan beliau, beliau membaiki bas-bas itu dan menjual semula dengan harga RM12000. Dengan berbekalkan wang hasil jualan bas itu, Boon Siew menubuhkan syarikat pertamanya iaitu Penang Yellow Bus Company. Pada 1941 beliau memiliki sebuah syarikat bas dengan nilai lebih $100 000, sebuah kedai membaiki motosikal, dan beliau juga membeli dan menjual kereta terpakai, alat ganti  kenderaan dan tayar. Ketika itu usianya baru 25 tahun.



Beliau juga merupakan pemaju perumahan terawal di Pulau Pinang dan antara yang terbesar. Pada 1958 Boon Siew sudah menjadi seorang peniaga yang berjaya sehingga mampu meluangkan masa untuk bercuti di Jepun. Semasa di Jepun, beliau ternampak sebuah motosikal Honda Cub memotong teksi yang dinaikinya. Beliau mengarahkan pemandu teksi mengekori motosikal itu. Setelah memeriksa enjin motosikal itu, Boon Siew pergi ke ibu pejabat Honda untuk menemui pemiliknya, Soichiro Honda. Kedua-duanya sepakat untuk menerokai potensi pasaran yang besar di Malaysia.



Boon Siew menjadi pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia dan 15 unit motosikal Honda 4 lejang di import ke Malaysia. Boon Siew Honda mendapat sambutan yang sangat baik dan jualannya mencatat jumlah paling banyak di Malaysia dan Asia Tenggara. Beliau juga mengedar model kereta Honda. Setelah itu, syarikatnya terus berkembang maju.



Pada tahun 1987, Boon  Siew melancarkan model capcai EX5 dan mendapat sambutan yang sangat baik di Malaysia. Seterusnya banyak lagi model baru dikeluarkan dan syarikatnya terus lagi maju. Kisah mengenai perjuanngannya dalam perniagaan berakhir apabila dia meninggal dunia pada 1995 dan syarikatnya dipegang oleh anaknya iaitu Datuk Loh Cheng Yean.




ex5-redDSC02366

Tertipu Kerana UPU

logo_mohe
Letih sungguh bermain dengan borang UPU ni, nombor pin dah beli tapi tak boleh nak isi pulak borang tu. Dah beberapa kali duk masuk nombor pin UPU tu kat borang online tapi tak boleh. “Maaf nama anda tiada dalam rekod kami”, geramnya. Beli nombor pin tu dahlah mahal senang –senang je dia cakap tak ada dalam rekod. Pagi tadi cuba lagi isi dan isi lagi tapi tak boleh jugak. Last-last pergi BSN balik.




Dengan rasa kecewa dah terasa hatinya kat BSN Ammar pun pergi kat kaunter dan tanya pegawai BSN. “Abg, kenapa nombor pin UPU saya ni tak boleh guna dah banyak kali cuba tapi tak boleh jugak”. Abg tu pun jawab “Cuba banyak kali mesti boleh sebab sebelum ni dah ada yang kena macam tu”. Ok. Dengan langkah penuh semangat Ammar pun pergi kat ciber café berdekatan. Cuba buka sekali lagi laman web kemasukan ke IPTA. Buka je laman web tu dan terus letak nombor pin. Jawapan yang sama jugak “ Maaf nama anda tiada dalam rekod kami”. Last-last perasan dekat borang tu dia tulis STPM 2010. Barulah tahu apa puncanya. Ammar ambik STPM 2008 patut lah tak boleh guna nombor pin tu.




Tak cakap awal-awal nombor pin STPM selain tahun 2010 kena guna nombor pin Diploma. Apa lah punya BSN, duit RM15.60 melayang macam tu je dan terpaksa beli nombor pin baru. Akhirnya barulah boleh isi borang UPU. Mujurlah tak sempat nak bincangkan topik ni dalam forum siber…hehehehe.. KPTM pun satu, lain kali tulislah terang-terang nombor pin tu untuk lepasan STPM tahun berapa, ni pakai letak lepasan Diploma macam tu je bukan Ammar tahu. Kepada yang belum isi borang UPU tu berhati-hatilah beli nombor takut salah macam Ammar ni je.




Pelik jugak dengan sistem sekarang ni dahlah nak ambik exam MUET pun kena guna nombor pin. Zaman Ammar dulu tak ada pun macam tu , senang je nak ambik MUET.

Perkara Pertama Bila Masuk Blog Orang Lain


Contoh iklan



Assalamualaikum kepada pembaca setia(Islam).

Selamat petang semua dan semoga anda semua sihat selalu. Entri kali ini Ammar nak kongsi sesuatu yang menarik untuk anda semua. Nak tahu apa yang menarik? Perkara pertama bila masuk blog orang lain. Memandangkan nama blog Ammar ni menyeru anda semua klik blog Ammar pun amalkan benda tu. Setiap kali masuk blog orang tengok je iklan terus klik. Bukan susah pun klik iklan. Bukan duit kita melayang atau sakit tangan ke. Senang je kan? Senang je nak gembirakan hati blogger iaitu klik. Betul tak? Kalau tak betul tak tahu lah nak cakap apa lagi.




Contoh iklan



Ada apa dengan klik? Kalau kita klik blog orang bukannya kita dapat duit pun kan? Memang betul kalau kita klik blog orang kita tak dapat duit tapi pernahkah anda terfikir macam mana kita nak suruh orang klik iklan di blog kita? Caranya senang je kalau nak suruh orang klik iklan kat blog kita. Kita rajin-rajinlah klik iklan kat blog orang Insyaallah orang akan klik iklan kat blog kita balik ,Allah itu Maha Adil. Jadi tunggu apa lagi. Jom kita amalkan budaya klik-klik ni. Setuju tak?




Contoh iklan




Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni iklan asyik tergedik-gedik je kat blog ni. Terima kasih Nuffnang. Hehehe..... Bodek Nuffnang sekali sekala. Tak tertarik ke dengan iklan tu? Kalau Ammar nampak iklan je terus gatal tangan nak klik...hehehehe.... Mujurlah tak pernah lagi terklik iklan sendiri. Ingat, jangan klik iklan sendiri ek. Dosa tau. Tak baik tipu-tipu ni. Kepada yang sudi klik iklan tu silalah jemput-jemput...hehehehe.. Ammar tak paksa pun suruh anda semua klik iklan kat blog ni tapi entri ini Ammar nak menyeru supaya blogger-blogger dan pembaca-pembaca supaya mengamalkan budaya klik-klik....hahahaha.... Sesuai dengan slogan "Jom Klik Blog".


Buffered Earnings Ketiga Untuk Tahun 2011



Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini rezeki Ammar dalam blogging melimpah ruah. Baru je beberapa hari dapat BE kedua hari ini dapat pulak BE ketiga. Terima kasih kepada pengiklan kerana memberi kepercayaan kepada blog yang tak seberapa ni untuk meletakkan iklan. Terima kasih kepada Nuffnang, sayang kamu. Hehehehe.. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang tidak putus-putus melawat blog yang tak seberapa ini. Terima kasih semua.



Jutaan terima kasih kepada pelawat setia blog ini dan juga kepada otai-otai blog yang memberi tips yang sangat berguna untuk mendapat BE ini. Entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar memberi semangat kepada blogger yang lain supaya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan BE. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Usaha tangga kejayaan tanpa usaha benda ni mungkin Ammar tak dapat.



Untuk dapat BE kita mestilah rajin update blog, update survey Nuffnang dan usaha-usaha lain yang sewaktu dengannya. Tunggu apa lagi pergilah update survey Nuffnang tu. Hehehe. Sama-sama kita dapat BE barulah best kan?

19 Jan 2011

Jom Gegar Blog




Macam biasa, kalau tak join segmen bro Ben Ashaari setiap minggu tak best lah blogging kan? Jom lah kita join sama-sama segmen ni.

Jangan Guna My Live Signature Itu Produk Israel





Tadi Ammar masuk forum siber dan lepas tu ada sorang akak tu dia jemput pergi tengok entri terbaru dia dan Ammar pun pergilah. Buka je terus terkejut tengok tajuk pasal Mylivesignature ni. Baru Ammar tahu rupa-rupanya tu adalah produk Israel. Tak percaya? Tengok sini. Tengok blog orang lain ada tandatangan Ammar teringin jugak nak buat sebab lawar tapi mujurlah tak sempat nak buat sebab dah tahu info ni.



Kepada blogger-blogger yang guna atau nak guna produk Israel tu Ammar harap janganlah guna produk tu kalau anda semua ada perikemanusiaan tehadap rakyat Palestine. Tak kesian ke tengok penderitaan rakyat Palestine,kanak-kanak dibunuh, rumah dibom, diseksa dan sebagainya. Sebagai umat Islam kita perlu punyai hati dan perasaan terhadap manusia yang dizalimi.



Buat apa kita nak guna produk Israel tu jikalau untuk keseronokan kita je semata-mata dan tidak fikir mengenai penderitaan rakyat Israel. Ya, Ammar tahu ada tandatangan kat bawah setiap entri ni nampak lawar tapi kita mesti tengok pulak dari mana produk tu. Banyak lagi cara lain untuk cantikkan blog. Cari je produk lain yang tidak berkaitan dengan Israel. Banyak lagi produk yang bagus-bagus kat internet ni janganlah berharap dengan satu produk tu je.



Bagi pendapat Ammar lah, tidak perlu kita letak tandatangan kat bawah entri kita kerana itu tidak membawa makna apa pun. Lainlah kalau letak tandatangan entri kita ni tak boleh di copy. Jadi Ammar berharap sangat-sangat kepada blogger yang menggunakan produk tu buanglah jauh-jauh. Benda tu tak penting langsung dalam blog. Sekadar berkongsi benda yang baik. Assalamualaikum.

Terima Kasih Mat Jenin




Lagenda masyarakat iaitu Mat Jenin, seorang yang suka berangan-angan untuk menjadi kaya, memiliki harta,rumah mewah dan berkahwin dengan puteri raja. Mengikut lagenda Mat Jenin ini kita mungkin dapat simpulkan bahawa tiada unsur yang baik dalam lageda ini kerana menceritakan mengenai seorang yang berangan-angan tetapi tidak berusaha. Sedarkah kita apa isi yang paling penting dalam cerita ini untuk mencapai kejayaan atau kekayaan? Mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang tidak sedar. Lagenda Mat Jenin merupakan cerita yang sangat berguna untuk orang yang inginkan kejayaan atau kekayaan.



Isi yang paling penting dalam Lagenda Mat Jenin ialah angan-angan. Angan-angan? Ya, sudah semestinya angan-angan merupakan isi paling penting dalam cerita ini. Kita perlu berterima kasih kepada Mat Jenin kerana Mat Jenin telah menunjukkan kita langkah pertama untuk kita mencapai kejayaan dan kekayaan. Angan-angan merupakan langkah pertama dalam menuju kejayaan dan kekayaan. Tetapi Mat Jenin hanya menggunakan langkah pertama sahaja dan tidak meneruskan dengan langkah seterusnya. Oleh hal demikian, Mat Jenin tidak dapat mencapai kejayaan itu.



Seperti peribahasa Cina "perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama". Jelaslah disini bahawa langkah pertama sangat penting untuk kita mencapai kejayaan dan kekayaan. Realiti hidup sekarang, kita perlu mempunyai lebih ramai lagi Mat Jenin Moden untuk mencapai tahap ekonomi yang lebih baik. Apa itu beza Mat Jenin dengan Mat Jenin Moden? Baiklah, disini Ammar akan menjelaskan perbezaan Mat Jenin dengan Mat Jenin Moden. Mat Jenin ialah seorang yang hanya berangan-angan sahaja dan tidak melakukan langkah seterusnya untuk merealisasikan angan-angannya itu dan manakala Mat Jenin Moden sebaliknya.



Tanpa Mat Jenin Moden kita tidak mungkin dapat terbang jauh tinggi ke angkasa, berhubung dengan manusia seluruh dunia hanya menggunakan hujung jari dan mempunyai bangunan pencakar langit. Mat Jenin Moden merupakan penyumbang yang sangat penting untuk dunia pada zaman sekarang. Dunia sangat memerlukan Mat Jenin Moden untuk melahirkan idea-idea yang penting untuk dunia. Mahukah kita menjadi Mat Jenin? Atau sekadar menjadi Mat Jenin?



Hidup kita,kita yang tentukan dan untuk mencapai kejayaan kita haruslah menentukan langkah yang terbaik supaya kejayaan itu tercapai. Angan-angan perlu disusuli dengan langkah seterusnya bagi memperoleh apa yang kita inginkan dalam hidup. Untuk berjaya langkah pertama itulah yang perlu kita teliti dengan jelas. Bersama-sama kita fikirkan.....




18 Jan 2011

Buffered Earnings Kedua Untuk Tahun 2011




Alhamdulillah kerana Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah pada tahun 2011 ni. Memang sesuatu yang di luar jangkaan kerana baru je beberapa hari dapat BE dan hari ini dapat pulak BE. Terima kasih Nuffnang kerana memberi kepercayaan kepada blog ini untuk meletakkan BE. Terima kasih juga kepada pelawat blog Ammar yang tidak putus-putus melawat setiap hari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ben Ashaari kerana telah mempromosikan blog ini dan secara langsung blog ini telah mendapat traffik yang tinggi secara mendadak.



Allah itu Maha Adil dan Saksama, kesedihan beberapa hari ini dalam hidup Ammar rupanya ada hikmahnya. Seperti kata-kata ini " kita sedih kerana Allah memberi ribut dan hujan lebat sehingga menghilangkan matahari, kita mencari dimanakah matahari tetapi tiada, akhirnya Allah telah memberi kita hadiah yang lebih bermakna iaitu pelangi". Lihatlah betapa Maha Adil-Nya Allah. Marilah bersama-sama kita renungkan kata-kata itu yang penuh dengan makna.



Jutaan terima kasih juga Ammar nak ucapkan kepada semua yang mengikuti contest cintai alam sekitar Ammar tu. Contest itu sedikit sebanyak telah mempromosikan blog Ammar yang tidak seberapa ini. Terima kasih kepada blogger kerana telah meletakkan link blog Ammar di blog anda semua. Jasa baik anda semua tidak mungkin Ammar lupa untuk selam-lamanya. Kepada yang belum mengikuti contest itu bolehlah klik di gambar contest alam sekitar di tepi blog Ammar ini.



Akhir kata, Assalamualaikum dan semoga anda semua berjaya dalam dunia blogging.

17 Jan 2011

Surat Cinta Dan Video Terhangat


Selamat tinggal cinta,selamat tinggal untuk selama-lamanya. Aku punyai satu hati untuk satu hati, perginya satu hati itu untuk satu hati yang lain tiada lagi satu hati yang dapat menggantikan satu hati itu. Aku sangat mencintaimu satu hati,tetapi kau telah membunuh cintaku ini. Tiada lagi hatiku untuk cinta, hanya kesedihan setiap hariku. Kau telah jauh meninggalkan diriku tanpa sedikit rasa belas kasihan. Aku tidak mahu sedikitpun belas kasihanmu itu terhadapku kerana aku tahu aku memang layak untuk dihukum sebegini.



Terima kasih kerana kau pernah hadir dalam hati kecilku ini. Hadirnya dirimu sebagai cinta sangat aku hargai sampai bila-bila walaupun aku kehilangan cinta akhirnya. Tidak akan ku lupa janjiku pergi ke Sabah untuk mendapatkan cintamu. Suatu hari nanti akan ku tunaikan juga janjiku itu walaupun sekadar menitiskan air mata di bumi Sabah. Aku sangat berbangga kerana telah berjaya mencintaimu sepenuh hatiku. Tidak pernah sedetikpun aku menyalahkan dirimu kerana pergi meninggalkan diriku kerana aku sangat mencintai dirimu.



Teringat masa silam, kau pernah membuatku ketawa disaatku duka, kau pernah mengadu kepadaku yang kau sakit dan harapan untuk sembuh sangat tipis. Tapi aku tetap ingin mencintaimu kerana aku percaya kekuatan cintaku ini mampu untuk menyembuhkan sakitmu itu. Pernah juga kau berkata kau tidak mahu diduakan cintamu itu. Ya, aku telah buktikan bahawa aku tidak pernah menduakan cintaku. Akhirnya cintaku yang satu itu hanya sia-sia setelah kau dimiliki oleh orang lain.



Aku tidak akan pernah membenci dirimu tetapi aku sentiasa berdoa selepas solat fardu supaya kau disembuhkan penyakit kronik itu. Cintaku hanya padamu, tidak mudah ku ungkapkan kata cinta ini kerana harga cinta itu tidak ternilai dengan harta berjuta. Ku tahu harga cintamu itu sangat mahal dan susah untuk dimiliki, tetapi aku akan cuba sedaya upaya mengumpul harga kesetiaanku ini untuk memiliki cintamu.




Ku telah miliki rasa indahnya perihku, rasa hancurnya harapku, kau lepas cintaku akhirnya. Sungguh perit hatiku setelah kau lepas cintaku ini. Walupun semua itu ada dalam mimpiku, dalam anganku tetap ku dambakan sampai bila-bila. Aku ingin kau tahu besarnya cintaku, tingginya khayalanku bersamamu. Cukuplah kau tahu semua itu kerana aku tidak mampu membelah hatiku untuk kau tahu sebesar mana cintaku terhadapmu. Cintaku yang besar itu tidak mampu ku luahkan semuanya kerana cinta itu tidak dapat dilihat atau disentuh dan hanya dapat dirasai oleh hati yang ikhlas mencintai.



Aku ingin kau tahu bahawa aku telah meminta restu dari orang tuaku untuk menyunting bunga dari Sabah. Aku telah tunaikan janjiku itu tetapi kenapa kau tidak memberi jawapan itu? Kenapa kau sanggup membuat aku mengharap untuk dapatkan cintamu? Tidak cukupkah kau membunuh rasa cinta dalam ramai hati lelaki? Puaskah kau hancurkan hatiku ini? Apa dosaku terhadap dirimu?



Aku memohon maaf jika kata-kataku ini menguris perasaanmu itu. Aku menulis apa yang aku rasa bukan untuk menyalahkan dirimu kerana kesalahan itu hanya aku. Aku bersalah kerana terlalu mencintai dirimu. Maafkan diriku kerana aku terlalu cinta padamu. Aku mula sedar bahawa tiada gadis Sabah yang mahu mendapat jodoh dengan jejaka Semenanjung kerana jarak yang jauh antara satu sama lain. Tetapi naluriku kuat menyatakan bahawa jarak bukanlah pemisah untuk aku mencintai seseorang. Biarlah takdir yang menentukan segalanya, aku hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa. Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kurniakanlah jodohku dengan gadis Sabah itu kerana aku sangat mencintainya. Engkau kuatkanlah hatiku menempuhi hari-hari yang tersisa ini disetiap hariku.Amin.




Khas untuk insan yang melukakan hatiku
video

Contest & Giveaway Special From Denmark



Kawan-kawan nak hadiah menarik dari Denmark? Kalau nak senang je, jom kita sama-sama masuk contest & giveaway yang menarik ini. Nak masuk? Klik sini je.



Syarat-syarat penyertaan senang je. Tengok sini.



Dengan ini Ammar sertai contest yang sangat menarik ini. Berikut adalah pantun dari Ammar untuk blog "Dari Kelate ke Copenhagen".




PANTUN


Anak puyu ditangkap terlepas
Pari dibawa kereta Volkswagen
Anak Melayu ke Eropah
Dari Kelate ke Copenhagen



Harap-harap menang lah hadiah tu.....Teringin sangat nak hadiah dari luar negara. Nak pergi luar negara jauh sekali,dapat hadiah pun sangat bersyukur dah.Hehehe...Bodek sikit...

16 Jan 2011

Nombor Tercantik Dalam Sejarah Blogging





Penantian sebelum ini akhirnya berjaya mendapat nombor cantik iaitu 353. Terima kasih kepada follower yang ke-353 blog ini iaitu saudara IWAN. Nombor ini sangat bermakna dalam hidup Ammar kerana nombor ini sama dengan nombor pendaftaran kenderaan Ammar. PCR 353 ialah nombor motosikal Ammar yang pertama dan 353 juga digunakan dalam email Ammar iaitu pcr353@gmail.com dan pcr_353@yahoo.com. Alhamdulillah setelah blogging hampir sebulan 6 hari akhirnya dapat jugak mencapai angka menarik ini.



Setiap orang Ammar rasa mungkin ada nombor yang mereka minati contohnya nombor jersi pemain bolasepak, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan dan sebagainya. Tapi jangan pulak ambik nombor untuk main nombor ekor pulak. Tak baik main nombor ekor, dosa. Ada sesiapa yang nak kongsi nombor bertuah tak? Kalau ada kongsilah kat sini. Macam mana nak kongsi? Senang je, pergi kat bawah tu je ada ruangan komen kongsi je lah.



Tapi ada jugak orang yang fanatik sangat dengan nombor kan? Biasanya orang yang kaya-kaya lah yang gila nombor kan? Bukan nombor ekor ek tapi nombor kenderaan. Ada yang sanggup menghabisakan ratusan ribu untuk mendapat nombor pendaftaran kenderaan yang cantik. Contohnya nombor pendaftaran TAY 1 yang termahal di Malaysia dibeli dengan harga RM220 000. Memang betul-betul gila nombor lah orang kaya ni.



Ada jugak yang jenis gila nombor seperti nombor kenderaan, nombor rumah, nombor ic dan nombor telefon semuanya sama. Anda tahu tak siapa yang gila nombor macam tu? Kalau tahu kongsi lah kat sini ek. Seperti yang Ammar pernah lihat ada orang kaya tu nombor kenderaan dia dengan nombor rumah sama. Kesian posmen, mesti dia pening nak hantar surat kat mana kan? Jom kita kongsi nombor menarik!!!!