30 Mac 2011

Pos Surat UPU RM41.00




Assalamualaikum dan selamat malam semua pembaca setia blog Ammar. Pergh!!! Letih gila hari ni duk selesai borang UPU tu. Lepas zohor turun dari rumah selesai semuanya dan balik rumah pukul 7.30 pm. Dahlah balik balik time hujan lebat, habis basah baju ni. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya pasal UPU selesai. Tak payah fikir dah lepas ni pasal UPU tu.


Mula-mula fotostat semua dokumen yang 4 buah Universiti tu nak dan lepas tu pergi cop semua dokumen tu. Banyak cerita sungguh nak mintak UPU ni. Selesai semua tu pergi pejabat pos nak beli sampul surat pos express tapi kecewa sebab sampul surat tu dah habis pulak. Memang geram gila lah masa tu.


Tetiba dapat idea nak pos surat melalui syarikat penghantar Sky Net. Apa lagi, terus pergi pejabat Sky Net pos surat tu. Tanya akak tu berapa harga pos 4 surat tu, akak tu cakap semuanya RM41. Terkejut Ammar sebab ni first time pos surat sampai mahal macam tu sekali. Selama ni pos surat paling mahal beli stem RM1 je. Hehehe. Barulah Ammar tahu sebab apa mahal, pos surat ke Universiti Malaysia Sabah(luar Semenanjung) je dah RM20 tak termasuk kos sampul surat lagi. Selesai....


Tapi apa-apa pun berpuas hati lah sebab dijamin sampai esok surat tu(betul ke?). Bukan apa, sebenarnya tarikh tutup untuk borang UPU tu dah dekat sebab tu Ammar selesai awal-awal takut terlambat pulak nanti. Kalau ada sape-sape yang isi UPU macam Ammar ni cepat-cepatlah selesaikan sebab tarikh tutup dah dekat ni. Tak silap Ammar 4/4/2011 nanti tutup borang tu.



Profile Facebook Hina Nabi Muhammad S.A.W.




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Ammar yang sentiasa setia membaca penulisan Ammar ini walaupun sekadar penulisan biasa dan picisan. Kali ini Ammar nak kongsi kepada anda semua mengenai satu profile facebook yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.



Pagi tadi Ammar bangun dan terus buka facebook untuk mengetahui berita-berita terbaru dan sangat terkejut apabila salah seorang kawan Ammar di Facebook membuat post mengenai profile girl yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Nampaknya musuh-musuh Islam ini sungguh berani mencabar umat Islam.




Jika kita lihat sebelum ini telah ada karikatur dari Denmark yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang ini ada pula profile facebook yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Melalui sumber di profile facebook itu lokasi pemilik profile itu adalah di Indonesia dan lokasi sebenar tidaklah diketahui kerana lokasi boleh ditipu.



Gambar dibawah ini jelas menunjukkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
KLIK SINI untuk terus ke Profile Facebook itu

29 Mac 2011

Dapat Topup Free Daripada Awek Cun




Seronoknya semalam bila Ammar terpilih sebagai follower bertuah untuk blog awek cun ni. Ammar dapat topup free sebab jadi follower ke-400 blog awek cun ni. Mula-mula tu terkejut jugak sebab dia datang kat blog Ammar cakap Ammar jadi follower bertuah. Ammar buka page facebook tengok dekat wall awek cun ni bagitahu pasal ni.


Ammar apa lagi, bagi terus bagi akaun facebook Ammar Yasir tu sebab tengok awek cun ni. Mana tahu kot-kot boleh ngorat ke. Ada cam ni. Hehehehe. Lepas tu terus add dia dan dia hantar mesej. Apa lagi ambik kau, siap bagi nombor pin untuk topup lagi. Tak sangka, pemurah betul awek cun ni. Nama awek ni Bella. Nak nombor telefon dia boleh mintak dengan Ammar.


Jom kita sama-sama pergi terjah blog awek cun ni. Nak terjah KLIK SINI. Cantik kan blog awek cun tu? Terima kasih sangat-sangat sebab bagi topup free tu. Macam tahu-tahu je semalam Ammar takde topup. All the best Bella. Sayang kamu ketat-ketat...Hehehehe... Happy blogging.

4 Tarikh Misteri Dalam Tahun 2011




Tahun ini kita akan mengalami empat tarikh yang jarang berlaku dalam setahun. Tarikh yang dimaksudkan ialah 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, dan 11/11/11.


Bukan itu sahaja tetapi pada bulan oktober tahun ini akan ada lima kali hari ahad, lima kali isnin, dan lima kali hari sabtu.


Kejadian akan terjadi sekali setiap 823 tahun. Bersama-samalah kita berfikir dari kejadian yang berlaku ini. Adakah dunia ini sudah hampir dengan kiamat? Bersama-sama kita menginsafi diri dan menjauhi dari segala dosa kerana kita tidak tahu bila berlakunya kiamat. Kiamat berlaku ketika kita tidak sedar dan jika saat berlaku kiamat baru kita insaf sia-sia sahaja kerana pintu taubat telah tertutup.

Cara Tingkatkan Page View Blog




Page View sesebuah blog merupakan sesuatu yang sangat penting untuk menjana pendapatan lumayan melalui Nuffnang. Jumlah page view adalah senjata utama untuk mendapat pendapatan yang lumayan melalui nuffnang. Semakin banyak page view semakin banyaklah wang yang diperolehi dari Nuffnang. Terdapat beberapa cara untuk tingkatkan page view pada blog antaranya ialah:


1. Meletakkan widget seperti Recent Comments, Popular Posts, Blog Archive dan Recent Post.
- Dengan meletakkan widget seperti ini kebarangkalian untuk visitors klik lebih tinggi dan page view lebih mudah diperolehi. Tajuk yang menarik sesuatu post yang terpapar di popular post biasanya lebih mudah untuk mendapat page view.


2. Memasang Read More pada post
- cara ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan page view pada blog. Tetapi sebahagian visitors kurang suka dengan fungsi read more ini. Tetapi jika post anda menarik butang read more bukanlah penghalang untuk visitors terus membaca post anda itu.


3. Membuat link pada post baru dengan post lama
- Cara ini sangat mudah dan berkesan untuk meningkatkan page view kerana cara ini boleh menimbulkan rasa ingin tahu pembaca. Sebagai contoh pada post baru anda ada menceritakan cara mudah untuk dapatkan Buffered Earnings dan untuk mengetahui secara lanjut mengenai cara untuk mendapat BE KLIK SINI. Itu adalah salah satu contoh link pada post.


28 Mac 2011

Blog Contest Pun Ada





Selamat tengah hari semua. Mula-mula Ammar buat blog ingatkan blog ni ada jenis macam blog maklumat, peribadi, blog perniagaan, blog sukan tapi rupa-rupanya ada jugak blog contest. Pelik jugak bagi yang tak tahu kan? Tapi blog yang Ammar maksudkan ni sangat cantik dan unik nak tahu KLIK SINI.


Kali ni Ammar nak serahkan header blog untuk Cik Asida yang dah beberapa hari tepah header dari Ammar. Tak tahu lah dia suka ke tak tapi harap-harap Cik Asida suka lah. Kalau tak suka pun takpe Ammar boleh buat balik atau nak ubah apa-apa dalam header blog ni boleh je.


Kalau Cik Asida suka header blog ni boleh lah ambik sekarang kat blog Ammar ni. Ada ke orang lain yang nak header free jugak macam Cik Asida ni? Kalau ada KLIK SINI.

27 Mac 2011

Baik Punya Blog Ni

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah Ammar baru je sampai rumah ni. Perjalanan 2 jam dari kolej sampai rumah sangat mencabar bagiku. Maklumlah sekarang ni kan cuaca tak menentu asyik hujan je kan? Mujurlah selamat sampai rumah.


Kali ni Ammar nak review blog yang buat tempahan header blog dari Ammar iaitu saudara Helmy, nak kenal KLIK SINI. Header yang dia mintak ni jenis retro, so Ammar buat lah jenis retro macam ni. Tak tahu lah tuan punya blog ni suka ke tak. Kalau tak suka Ammar boleh buat lagi.


Kalau suka cepat ambik header ni tampal kat blog ek. Terima kasih sebab sudi tempah header blog dengan Ammar ni. Ada sape-sape nak tempah lagi? KLIK SINI.

26 Mac 2011

Blogger Punyai Teksi Lamborghini

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ammar sekarang berada dekat TER tunggu giliran nak main bowling. Sementara tunggu giliran sempat lagi untuk edit gambar dan update entri ni. Kali ni Ammar edit header untuk blog "Aku Dan Teksi".


Oleh sebab blogger ni hanya tinggal url blog dia je tanpa buat entri macam mana ciri-ciri header idaman jadi Ammar pun buat header ni ikut naluri Ammar sendiri. Simple dan menarik. Menarik tak header ni?


Sebagai tanda terima kasih kepada pemilik blog ni Ammar bagi dia teksi Lamborghini percuma, harap dia suka lah sebab mahal jugak kereta ni. Hehehe. Nak usha blog teksi ni KLIK SINI.


Ada sape-sape nak tempah header free lagi? KLIK SINI.

25 Mac 2011

Justin Bieber Jadi Pondan

Tadi jalan-jalan jumpa gambar menarik ni. Nak tengok? Jom kita tengok gambar pondan Justin Bieber ni. Comel tak? Bhahahaha... Layan!!!!!!




Aku Review Sambil Sedekah

Assalamualaikum semua. Kali ni Ammar join satu lagi segmen dari blogger Kyerull. Nampak macam best je segmen ni. Nak join KLIK SINI.


Kyerull suruh Ammar bagi pendapat pasal blog dia? Pergh!!! Seronok sangat ni. Ok, Ammar nak cakap ni. Hari ni first time Ammar masuk blog ni dan mula-mula masuk tu rasa teruja sangat sebab blog ni cantik sangat-sangat. Bukan sekadar cantik je tapi blog ni tak berat, masa untuk loading sekejap je. Ammar paling suka blog jenis macam ni sebab Ammar pun guna broadband je bukan laju sangat kuasa kuda kan?


Blog ni cukup simple dan kemas. Ammar paling suka dengan corak atau background blog ni sebab unik dan abstract. Suka sangat-sangat. Jom kita join segmen ni sama-sama KAT SINI.


Perhatian Kepada Blogger!!! Jom Sertai Group Geng Blogger Bersatu




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Kali ini Ammar nak jemput semua blogger join satu group iaitu group Geng Blogger Bersatu. Sebelum ni ada yang tanya Ammar macam mana nak join Geng Blogger Bersatu ni kat ENTRI NI. Hari ini Ammar dengan rasminya menubuhkan group ni untuk blogger-blogger yang ada dekat Malaysia dan seluruh dunia.



Jika kita lihat di Malaysia sahaja semakin hari semakin ramai blogger-blogger baru yang muncul bak cendawan selepas hujan. Blogger kat Malaysia ni ramai dan sampaikan jutaan kalau tak silap Ammar tapi adakah blogger-blogger ini bersatu? Tak semua blogger bersatu kan?



Sekarang ni Ammar tengok ramai blogger kat Malaysia ni tak bersatu padu dan sering gaduh-gaduh. Buat entri kutuk blogger tu, kutuk blogger ni dan macam-macam lagi berlaku dalam dunia blogger ni. Tapi Ammar paling respect dan tabik seorang blogger yang bernama Ben Ashaari. Dia lah satu-satu blogger Ammar kenal yang sangat mementingkan perpaduan atau satu padu sesama blogger.



Jika kita tengok kebanyakan segmen yang dibuat oleh beliau banyak menekankan satu padu antara blogger. Sebagai contoh segmen yang baru Ammar join semalam iaitu game antara blogger. Bagus game tu sebab boleh membina semangat satu padudan kerjasama antara blogger.



Marilah rakan-rakan blogger kita bersatu padu untuk kebaikan kita semua kerana "Bersatu Kita Kukuh". Nak join group ni KLIK SINI.


M.Nasir & Ramli MS Dah Jadi Dato'


Selepas penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato'.



Dua artis terkenal tanahair iaitu M.Nasir dan Ramli MS antara 148 orang yang menerima darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Tahniah diucapkan kepada dua orang artis ini diatas anugerah yang diperolehi. Semoga anugerah yang diperolehi itu dijadikan sebagai pembakar semangat olehnya untuk terus berjaya di masa akan datang.

Sungguh tak sangka artis ini dapat anugerah ni. Sebelum ini dunia hiburan tanahair gempak dengan berita penganugerahan gelaran Dato' kepada seorang artis iaitu AC Mizal kini M.Nasir dan Ramli MS pula.

All the best and good luck!!!




24 Mac 2011

Saya Suka Teddy Bear

Tempahan ketiga header siap. Alhamdulillah siap jugak akhirnya setelah meneliti satu-satu dari petang tadi. Terus terang Ammar cakap header blog Anis ni adalah header yang paling susah nak buat sebab Anis bagi gambar kecik. Terpaksa padam sikit-sikit takut gambar ni pecah-pecah.



Apa-apa pun Ammar sangat gembira dapat buat header ni sebab mencabar je. Boleh asah lagi bakat Ammar ni. Mana Anis? Cepatlah datang sini ambik header ni. Tempahan dah siap. Ammar nak hantar pakai pos tak boleh sebab dah malam ni. Posmen tak keje malam-malam kan?



Anis suka tak header ni? Kalau tak suka Ammar boleh buat yang lain. Kalau suka alhamdulillah lah. Ada sape-sape nak header free? KLIK SINI

Geng Blogger Bersatu


Logo Kumpulan



Nama Kumpulan: Geng Blogger Bersatu

Ketua Kumpulan: AMMAR YASIR

Ahli Kumpulan:








Nama kumpulan ini dipilih sebab untuk menyatukan semua blogger-blogger kat Malaysia ni. Blogger ramai kat Malaysia tapi adakah blogger itu bersatu? Tak semua kan? Sebenarnya bersatu padu ni penting untuk mengukuhkan lagi arena blogging ni. Jom kita bersatu untuk blogging.



Nak join KLIK SINI

Nak Mintak Kuasa Sakti Dari Doraemon

Alhamdulillah siap jugak header peminat Doraemon ni. Ni tempahan kedua yang siap. Ada banyak lagi tempahan tak siap ni. Tunggu ya, benda ni tak boleh buat cepat dan pantas takut tak lawar. Ammar buat header ni tak tahu lah tuan punya suka ke tak. Cepat datang sini bagi komen ya.



Kepada Tehaa tu kalau tak puas hati dengan header ni bagitahu je. Ammar cuba ubah balik atau buat yang baru ke. Buat biar puas hati gitu. Tak gitu Tehaa? Ammar tak nak mintak apa pun cuma nak seekor Doraemon je boleh? Ammar nak mintak kuasa sakti dari Doraemon. Hehehe. Best jugak ada kuasa sakti ni kan?



Ada sape-sape nak tempah header blog percuma tak? Jom KLIK SINI cepat sebelum terlambat.

Game Antara Blogger: 2




Segmen datang lagi dari Ben Ashaari. Jom join ramai-ramai KLIK SINI.

Bintang Batman Meninggal Dunia

Masih kenal dengan seorang bintang dalam filem Super Hero Batman? Bagi peminat setia Batman mesti kenal dengan nama Michael Gough yang memegang watak sebagai Alfred Pennyworth dalam filem itu.



Aktor Michael Gough 94 tahun telah meninggal dunia khamis lalu dihadapan keluarga tercinta selepas mengalami pelbagai jenis penyakit. Beliau telah membintangi 4 daripada 5 buah filem Batman sejak tahun 1989. Dalam kesemua siri filem Batman beliau memegang watak sebagai Butler yang setia kepada tuannya iaitu Bruce Wayne. Beliau juga bertanggungjawab mencipta kesemua kostum Batman yang dipakai oleh Bruce Wayne.



Watak Butler dalam filem Batman ini digambarkan sebagai seorang penasihat kepada Batman. Aktor ini telah berganding dengan bintang utama Batman iaitu Michael Keaton, George Clooney, dan Val Kilmer. Michael Gough telah membintangi lebih 150 buah filem dan drama televisyen. Pada tahun 1979 beliau pernah merangkul anugerah Tony Awards sebagai pelakon terbaik menerusi filem Bedroom Farce.

23 Mac 2011

Header Blog Percuma Untuk Cik Bunga




Alhamdulillah akhirnya siap jugak header blog untuk Cik Bunga ni. Terima kasih Cik Bunga sebab bagi kepercayaan kepada Ammar untuk buat header blog. Lepas je exam tadi terus edit gambar ni dan akhirnya siap jugak.



Pesanan buat Cik Bunga, kalau tak suka header ni boleh je bagi cadangan suruh Ammar buat header lain. Ammar suka sangat edit-edit gambar ni. Kalau ada apa-apa nak tambah lagi kat header blog ni bagitahu je. Jangan malu jangan segan ok. Kata orang buat benda biar puas hati kan? Cepat komen header ni.



Kepada Cik Bunga bolehlah datang sini nak copy header blog ni. Percuma je bukan berbayar pun. Ada sape-sape lagi yang nak header blog percuma? Senang je KLIK SINI.

Selamat Hari Lahir Ke-25 Kekasihku Lisa Surihani

Maaf sangat-sangat wahai kekasihku sebab Ammar hampir terlupa hari ni hari lahir Lisa. Dikesempatan ini Ammar nak ucap "Selamat Hari Lahir Ke-25". Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah. Tak lupa jugak, semoga hubungan kita ni kekal sampai bila-bila. Nak tanya ni, bila kita nak kahwin? Hehehehe...



Sayang, hari lahir sayang tahun ni sayang nak hadiah apa? Tahun lepas abang dah bagi cincin kan? Tahun ni sayang nak apa pulak? Nak kahwin?Bhahahaha... Apa-apa pun all the best dan semoga Allah memberkati hidup sayang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.



Teringat balik senyumanmu dulu, masa kita mula-mula jumpa kat bawah pokok dalam filem Lagenda Budak Setan tu. Seronok sangat masa tu first time jumpa. Terus mintak nombor telefon dan malam tu terus call dan kita sembang sampai pukul 12 malam. Ingat lagi tak masa tu? Kelakar kan? Banyak cerita kita sembang masa tu.



Umur sayang dah 25 sekarang ni kan? Tua sudah... Hehehehe... Tapi muka sayang tetap muda dan cantik lagi. Abang janji tak akan cari orang lain dah lepas ni.



Cantiknya kalau sayang terus pakai tudung macam ni. Jatuh cinta Abang tengok, sampai terbayang-bayang dalam mimpi.



Nak tahu pasal latar belakang awek Ammar ni tak?



Latar belakang Lisa Surihani:

1. Nama sebenar Lisa Surihani Mohamed.

2. Tempat lahir Kuala Lumpur.

3. Anak keempat dari 5 adik beradik dan merupakan anak perempuan tunggal.

4. Ibu Lisa bernama Siti Amirah Ahmad.

5. Ayah Lisa telah meninggal dunia 2 tahun lepas.

6. Suka makan petai dan buat petai macam buah epal je.

7. Takut monyet walaupun berlakon filem Zoo.

8. Fobia naik bas.

9. Minat filem A Tone Ment dan August Rush.

10. Komited dan suka belajar.



Nak tengok banyak lagi gambar Lisa? KLIK SINI.

Pesawat Pengebom Tentera Amerika Syarikat Terhempas



WASHINGTON: Sebuah pesawat pengebom F-15E tentera udara Amerika Syarikat terhempas di Libya malam tadi dan seorang krunya berjaya diselamatkan.

Jurucakap tentera Amerika di Markas Pemerintah Afrika, Vince Crawley berkata, usaha menyelamat seorang lagi kru masih dilakukan.


Menurutnya, kejadian itu mungkin disebabkan kerosakan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh.

Beliau berkata, kejadian berlaku sebelah malam tetapi enggan memberitahu lokasinya dan bagaimana kru pesawat berkenaan diselamatkan. - Reuters

Sumber: MyMetro

22 Mac 2011

Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS




Semakan Keputusan SPM 2010 melalui mySMS akan bermula pada jam 10 pagi 23/3/2011 hingga 12 malam 30/3/2011. Caj penghantaran SMS ialah RM0.15, untuk caj penerimaan ialah RM0.20/SMS.



Cara membuat semakan melalui SMS:

Taip SPM SEMAKNo Kad PengenalanNo Angka Giliran hantar ke 15888.



Semoga calon SPM 2010 dapat keputusan yang cemerlang dan bakal mencipta sejarah baru.



Sumber: Encik Nakal

Ammar Bagi Header Blog Percuma




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Oleh sebab Ammar dah tukar header baru sekarang ni Ammar pun nak kongsi jugak kegembiraan ni dengan anda semua. Kali ni Ammar nak bagi header percuma kepada anda semua. Nak tak? Kalau tak nak takpe.



Sebenarnya Ammar ni baru lagi berjinak-jinak dalam arena edit gambar ni. Aik? Arena ke? Bhahaha... Untuk mengasah bakat Ammar ni supaya jadi lebih tajam Ammar pun terfikir idea ni. Bagi header blog percuma kepada anda semua. Ok jugak kan?



Kepada sesiapa yang berminat atau rasa-rasa nak header baru percuma dari Ammar ni jom tengok syarat-syarat kat bawah ni:

1. Buat satu entri dengan tajuk "Ammar Bagi Header Blog Percuma" dan link kan ke sini.

2. Letak header blog Ammar ni.

3. Sertakan gambar anda yang mahu di edit tu.(lagi banyak lagi bagus)

4. Nyatakan tema warna yang anda mahu.

5. Tulis apa yang anda mahu tulis kat header tu.

6. Nyatakan tema header tu contohnya kartun ke, bunga ke, jiwang ke, alam sekitar ke ataupun header nakal. Ikut citarasa masing-masing.

7. Nak ada background atau transparent macam Ammar ni?

8. Copy url entri anda dan paste di ruangan komen entri ni.

9. Lain-lain sila nyatakan.



Nota kaki: Harap gambar kat blog anda tu boleh Ammar copy lah tak nak lah yang tak boleh copy. Macam mana Ammar nak ambik untuk edit gambar.

Ammar Jutawan Muda

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang-petang ni kalau perkena pisang goreng panas best jugak ni kan? Tapi kat mana nak cari? Boleh tolong carikan untuk Ammar? Dah lama tak makan pisang goreng, minum air teh pergh!!!! Bestnya. Ok, tak nak cerita panjang pasal pisang goreng, Ammar nak cerita pasal keywords hari ini. Keywords yang sangat menarik.



Tadi Ammar baru je check keywords untuk hari ini dan ternampak lah perkataan yang menarik dan buat Ammar terharu dan rasa nak gelak guling-guling. Aik? Terharu tapi gelak guling-guling? Macam mana tu? Terharu sebab ada orang doakan Ammar jadi jutawan. Yelah, kan tu cita-cita Ammar dari dulu lagi. Misi menjadi jutawan sebelum umur 30 tahu. Adakah akan berjaya?



Tapi yang buat Ammar nak gelak guling-guling ni sebab pelik lah orang search keywords tu dekat google kan? Ammar ni bukan orang glamour pun kan? Bukan artis atau pernah masuk majalah ke, surat khabar ke. TV? Jauh panggang dari bara. Tapi Ammar terfikir-fikir jugak sape yang punya kerja tu. Pelik dan ajaib orang yang tak ada nama macam Ammar ni pun ada jugak orang cari.



Tapi apa-apa pun Ammar berterima kasih kepada yang sering mendoakan supaya Ammar jadi jutawan dan usia muda ni. Ammar sangat bercita-cita tinggi untuk jadi jutawan.Kenapa? Satu je sebab utama Ammar adalah nak ubah nasib keluarga Ammar. Ammar tak nak biarkan ayah Ammar bekerja lagi tanggung adik beradik Ammar yang ramai. Kesian kat dia tua-tua pun kerja lagi. Insyaallah Ammar akan balas jasa ibu bapa Ammar yang telah banyak berjasa kepada Ammar sebelum ini. Ammar tahu, pergorbanan ibu bapa kita tak akan dapat dibalas sepenuhnya tapi jika Ammar dapat balas sedikit pun Ammar dah rasa bersyukur sangat. I love my parent.



Klik Gambar

Tukar Lagi Dan Tukar Lagi




Tukar lagi tukar lagi dan tukar lagi. Akhirnya jadi macam ni. Nak tanya ni, ok tak header ni? Atau header sebelum ni lagi ok? Cepat bagi pendapat.


Susah jugak nak pilih header ni kan? Banyak sangat pilihan tak tahu nak pilih yang macam mana. Yang ni dah ok kan? Ammar rasa yang ni lagi ok dengan sebelum ni. Apa pendapat anda?


Jom bagi pendapat lagi. Kali ni tak nampak macam hantu dah kan? Bhahahaha.... Hantu pocong nampak kepala. Lalalalala... Lari!!!!!!!

Tukar Header Baru Ok Tak?




Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca setia jom klik blog. Semalam Ammar buat satu lagi kerja gila. Gara-gara edit gambar untuk header baru blog Ammar ni pukul 4 pagi baru Ammar tidur. Pergh!!! Gila betul, bangun solat subuh lepas tu sambung tidur balik sebab mana cukup tidur 2 jam kan?



Untuk pengetahuan anda semua sebenarnya sekarang ni Ammar tak mandi lagi. Hehehehe.... Jangan bagitahu kat orang lain ek. Bukan apa, sebenaarnya Ammar sayang anda semua sebab tu tak mandi lagi, bangun je dari tidur terus update blog ni. Bukti Ammar sayang kat anda semua. Kan kan? Hehehehe.... Terima kasih sebab selalu datang blog Ammar yang tak seberapa ni.



Ok. Sekarang ni Ammar nak tanya anda semua. Ok tak header baru yang Ammar buat ni? Kalau tak ok Ammar nak edit buat header baru ni. Cepat-cepat bagi cadangan yang bernas. Ammar bukan pandai sangat buat header ni. Sikit-sikit boleh lah, budak-budak baru belajar edit gambar katakan. Guna adobe photoshop, susah jugak tapi best sebab banyak fungsi. Jom komen-komen kat sini.



Nota kaki: Petang ni pukul 2.30 ada exam pulak.

21 Mac 2011

Semakan Keputusan SPM 2010




Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini bersamaan 23/3/2011 di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran, Putrajaya.


Menurut satu kenyataan, calon boleh menyemak keputusan melalui sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari yang sama.


Bagi calon persendirian, akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi sendiri Jabatan Pelajaran Negeri tempat pendaftaran SPM sebelum ini.


Kementerian juga memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888 mulai tahun ini.


Perkhidmatan mySMS aktif pada pukul 10 pagi Rabu ini sehingga 12 tengah malam hari yang sama.


Sumber: Bernama

Bestnya Derma Darah

Aduhai letihnya badan aku hari ni, banyak darah keluar tadi sebab drakula(Nurse) hisap.Hehehehe. Tapi walaupun letih aku sangat berpuas hati dan jiwaku tenang sebab tindakan aku tadi sekurang-kurangnya boleh membantu insan yang memerlukan. Jika darah yang aku derma tadi tu boleh menyelamatkan satu nyawa aku merasa cukup bertuah dan sangat gembira.



Tadi lepas je exam terus je pergi kat tempat dermah darah ni. Ingatkan dah ramai datang tapi rupanya aku orang yang pertama derma darah. Excited gila tadi nak derma darah tak tahu kenapa. Mungkin derma darah best kot. Best je bila tengok darah mencurah-curah keluar dan masuk dalam pek darah tu. Sekejap je penuh, 5 minit darah dah penuh. Tapi bila siap derma darah tu aku sedikit pening sebab badan letih, banyak darah keluar.


Aku hairan lah kenapa tiap kali pergi derma darah ramai kaum Hawa daripada kaum Adam. Adakah kaum Adam ni penakut? Takkan cucuk sikit pun takut kot, rasa macam kena gigit semut je pun bukan sakit sangat. Bila ajak orang yang tak nak derma darah ni banyak alasan yang dia buat contohnya:

1. Aku takut jarum.
2. Aku tak boleh tengok darah.
3. Aku tak cukup darah.
4. Aku tak cukup umur.
5. Aku tak cukup berat.



Banyak alasan yang diberi kan? Tapi cuba bayangkan orang yang anda sayang seperti mak anda atau kekasih anda sayang memerlukan darah segera. Jika tak dapat darah dalam masa satu hari orang yang anda sayang tu mungkin akan mati. Masa tu tak ada satu pun darah dan tak ada penderma kerana darah yang diperlukan adalah darah 0. Kebetulan anda tergolog dalam kumpulan darah 0. Apa tindakan anda masa tu? Nak buat alasan macam kat atas tu lagi atau beranikan diri untuk derma darah? Mesti anda tak nak orang yang anda sayang tu mati kan? Fikir-fikirkanlah.



Kelebihan derma darah:

1. Penderma darah boleh merangsang badan menghasilkan sel darah baru dan secara tidak langsung meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang lebih baik.

2. Mendapat pahala yang besar dari Allah kerana membantu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

3. Jiwa akan merasa lebih tenang dan tenteram kerana membuat perkara yang mulia.

4. Mendapat rawatan percuma pesaki luar, rawatan perubatan, dan caj wad.

5. Boleh melicinkan kulit muka.

6. Awet muda.

7. Berat badan mudah bertambah jika makan berlebihan.(sesuai untuk orang kurus)

Chelsea Tundukkan Manchester City





LONDON, Mac. 20 - Tandukan oleh David Luiz pada minit ke-78 dan gol lewat melalui rembatan kencang Ramires memberikan kemenangan 2-0 kepada Chelsea sewaktu menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana awal pagi tadi.
Pada perlawanan tersebut Chelsea terpaksa bekerja keras sebelum Luiz memecah kebuntuan untuk gol pertama skuad The Blues.
Selepas gol pertama Ramires menambah derita City untuk gol kedua ketika perlawanan dianjak ke masa tambahan.
Kemenangan Chelsea itu membolehkan pasukan itu mengumpul 54 mata untuk berada di tangga ketiga liga dan sembilan mata kurang daripada pendahulu Manchester United. - Reuters
Sumber: Utusan Online.

20 Mac 2011

Gambar Kalimah Allah Ketika Tsunami Di Jepun

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan bencana yang dasyat dari Allah iaitu Tsunami di Jepun yang memusnahkan banyak harta benda seperti bangunan, rumah, kereta dan sebagainya. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui dan perancangan Allah melebihi segala-galanya.





Dunia sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan kalimah Allah semasa rakaman video dari sebuah televisyen di Jepun. Garisan membentuk huruf arab dan jika dibaca menjadi "Bissmillah" dan Allah. Imej itu terbentuk dari himpunan kereta-kereta yang bakal di eksport ke luar negara. Sungguh besar kekuasaan Allah. Tiada makhluk lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah.

Cinta Satu Malam


Walau cinta kita sementara
Aku merasa bahagia

Kalau kau kecup mesra di keningku
Ku rasa bagai di Surga

Reff:
Cinta satu malam
Oh indahnya
Cinta satu malam
Buatku melayang
Walau satu malam
Akan selalu ku kenang
Dalam hidupku
Cinta satu malam
Oh indahnya
Cinta satu malam
Buatku melayang
Walau satu malam
Akan selalu ku kenang
Selama-lamanya

Sentuhanmu membuatku terlena
Aku telah terbuai mesra
Yang ku rasa hangat indahnya cinta
Hasratku kian membara


Krisdayanti Berkahwin

Diva terkenal dari Indonesia Krisdayanti selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Raul Lemos. Majlis akad nikahnya itu berlangsung di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Indonesia. Ayah KD iaitu Trenggono menjadi wali untuk pernikahannya itu.







Walaupun majlis itu lewat 30 minat dari jadual asalnya, majlis itu bagaimanapun tetap meriah dan dihadiri beberapa orang kenamaan.



Walaupun majlis itu berlangsung mewah tetapi pasangan itu tetap memilih satu set alat solat untuk dijadikan mas kahwin. Selesai majlis akad nikah ini air muka kedua-dua pasangan kelihatan bahagia dan senyum manis. Selamat pengantin baru KD, semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Sebelum ini Krisdayanti pernah berkahwin dengan Anang Hermansyah namun rumahtangganya tidak kekal lama dan bercerai. Sebelum ini Raul Lemos disebut-sebut sebagai orang ketiga yang memecah belahkan rumahtangga KD dengan Anang Hermansyah.

Irma Hasmie Nekad Bertudung

Wajah cantik putih berseri dan menggayakan fesyen muslimah menutup aurat penuh pasti membuat si jejaka terpikat. Siapa lagi kalau bukan Irma Hasmie iaitu pelakon tanahair yang nampak ayu berseri apabila mengenakan tudung. Irma Hasmie kelihatan bertudung semasa majlis makan malam anjuran Rafflesia Jumaat lalu.



Pengalaman mengerjakan umrah selama dua minggu di Mekah Februari lalu membuatkan pintu hati pelakon ini terbuka untuk terus bertudung litup. Alhamdulillah walaupun pelakon ini bertudung tetapi masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan beliau menganggap berpakaian sebegini tidak menutup pintu rezekinya.



Seminggu selepas pulang mengerjakan umrah Irma Hasmie telah menerima tawaran untuk berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Watak yang dipegang adalah seorang wanita yang bertudung, sesuai dengan perwatakannya sekarang. Selain itu beliau turut menerima tawaran berlakon untuk beberapa drama lain termasuk untuk TV9.



Selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimah ramai peminatnya memberi reaksi positif. Jelaslah disini bahawa menutup aurat bukan bermakna menutup periuk nasi artis itu sendiri. Allah sentiasa ada pada orang yang benar dan sentiasa mengingati hamba-Nya jika hambanya sentiasa mengingati-Nya.




Gambar: Budiey