30 Apr 2011

Gempar!!! Blogger Bagi Header Blog Percuma

Alhamdulillah siap jugak 3 header ni akhirnya. Lepas ni tinggal 3 atau 4 lagi header yang tak siap. Ammar harap kepada yang tempah header tu bersabar lah sebab akhir-akhir ni Ammar sibuk sikit, tak ada masa nak buat header ni cepat-cepat. Takpe kan? Sebab Ammar pun tak suka buat kerja cepat-cepat takut tak lawar header yang orang tempah. Antara ketiga-tiga header ni yang paling susah buat adalah header Azreen. Boleh tak yang baca entri ni tolong cakap kat tuan punya header ni yang header dia dah siap?



Header-Azreen-ILLiana

Header-Miss-Wanda

hEADER-Sarah-Dahlia

Gambar Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton | The Royal Wedding | 29/04/2011

Selesai sudah majlis perkahwinan diraja iaitu Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton yang jatuh pada tangga 29/04/2011. Satu majlis perkahwinan yang gilang gemilang dan mencatat rekod dalam talian mengatasi perlanan akhir Piala Dunia 2010. Seramai 2.4 juta akses telah dicatatkan ketika perkahwinan tersebut berbanding 1.6 juta semasa perlawanan akhir Piala Dunia.

Berikut adalah Gambar Perkahwinan Prince Willian dan Kate Middleton:

royal-wedding-prince-william-11-1
royal-wedding-prince-william-14
royal-wedding-prince-william-16
royal-wedding-prince-william-18
royal-wedding-prince-william-20
royal-wedding-prince-william-22
royal-wedding-prince-william-02
royal-wedding-prince-william-09
royal-wedding-prince-william-11

29 Apr 2011

KEPUTUSAN TERENGGANU VS SELANGOR 29/04/2011 | LIGA SUPER 29 APRIL 2011 JUMAAT | KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER

FB
Perlawanan tumpuan Liga Super iaitu pertemuan Terengganu dengan Selangor malam ini akan berlangsung 29/04/2011 Jumaat. Selangor sekarang ini sebagai pendahulu liga dengan jumlah mata 32 dan Terengganu dengan 31 mata. Mampukah Terengganu menaiki takhta sebagai pendahulu liga? Sama-sama kita saksikan perlawanan tumpuan ini.




BERITA TERBARU: KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN TERENGGANU (1) SELANGOR (1)

28 Apr 2011

Gambar Datuk Siti Nurhaliza| Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu di Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Beliau adalah penyanyi yang sangat berbakat dan suaranya sungguh lunak bak buluh perindu.

Berikut adalah gambar-gambar terkini Datuk Siti Nurhaliza:

497557759_dc4cd406d6_o

497528432_f74e897a27_o

497528858_a08e4ae043_o

497557969_405ab13ca5_o

456248066_f4ba02dea4_o

sitinurhaliza6

n7168268769599948510cd2

74886491iy9

17974774ok2
Sumber Gambar: Oh bulan & Budiey

Bukti Keberkesanan Teknik Mesra SEO

Bukti
Sebelum ni Ammar ada kongsikan teknik macam mana nak jadikan blog anda mesra SEO di ENTRI NI dan seterusnya boleh dapat traffik beribu-ribu sehari. Sekarang ni Ammar nak tunjukkan bukti keberkesanan teknik tu. Tengok gambar kat atas tu sebagai bukti. Posisi tajuk blog bertukar daripada depan ke belakang setelah menggunakan teknik penukaran setting title meta tag.


Penukaran title meta tag kepada tajuk entri dahulu sebelum tajuk blog sangat penting untuk blog anda mesra SEO kerana peluang untuk berada di ranking tertinggi hasil carian Google akan cerah jika anda menukarkan title meta tag kepada tajuk entri dahulu sebelum tajuk blog.


Jika tajuk blog berada dihadapan setiap tajuk entri sangat sukar untuk mendapat ranking pertama hasil carian di Google search. Jadi, cara terbaik anda perlu mengubah setting title meta tag blog anda dahulu untuk bermain dengan teknik SEO dan seterusnya berjaya menawan traffik beribu-ribu sehari. Untuk maklumat lanjut mengenai penukaran setting title meta tag KLIK SINI.


Nota kaki: Bagi yang belum mengetahui apa itu SEO, SEO adalah dalam bahasa inggerisnya adalah Search Engine Optimization atau bahasa Melayunya adalah Pengoptimuman Enjin Carian.

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Sekolah Rendah

KEMENTERIANPELAJARANMALAYSIAcopy
Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bagi calon-calon Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah lulus temu duga  Permohonan Guru Sandaran Terlatih sesi 4/2010 boleh disemak DI SINI bermula 27 April 2011. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi GSTT Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011

KEMENTERIANPELAJARANMALAYSIAcopy
Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011.


Untuk maklumat lanjut sila muat turun surat tawaran DI SINI.

Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Bilangan 1/2011

KEMENTERIANPELAJARANMALAYSIAcopy
Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Bilangan 1/2011 yang diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2011 boleh disemak di dalam Laman Web KPM mulai pada 4 Mei 2011.
Harap maklum.


KLIK SINI UNTUK SEMAKAN

Dayang Deno Bagi Ammar Kura-kura Comel

Photo0520
Selamat petang semua. Nak tahu tak berita best? Hari tu kan, masa Ammar pergi melawat Dayang Deno yang cerita di ENTRI NI Dayang Deno bagi Ammar kura-kura kecik yang comel. Dia suruh Ammar jaga kura-kura ni. Comel sangat-sangat.


Photo0519
Kesian kura-kura ni tak ada orang nak jaga sebab Deno Masuk wad dan parent Deno tak ada masa lah nak jaga kura-kura ni sebab pergi jaga Deno dekat hospital. Pastu Deno tanya Ammar nak tak kura-kura. Ammar dengan suka hatinya jawab nak kura-kura comel tu. So dia pun bagi lah kura-kura comel tu dekat Ammar.

Photo0521
Nama kura-kura ni Juju. Comel tak nama dia? Comel kan? Nama ni tua asal yang bagi. Ammar malas lah nak tukar nama lain sebab dah comel nama tu. Juju ni manja sangat. Tiap-tiap hari kena mandikan dia, bagi dia main jalan-jalan. Kalau sehari je biarkan macam tu mulalah dia merajuk je. Sorok je kepala tu. Hampeh betul lah. Kura-kura pun pandai merajuk jugak. Bhahahaha.

Photo0522
Tengok tu Juju nak merayap-rayap atas meja. Kalau tak bagi dia merayap mula lah buat muka sedih-sedih macam kucing dalam cerita shrek tu. Hehehehe…

Photo0523
Terima kasih Deno sebab bagi Ammar kura-kura yang comel ni. Insyaallah Ammar akan jaga Juju elok-elok. Deno tak rindu ke dekat Juju ni?

Photo0524
Lepas ni Ammar nak cari bekas besar lagi nak letak Juju ni barulah dia selesa sikit duduk dalam bekas besar. Boleh lah dia main-main sorok bawah jambatan, main pusing-pusing. Kan Juju?


Photo0525

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU | VIDEO FILEM OMBAK RINDU

OMBAK RINDU
Sebuah filem yang diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.




Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Video Filem Ombak Rindu:

Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011| Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM Secara Online

logo_moheTerdapat 3 cara untuk menyemak keputusan Kemasukan Matrikulasi iaitu secara online, SMS dan talian terus ke Talian Bantuan Matrikulasi.

Semakan secara online: KLIK SINI

Semakan secara SMS: KLIK SINI

Semakan melalui talian terus: Panggilan terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Bagi pelajar yang gagal untuk ke Matrikulasi,anda boleh membuat rayuan mulai 28 April 2011 sehingga 13 Mei 2011.

Rayuan boleh dibuat secara online di laman web KLIK SINI

25 Jenis Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat & Menyampah !

pink-floral-background
1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril
 
2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?
 
3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh
 
4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak
 
5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!
 
6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.
 
7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett
 
8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)
 
9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'
 
10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'
 
11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun
 
12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau
 
13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang
 
15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'
 
16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi
 
17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot
 
18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?
 
19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway
 
20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau
 
Sambungan: KLIK SINI
 
Sumber: Facebook Note







































Keputusan Terkini Liga Juara-Juara Eropah| Kalendar Liga Juara Eropah 2010/2011| Keputusan Penuh Semi Final UEFA Champion League 2011

Berikut adalah keputusan terkini Liga Juara-Juara Eropah:

S04-VS-MU


REAL-VS-BARCA



UEFA-Champions-League10


Kalendar Liga Juara Eropah 2010/2011:
Jadual Penuh Liga Juara Eropah 2010 2011   Sokernet

27 Apr 2011

Gempar!!!Rahsia Pakar Innit Nuffnang

untitled
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Pernah dengar tak pasal innit nuffnang? Innit nuffnang adalah satu cara paling mudah untuk mendapat traffik ke blog anda dan hanya ahli glitterati sahaja yang boleh menggunakan innit nuffnang.


Innit nuffnang akan muncul apabila setiap kali ahli nuffnang membuka akaun nuffnangnya dan peluang untuk mendapat traffik adalah cerah jika entri anda tersenarai di dalam featured posts. Gambar dibawah adalah contoh entri yang terpapar dalam featured posts innit nuffnang.
Untitled



Kali ni Ammar nak review sebuah blog sahabat blogger iaitu Jamal yang terkenal di innit nuffnang kerana tiap-tiap hari pasti entrinya terpapar di innit nuffnang di bahagian featured posts. Beliau adalah boleh dikatakan pakar dalam teknik menawan traffik dengan innit nuffnang ini. Untuk mengetahui lebih lagi info mengenai teknik tawan traffik melalui innit nuffnang ini bolehlah melawat blog saudara Jamal hanya KLIK SINI.

Tips Untuk Dapat Traffik 10,000++ Sehari

Teknik SEO[3]
Sebelum ni Ammar ada ceritakan pasal teknik SEO kat ENTRI NI dapat 13k traffik sehari dan kali ni Ammar nak kongsi tips macam mana nak dapat traffik 10,000++ sehari. Dalam entri ni Ammar nak ceritakan langkah pertama untuk dapat traffik 10,000++ sehari. Caranya adalah membuatkan blog anda mesra SEO.


Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.
<title><data:blog.pagetitle/></title>



Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah title meta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.


Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.
Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.


Langkah 2
Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <title><data:blog.pagetitle/></title> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.


Langkah 3
Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod <title><data:blog.pagetitle/></title>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>


Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.
 
 
Sumber: Maribinablog


Jom Join Bloglist Jamal

untitled
Nak join KLIK SINI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kali ni Ammar nak join bloglist dari sahabat blogger Jamal. Bukan senang nak boleh peluang macam ni kan? Jamal si blogger yang femes dekat innit nuffnang tu ajak join bloglist dia. Tawaran yang sangat menarik bagi Ammar sebab blog Jamal ni dah ramai orang kenal so traffik mestilah tinggi kan? Rugilah kalau Ammar tak join bloglist ni sebab boleh dapat traffik free. Kan kan?


Jamal tanya Ammar kenapa nak masuk bloglist dia? Ok Ammar jawab kenapa Ammar nak masuk bloglist Jamal. Ammar nak masuk blog Jamal sebab Ammar tahu blog Jamal ni antara blog yang terkenal di innit nuffnang. Bila terkenal di innit nuffnang maknanya traffik ratus-ratus setiap hari dari innit tu dalam gengaman lah kan? Ammar tahu traffik blog Jamal ni memang tinggi. Sebab kerap kali je Jamal ni muncul dalam featured posts. Selain tu Jamal ni tak sombong orangnya walaupun dia femes di innit nuffnang dia tetap nang it orang lain yang tak femes. Macam Ammar ni yang baru je lagi masuk innit tu.


Kenapa Jamal patut pilih blog Ammar? Jawapan yang cukup ringkas untuk dijawab. Ammar rasa semua blogger yang buat bloglist ni mesti nak blog yang selalu update hari-hari kan? Betul tak? Blog Ammar ni walaupun malas nak update paling kurang 2-3 entri Ammar update tiap-tiap hari. Kalau malas sangat-sangat baru 1 entri setiap hari. Jadi tak rugilah kalau Jamal pilih blog Ammar ni untuk bloglist Jamal kan?


Jamal suruh komen sikit blog dia kan? Ammar ada satu je komen untuk blog Jamal ni. Secara keseluruhanny susun atur blog Jamal dah ok tapi satu je tak ok. Butang follower Jamal tu letak bawah sangat. Susah lah nak dapat follower ramai sebab mungkin orang tak nampak butang follower tu sebab bawah sangat. Ammar harap Jamal letak butang follower tu atas sikit lah baru tinggi peluang untuk dapat ramai follower. Tu je yang Ammar nak komen yang lain semuanya dah ok.


26 Apr 2011

Header Blog Percuma Untuk Miss Nadia

Header-Nadia
Pergh!!! Betul-betul mencabar kemahiranku bila buat header ni. Memang susah sangat-sangat nak boleh siapkan  header blog Miss Nadia ni sebab dia suruh letak tu lah letak ni lah tulis tu lah tulis ni lah. Atas tengah bawah dan bawah lagi suruh tulis. Bhahahaha… Mencabar gila nak buat header ni. Tapi takpe, Ammar sukakan cabaran tu sebab boleh tingkatkan lagi kemahiran Ammar edit gambar ni.


Header ni susah nak buat sebab tuan punya blog ni suruh letak banyak tulisan kat header ni. Memang susah bila banyak kan? Bukan apa, takut salah susun tulisan tu jadi serabut pulak header blog ni kan? Ammar seronok sangat buat header ni sebab menguji tahap kesabaran Ammar. Hehehehe…


Kepada Miss Diana tu mari lah ambik header ni. Header dah siap ni. Cepat-cepat ambik nanti orang ambik susah pulak kan. Jom terjah blog Miss Diana. KLIK SINI.

Header Blog Percuma Untuk Pzah

Header-Aku-dan-Kontes
Pong pong pong… Spongebob tumpang lalu sini jap. Hehehehe…. Jom kita berpesta. Sape yang tempah header ni? Dia cakap nak header kartun nakal dan tema colour purple & black. Ok tak header ni? Kalau tak ok Ammar nak buat yang lain. Ok dah kan?


Kepada tuan punya header blog ni silalah ambik header ni secepat mungkin ya. Header dah siap ni just tampal je dekat blog tu. Senang je kan? Sape kenal dengan Pzah? Boleh tak tolong bagitahu dia KAT SINI header dia ni dah siap?

Header Blog Percuma Untuk Puteri Katak

Header-Puteri-Katak
Assalamualaikum semua. Rindunya kat kamu semua… Hehehehe… Mana Puteri Katak ni. Hari tu dia tempah header blog dari Ammar. Boleh tak sorang tolong bagitahu kat dia header dia dah siap? Kalau nak pergi blog dia KLIK SINI.

25 Apr 2011

Bina Badan Di Secret Recipe

Photo0284
Aduhai letihnya hari ni. Pergi kolej lagi pergi kolej lagi. Walaupun dah berhenti belajar tapi pergi kolej jugak. Tapi tak pe lah. Orang mintak tolong hantar surat Ammar pergi lah.
Photo0283
Tadi masa on the way nak pergi kolej Ammar singgah kejap jenguk Dayang Deno yang ada kat hospital lagi. Semalam dia ada mengidam nak makan kek coklat rasanya. Ammar pun pergilah cari kedai kek sebelum pergi jenguk dia tu. Tak sangka pulak Ammar jumpa Secret Recipe dekat bandar KT ni. Ingatkan tak ada kedai macam ni kat KT. Nampaknya dah semakin maju sekarang ni Terengganu.Hehehehe..
Photo0282
Pergi beli kek untuk Deno dan terus pergi melawat dia. Ammar rasa best dan happy sangat tadi tengok kegembiraan diwajah Deno tadi bila dia makan kek. Suka bebenor dia makan kek coklat tu. Jom pergi jenguk Deno KAT SINI.
Photo0285
Lepas je jenguk Deno tadi Ammar terus pergi serbu kedai Secret Recipe lagi. Kali ni Ammar nak bina badan di Secret Recipe.. Hehehehe… Jom kita makan kek. Nak kasi besar sikit badan. Macam Ben Ashaari.
Photo0286
Photo0287
Photo0288
Photo0289
Photo0290
Photo0291
Photo0292
Photo0254
Photo0257
Photo0262
Photo0273
Photo0279
Photo0281