29 Jun 2011

CIRIT BIRIT

Assalamualaikum semua. Maaf sebab semalam Ammar tak update blog. Bukan tak nak update blog tapi keadaan yang tidak mengizinkan untuk update blog. Semalam dari awal pagi sampai malam Ammar sakit. Nak tahu sakit apa? Cirit birit. Hanya Tuhan saje yang tahu macam mana perasaan Ammar masa tu.

Perut sakit sangat-sangat dan tenaga banyak hilang masa tu. Sampaikan nak berdiri pun tak boleh. Solat pun solat duduk je. Bahaya jugak cirit birit ni kan? Ammar ingatkan cirit birit ni biasa-biasa je. Rupa-rupanya cirit birit ni boleh bawa maut.

Kepala tersangat-sangatlah sakit petang semalam sampai nak bangun pun tak larat. Nak buka laptop pun tak boleh sebab sakit teruk sangat. So semalam no entri. Hari ni baru ada entri sebab sakit pun dah beransur pulih. Esok dah nak bertolak pergi UPM. Harap-harap esok Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Ammar. Amin.

WORDLESS WEDNESDAY #4


WORDLESS WEDNESDAY
evo7_big3

27 Jun 2011

Pensyarah Baca Blog Aku? Malunya…..

malu
Assalamualaikum semua. Sejak akhir-akhir ni Ammar asyik sibuk je. Nak update blog pun tak ada masa sebab urus untuk kemasukan UPM nanti. Tadi Ammar pergi kolej sebab ada urusan sikit dengan kolej.

Lepas tu tetiba jumpa sorang Pensyarah yang mengajar Ammar dulu. Mula-mula tu dia hairan jugak kat Ammar sebab tetiba je berhenti belajar. Lepas tu baru dia tahu Ammar nak sambung belajar dekat UPM.

Sembang punya sembang dia pun tanya Ammar masa cuti sebelum ni buat apa? Ammar tak sempat nak jawab dia pun cakap update blog ke? Aik? Lain macam je dengar. Kenapa tiba-tiba dia tahu pulak Ammar ni ada blog?

Ammar pun tanya dia macam mana tahu Ammar ni ada blog? Dia cakap, hari tu dia search dekat internet nak cari maklumat pasal kewangan dan tiba-tiba dia masuk blog Ammar. Malunya,  pensyarah tu tahu Ammar ada blog. Tidak!!!!!!

Moral the story blog bukan privacy. Semua orang boleh masuk blog kita tidak kira orang yang kita kenal atau tidak.

Nota Kaki: Lepas ni tak boleh lah nak mengumpat kat Pensyarah.

26 Jun 2011

SENARAI HARGA KERETA DI MALAYSIA

SENARAI HARGA KERETA DI MALAYSIA
Nak beli kereta tapi tak tahu harga kereta? Berikut adalah senarai harga kereta keluaran Proton.
PROTON INSPIRA
Gambar-Proton-Inspira-5

Gambar-Proton-Inspira-2

Gambar-Proton-Inspira-6

Gambar-Proton-Inspira-3
  • Proton Inspira 1.8 (Manual) – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

PROTON PERSONA
Proton-Persona-SE-1-Large

proton_persona_12
  • Persona Elegance 1.6 B-Line (MT) - RM46,499
  • Persona Elegance 1.6 B-Line (AT) - RM49,499
  • Persona Elegance 1.6 M-Line (MT) - RM52,999
  • Persona Elegance 1.6 M-Line (AT) - RM55,999
  • Persona Elegance 1.6 H-Line (AT) - RM59,499

SATRIA NEO
satria_neo_1.3_rear

satria-neo-cps-interior

proton-satria-neo-cps-h-line


SatriaNeo_img1
  • Satria Neo 1.6 Lite (M) - RM 43,900
  • Satria Neo 1.6 Lite (A) - RM 46,900
  • Satria Neo 1.6 (M) M-Line - RM 48,463
  • Satria Neo 1.6 (A) M-Line - RM 51,463
  • Satria Neo 1.6 CPS (M) Metallic - RM 57,313
  • Satria Neo 1.6 CPS (M) Solid- RM 57,763
  • Satria Neo 1.6 CPS (A) Metallic - RM 60,313
  • Satria Neo 1.6 CPS (A) Solid- RM 60,763


PROTON SAGA FL
2011-new-proton-saga-fl-launched-in-malaysia-medium_2

proton-saga-fl-2011
  • Proton Saga FL 1.3 Standard (B) MT - RM37,998
  • Proton Saga FL 1.3 Standard (B) AT - RM40,998
  • Proton Saga FL 1.3 Executive (B) MT - RM40,698
  • Proton Saga FL 1.3 Executive (B) AT - RM43,298

HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI DI JARI HARAM

inai-dijari-disulami-cincin
Sejak kebelakangan ini ramai masyarakat Melayu mengamalkan memakai inai di jari(pengantin lelaki) tanpa rasa bersalah sedangkan dalam Islam melarang lelaki memakai inai atau sebarang pewarna pada jari. Inai ialah perhiasan untuk wanita sahaja tetapi kenapa semakin hari semakin ramai dilihat pengantin lelaki memakai inai? Mungkin ramai yang tidak tahu hukum yang telah disyariatkan di dalam Islam.

Islam cukup sempurna jadi kenapa kita melanggar syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Semoga semua yang membaca entri ini tahu akan hukum lelaki memakai inai. Hukumnya adalah haram!!! Sama-sama kita ingat mengingati sesama Islam semoga mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

VIDEO USTAZ AZHAR: PENJELASAN HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI DI JARI

24 Jun 2011

Bagaimana Cara Untuk Membuat Teknik SEO?

seo3

Setelah membuat tips mengenai SEO di ENTRI INI ramai rupanya blogger yang belum tahu apa itu SEO dan bagaimana untuk membuat teknik SEO ini. Sebenarnya asas teknik SEO ni mudah sahaja kerana teknik ini boleh dilakukan oleh semua blogger jika ada kesungguhan.

Teknik SEO boleh dilakukan oleh blogger-blogger yang suka atau sering mengkaji dengan isu-isu semasa. Blogger seharusnya peka dengan isu-isu semasa untuk membolehkan blog itu sarat dengan entri SEO. Jika blog anda sarat dengan SEO maka mudahlah blog itu mendapat traffik yang tinggi jika kena pada caranya.

Teknik SEO boleh diibaratkan sebagai perniagaan. Perniagaan? Ya, perniagaan. Sebagai contoh Ali membuka sebuah kedai jualan kereta mewah di sebuah perkampungan. Sudah semestinya jualan oleh Ali tidak mendapat sambutan yang hangat kerana orang kampung terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Sebuah perniagaan itu seharusnya mempunyai permintaan yang tinggi untuk mendapatkan untung yang tinggi. Samalah dengan teknik SEO. Blogger seharusnya menulis entri yang mendapat permintaan yang tinggi untuk mendapatkan traffik yang tinggi. Itulah yang dinamakan SEO.

Sebagai contoh antara isu semasa yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang ialah Maharaja Lawak, Liga Super, video jaringan gol kelayakan Olimpik 2012 Malaysia vs Lubnan dan sebagainya. Ingat!!! Petua untuk membuat teknik SEO adalah perlu peka dengan isu semasa.

Selamat mencuba.

23 Jun 2011

Awas!!! Jangan Guna Teknik SEO Kalau……..

seo
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.
Mungkin bagi blogger lama tahu apa itu teknik SEO. Bagi yang belum tahu apa itu teknik SEO Ammar akan terangkan apa itu teknik SEO. SEO atau dalam bahasa panjangnya Search Engine Optimization yang bermaksud Pengoptimuman Engin Carian. Jika entri anda mesra dengan enjin carian anda akan lebih mudah untuk mendapatkan traffik yang tinggi.
Mungkin ramai blogger yang beranggapan untuk membuat duit dengan banyak melalui blog seharusnya mempunyai traffik yang tinggi. Jawapan itu salah sama sekali kerana traffik yang tinggi tidak menjamin untuk mendapat duit yang banyak melalui blog.
Sejak kebelakangan ini ramai blogger-blogger yang menggunakan teknik SEO tetapi tidak tahu apa kesannya jika tersalah guna. Penggunaan teknik SEO yang tidak betul boleh menyebabkan blog anda digantung oleh google atau erti kata lain google akan menyenarai hitamkan blog anda sebagai blog spam.
Jadi, apa yang patut kita lakukan jika ingin menggunakan teknik SEO? Caranya mudah sahaja. Jaga kualiti penulisan blog anda dan jangan mengamalkan copy dan paste entri orang lain. Buat penulisan sendiri barulah blog anda tidak dikira sebagai blog spam. Insyaallah untuk mendapatkan duit dengan banyak melalui blog akan menjadi mudah. Tapi ingat!!! Jangan menulis hanya kerana duit. Keikhlasan menulis adalah lebih penting untuk menjadi blogger berjaya.

DAN

22 Jun 2011

Cara Menangani Masalah Upload Gambar Pada Blog

Malam ni ramai blogger yang duk kecoh sebab tak boleh upload gambar-gambar dalam blog kan? Macam mana cara untuk mengatasi masalah tu? Senang je caranya. Kita gunakan plan B. Sebab plan A dah tak boleh kan? Plan B senang je.

Caranya adalah menggunakan sofware windows live writer. Dengan menggunakan sofware ini kerja mengupdate blog menjadi semakin cepat dan pantas. Nak tahu apa kelebihan sofware ni? Kelebihan yang sangat ketara adalah kerja upload gambar sangat mudah hanya perlu tarik sahaja gambar masukkan dalam entri.

Gambar kat bawah ni sebagai bukti kukuh. Senangkan nak upload gambar ke dalam entri. So, apa tunggu lagi jomlah download sofware ni. KLIK SINI

Untitled

Koleksi Gambar Kartun Ana Muslim | Koleksi Gambar Kartun Muslim

Koleksi Gambar Kartun Ana Muslim | Koleksi Gambar Kartun Muslim
Kepada yang sesiapa yang minat dengan gambar-gambar kartun muslim comel-comel bolehlah copy semua gambar-gambar ni. Mesti ramai yang suka dengan gambar-gambar kartun comel macam ni kan? Tunggu apa lagi, cepatlah copy gambar ni.
kartun-islami2
Kartun Muslimah
ana muslim,idah,ina
ana-muslim1
ana-muslim
15240063_1
kartun_berdoa-ibu-anak
kartun-muslim
ana muslim.
jilbab-kartun4


Tawaran menarik KLIK SINI dan KLIK SINI

Keindahan Yang Bakal Hilang

P6080042

Lokasi: Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu.

 

Pantai ini semakin hari semakin terhakis dan keindahan pantai ini mungkin akan hilang ditelam zaman. Dimanakah pencinta alam sekitar yang betul-betul mahu menjaga daripada ianya hilang.

WORDLESS WEDNESDAY #3


21 Jun 2011

Gambar Kemalangan Maut Di Batang Kali, Hulu Selangor | 2 Maut 4 Parah


Gambar jenazah mangsa kemalangan KM 46 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, Hulu Selangor.



Mangsa kemalangan 18 Jun 2011, 12.40 Tengah Malam.










































Maut:
1. NURFARAHANIM ISMAIL-18 TAHUN-DI TEMPAT KEJADIAN
2. MUHAMAD DANIAL ISMAIL-5 TAHUN-DI HOSPITAL KKB


Cedera Parah (HOSPITAL SG BULUH):
1. ISMAIL SANADI@OTHMAN-48 TAHUN-PEMANDU VAN
2. NORIDA ABD RAHMAN -39 TAHUN-(ISTERI)-MENGANDUNG 8 BULAN


Kritikal (HOSPITAL SG BULUH):
1. MOHD HAIKAL ISMAIL-1 TAHUN
2. SOPIAH ISMAIL-7 TAHUN



Mee Sup Kemboja Memang Power

Pagi tadi member aku sms dan ajak aku pergi satu tempat yang special. Kedai Mak Wan yang terkenal dengan mee supnya yang sedap. Mak Wan ni sebenarnya orang Kemboja dan menetap dekat Malaysia ni dah lama kot.


Mee sup Mak Wan ni memang betul-betul hot lah sebab rasanya lain dari yang lain. Sedap sangat-sangat tau. Rugi kalau tak cuba mee sup ni. Sekali cuba nak lagi. Meleleh cakap lu.

Apa yang aku hairan lah pasal kedai mee sup ni satu je. Nak tahu apa? Kedai ni sebenarnya duk dalam pedalaman jugak lah. Kalau tak pernah pergi memang susah lah nak cari kedai ni. Walaupun kedai mee sup ni jauh tapi pelanggannya tetap ramai. Siap dari negeri-negeri lain datang nak makan mee sup ni.


Ni antara wajah-wajah ceria member aku yang lepas makan mee sup ni. Nak kenal dengan mamat hensem ni tak? KLIK SINI



Kita makan dulu..........



Sedap cakap lu. Meh lah rasa der………