31 Jul 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

puasa1

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, BERNOMBOR 1432H. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diwajibkan memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT.

 

ramadhan-al-mubarak1

Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN. Oleh itu saya mengucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN.

 

ramadhan

Mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini.

PENJAGA GOL KEBANGSAAN MALAYSIA (KHAIRUL FAHMI) PUTUS TUNANG?

KHAIRUL FAHMI PUTUS TUNANG

frontpage7
Malaysia kecoh apabila penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengumumkan bahawa pertunangannya dengan Elia atau nama sebenar Aimie Harmelia Mohd Hashumi diputuskan secara rasminya semalam.

Setelah pelbagai isu dan tohmahan menghantui dirinya, Apek akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Elia.

Sebelum ini di internet banyak gossip yang mengatakan bahawa penjaga gol kebangsaan ini mempunyai hubungan dengan orang lain. Namun kesahihan berita itu tidak diketahui.

Berikut adalah status facebook bekas tunang Khairul Fahmi Che Mat sebelum beliau memutuskan pertunangan.
apektunang2


Pendapat peribadi dari Ammar: Lelaki paling pantang kalau perempuan menjatuhkan maruah mereka. Maruah lelaki akan tercabar dan mungkin akan terjadi perkara yang tidak diingini.

PETUA SENANG UNTUK MENJADI KAYA

gambar-sedekah1

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Disaat kita susah tiada siapa yang ingin membantu. Seperti kata orang semasa senang ramai je kawan yang dekat tapi bila susah semuanya lari. Saat itulah yang mengajar kita yang mana kawan dan yang mana lawan.

 

Tetapi di saat kita susah adakah kita terdetik untuk berputus asa? Aku ni tak ada duit, tak ada sape nak kawan dengan aku. Ada kawan semuanya lari sebab aku susah. Anggapan itulah sebenarnya penghalang kita untuk menjadi insan yang berjaya. Buang segala anggapan itu untuk terus berjaya.

 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, sentiasa memberi hamba-Nya peluang dan ruang untuk meminta dan berdoa. Doa adalah sesuatu yang sangat penting dalam menggapai sesuatu kejayaa. Insyaallah segala kesusahan dan kepayahan yang kita terima hari ini akan terbalas dengan kejayaan kita di suatu hari nanti.

 

Ingatlah bahawa kesusahan yang kita alami sekarang sebenarnya tidak sesusah atau sedaif manusia yang berada di negara-negara mangsa peperangan seperti Palestin dan sebagainya. Amalkan sikap suka memberi dan bersedekah kerana sesungguhnya itu adalah kunci segala kekayaan.

30 Jul 2011

SEGMEN: BEN ASHAARI AJAK LETAK GAMBAR PANAS

Untitled
Hehehehe… Tajuk segmen pun dan panas dah kan? Jangan marah Bro Ben. Sape suruh bagi tajuk bebas. Bhahahaha… Ok ok… Jom join ramai-ramai segmen Bro Ben ni KLIK SINI.

P1010005
Gambar ni Ammar tangkap masa dalam perjalanan nak pergi Kolej. Masa tu Ammar masih belajar dekat Kolej Teknologi Bestari lagi. Kebetulan masa tu bawak kamera jadi Ammar pun tangkap lah gambar ni. Kemalangan yang berlaku di hadapan TER Kuala Terengganu. Tahu tak TER tu apa? Tak tahu? KLIK SINI untuk berita penuh.

RAHSIA MENJADI INSAN CEMERLANG

9535231

Alhamdulillah selesai sudah membaca buku dari hasil karya Dr.Fadzilah Kamsah yang bertajuk “Menerobos Sempadan Diri”. Bermula bacaan tengah malam semalam dan berjaya menghabiskan bacaan awal pagi ini. Sebuah buku yang sangat bagus dan membuat pembacanya ingin terus membaca sehingga habis sebuah buku ini.


Buku ini menerangkan bagaimana cara untuk kita mengenali sempadan diri yang menghalang daripada kita untuk berjaya dan seterusya memberikan tips bagaimana cara untuk menerobos sempadan diri.

Tiada siapa yang boleh menghalang kejayaan seseorang itu melainkan diri mereka sendiri. Diri sendiri adalah penghalang yang paling kuat untuk kita berjaya. Jika kit berjaya menerobos sempadan diri itu Insyaallah kita akan memperolehi kejayaan dan kecemerlangan.

Antara penghalang kemajuan diri adalah ingkar perintah Tuhan, kesan pendidikan anak ala kadar, takut dikritik, takut gagal, matlamat kabur, jahil dan sebagainya. Aspek yang terpenting dalam mencapai kejayaan adalah menetapkan matlamat kerana tanpa matlamat kita tidak mungkin mengecapi kejayaan dan kecemerlangan.

Ingatlah bahawa hidup tanpa matlamat ibarat seperti menembak tanpa sasaran. Belajarlah cara untuk menjadi insan cemerlang kerana kecemerlangan itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. Bepeganglah pada kata-kata “tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu”.

NORMAN, MEMEY BEBAS TUDUHAN KHALWAT

picture memey 5
Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membebaskan tuduhan liwat ke atas pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Salehan Yatim semalam. Keputusan itu dilihat sebagai hadiah perkahwinan buat pasangan itu yang bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini.

Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan syukur kepada Allah kerana perkara ini berlaku terlalu lama iaitu sejak tiga tahun lalu.

Kedua-duanya mengesat airmata tanda gembira. Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, didakwa berkhalwat di sebuah premis pejabat di Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Okt 2008.

Namun, keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam membuktikan bahawa kedua-dua pasangan itu tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan 3 tahun lepas.

28 Jul 2011

CARA UNTUK MENGETAHUI TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN

mengandung

Saat kehamilan adalah saat yang paling dinanti-nantikan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Seorang isteri sangat gembira apabila dia dapat mengetahui dirinya sudah “berbadan dua” kerana itulah yang diinginkan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Mempunyai anak kandung sendiri adalah keinginan yang tidak dapat dipisahkan dari pasangan suami sendiri kerana anak merupakan penyeri kepada kehidupan berkeluarga.

Namun, ramai wanita yang masih lagi bingung mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau tidak? Berikut adalah tanda-tanda awal kehamilan:

1. Terasa mual
- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

2. Kekerapan membuang air kecil
- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

3. Terasa Kram
- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

4. Mengidam
- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.

5. Moody
- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

6. Bau badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

7. Pengsan
- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

8. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Rasa lelah yang berlebihan
- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

10. Sembelit
- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

27 Jul 2011

TUTORIAL MEMBUANG FUNGSI CHAT DALAM GROUP FACEBOOK

Bosan, geram, cuak, dan marah bila tiap kali buka facebook ada je yang duk chatting dekat facebook group.Memang ramai yang duk chatting kan? Sorang tu chat sorang tu balas dan sorang tu tengok macam best je chat sorang lagi masuk dan bertimbung-timbunglah jumlah chat kan?

Sekali sekala serabut tak kalau tiap kali bukan jadi macam tu? Kalau masa tu kita mood ok takpe lah kan? Boleh join sama chatting dalam group tu kan? Tapi bayangkan masa tu kita tengah chatting dengan girl friend yang tengah merajuk. Geram tak? Nak chatting dengan awek tapi group dalam facebook ni yang kacau daun. Memang geram kan?

Nak tahu macam mana nak atasi masalah tu? Senang je caranya. Hanya perlu tukar setting pada group tu je. Tak tahu? Tengok gambar kat bawah ni je.

Mula-mula buka halaman group tu dan klik pada edit setting.
ddad


Lepas tu tick dekat send me group chat messages sampai hilang tanda tick tu dan save setting. Siap!!! Senang je kan?
gsdf

HARI INI RABU TERAKHIR

kalendar

Semakin hari semakin jauh waktu meninggalkan kita. Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diundurkan kembali. Masa begitu cepat berlalu hari demi hari. Sedar tidak sedara Ramadhan semakin menghampiri kita. Bulan yang mempunyai seribu nikmat dan keistimewaan bakal kita tempuhi bersama.

 

Hari ini merupakan hari rabu yang terakhir sebelum fajar Ramadhan menjelma. Mungkin ini adalah rabu yang memberi seribu makna kepada kita bahawa rabu ini tidak mungkin kembali lagi jika masuk kepada hari esok dan lusa. Setiap detik kita menghitung hari. Sehingga berakhirnya sebuah kehidupan.

 

Selamat datang Bulan Ramadhan. Semoga bulan itu memberi seribu makna kepada kita semua. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita selama ini. Bersama-sama kita mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Sesungguhnya bukan mudah untuk menemui malam itu. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menemui malam itu. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang terpilih.

WORDLESS WEDNESDAY #8

Siapakah ini?

26 Jul 2011

TUTORIAL CARA UNTUK MEMBUAT STICKY POST @ POST MELEKAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Ammar nak kongsi satu lagi tutorial ringkas kepada blogger yang belum tahu cara untuk membuat sticky post atau erti kata lain post melekat. Post melekat ini biasanya digunakan oleh blogger yang membuat segmen, contest atau entri yang penting bagi mengelakkan post itu berada dibawah selepas post baru di postkan dalam blog mereka.

Caranya mudah sahaja iaitu langkah pertama adalah menulis entri yang ingin di postkan di dalam blog. Seperti gambar dibawah ini, selepas entri siap ditulis anda perlu publishkan post itu dan langkah seterusnya ialah………
1
Langkah seterusnya ialah klik pada post options seperti gambar dibawah ini. Selepas itu akan keluar gambar seperti gambar dibawah ini. Seterusnya tukar post date and time mengikut berapa lama yang anda mahukan. Sebagai contoh jika mahukan sampai esok tukarlah tarik tu kepada tarikh esok. Senang je kan?

Selamat mencuba!!!!!! KLIK SINI kalau rajin.
2

TUTORIAL TUKAR TITLE META TAG BLOG SUPAYA TAJUK BERADA DI DEPAN DAN NAMA BLOG DI BELAKANG(TIPS SEO)

SEO_Doctor
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin semua blogger yang tak tahu pasal SEO ni nak tahu bagaimana cara untuk buat teknik SEO ni kan? Caranya mudah sahaja sebenarnya jika kita rajin mengkaji dan terus mengkaji. Langkah pertama dalam melakukan teknik SEO ni adalah memastikan blog anda itu mesra engin carian. Mesra engin carian adalah aspek yang sangat penting untuk blog anda tersenarai di dalam kedudukan tertinggi keputusan engin carian.

Sebagai contoh jika anda menaip perkataan “tutorial like button pada entri” di google search blog Ammar tersenarai di ranking kedua dalam keputusan engin carian ketika ini. Itu adalah salah satu teknik SEO yang telah berjaya Ammar buat selama ini. Jika anda mahukan blog anda mudah di index oleh google cara paling mudah adalah menukar meta tag itu.

Penukaran supaya tajuk entri berada di depan dan nama blog berada di belakang adalah sangat perlu. Itu adalah sangat penting kerana ramai yang inginkan maklumat bukannya inginkan nama blog anda. Ramai orang yang menaip kata kunci di google search untuk mencari maklumat. Oleh itu jika meta tag blog anda tidak ditukar mungkin susah untuk blog anda tersenarai di kedudukan tertinggi engin carian disebabkan nama blog anda berada didepan dan di ikuti tajuk entri atau kata kunci itu di belakang.

Berikut adalah Tutorial Cara Untuk Menukar Meta Tag Blog:

Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.


Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2
Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <title><data:blog.pagetitle/></title> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.


Langkah 3
Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod <title><data:blog.pagetitle/></title>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.
 
 
Selamat mencuba.

MALAYSIA BAKAL MENJEJAKKAN KAKI KE PUSINGAN KETIGA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014

fam
Pasukan Malaysia bakal menjejakkan kaki ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 jika menang dengan Singapura Khamis ini. Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 tanpa bolos dengan Singapura jika mahu melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Misi untuk mendapatkan dua gol bukanlah tugas berat buat pasukan Malaysia, namun yang membimbangkan adalah dari segi pertahanan pasukan. Pertahanan Harimau Malaya kebelakangan ini dilihat semakin rapuh menyebabkan kebimbangan dalam perlawanan Khamis ini.

Jika pasukan Harimau Malaya berjaya memperkemaskan benteng pertahanan tanpa dibolosi oleh Singapura Khamis ini, maka peluang amat cerah untuk Malaysia menang dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.

Sikap ghairah pemain Malaysia kepada jaringan gol merupakan punca utama kepada kelemahan pertahanan pasukan. Kerana terlalu ghairah ingin mendapatkan gol maka pertahanan pasukan tidak dijaga rapi dan menyebabkan Singapura mudah untuk membolosi gawang pasukan Harimau Malaya.

Tugas yang penting kepada K Rajagobal adalah memastikan anak buahnya mengukuhkan pertahanan pasukan jika mahu menang dalam perlawanan Khamis ini. Tugas itu tidaklah begitu berat jika pemain Harimau Malaya menunjukan disiplin yang tinggi ketika perlawanan itu nanti.

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS SINGAPURA 28/7/2011

fcad
MALAYSIA (1)-(1) SINGAPURA
*Update
Khamis ini bersamaan 28 Julai 2011 pasukan bola sepak Malaysia bakal berdepan dengan perlawanan penting iaitu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014. Pasukan Malaysia akan berdepan dengan pasukan Singapura Khamis ini. Sebelum ini pusingan kedua(first leg) Malaysia kalah dengan Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura dengan ketinggalan 5-3.
Mampukah pasukan Malaysia bangkit dengan kekalahan itu? Sama-sama kita saksikan kehebatan Malaysia Khamis ini. Mungkin akan berlaku satu kejutan disebabkan Malaysia menjadi tuan rumah dalam perlawanan kali ini. Skuad Harimau Malaya perlu mengatasi defisit dua gol untuk menjinakkan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Perlawanan pusingan kedua(second leg) Khamis ini bakal menentukan siapa yang bergelar sebagai pemenang sebenar. Malaysia Boleh!!!!!

SENARAI LAGU BARU 2011 | KOLEKSI LAGU BARU 2011

music-notes7
Seperti kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee “irama dan lagu tidak dapat dipisahkan”. Sama juga dengan manusia, lagu dengan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana manusia memerlukan hiburan. Hiburan yang kena dengan syariaat Islam adalah harus dan tidak melampaui batas.

Dengan ini Ammar senaraikan 10 buah lagu baru 2011 untuk didengar bersama-sama.
1. Siti Nurhaliza – Falling In Love Lyrics

2. Irfan Makki feat. Maher Zain – I Believe Lyrics

3. Siti Nurhaliza – Nobody Else Lyrics

4. Selena Gomez – Who Says Lyrics

5. Katy Perry – E.T. Lyrics

6. Taylor Swift – The Story Of Us Lyrics

7. Tinie Tempah – Written In The Stars Lyrics

8. Jennifer Lopez – On The Floor Lyrics

9. Britney Spears – Till The World Ends Lyrics

10. Lupe Fiasco – The Show Goes On Lyrics

Nota Kaki: Untuk mendengar dan mendapatkan lirik lagu itu sila klik pada senarai lagu diatas.

Plants vs Zombies Free Full Version

Plants vs Zombies Free Full Version
plants-vs-zombies
Bosan dan tak tahu apa nak buat? Jom main games nak tak? Main games yang best ni. Games Plants vs Zombies free full version boleh didownload secara percuma. Nak ke? Jom download DISINI

Selamat mencuba!!!!!

25 Jul 2011

JOM TINGKATKAN TRAFFIK BLOG CARA MUDAH

blogger-vs-wordpress1
Blog dah ada, design blog pun cantik sangat-sangat dan macam-macam warna yang boleh membuatkan ramai terpikat. Tapi yang tak ada apa? Traffik blog tak ada kan? Biasalah tu blogger baru katakan. Bukan senang nak senang kan? Tapi bukan susah nak susah. Setuju? Kalau nak berjaya dalam dunia blogging ni terpaksalah makan garam dulu secukupnya.

Tak ada blog yang baru buat terus berjaya kan? Melainkan dia tu blog artis yang dah glamour. Macam mana nak tingkatkan traffik blog cara mudah? Senang je nak tingkatkan traffik blog ni sebenarnya kalau kita ni jenis yang senang di ajar dan tidak kurang ajar. Belajar dan terus belajar. Insyaallah pasti jumpa resepi untuk tingkatkan traffik blog. Kunci yang utama adalah usaha mesti kuat. Rajin-rajinlah update blog tiap-tiap hari macam Ben Ashaari tu.

Haaa… Ada satu lagi cara untuk tingkatkan traffik blog paling senang. Buat-buat baik lah dengan blogger-blogger otai, mana lah tahu kot-kot blogger otai tu bagi promosi blog secara percuma. Contohnya macam blogger otai tu buat entri khas untuk review blog kita ke tak pun blogger otai tu senaraikan blog kita dalam bloglist. Mesti gempak punya traffik blog. Kan kan?

Jom terjah 4 buah blog ni nak tak? Sambil-sambil terjah tu kasi follow sekali boleh?

1. AKU SAYANG KAMU
2. AKU CINTA KAMU
3. AKU RINDU PADAMU
4. AKU SETIA PADAMU

SINOPSIS DRAMA SUPERMAK DI TV3

drama-supermak-tv3

Supermak ialah seorang ibu yang luar biasa, memiliki kuasa istimewa seperti kekuatan dan kepantasan dari nenek moyangnya yang bergelar Thani dari kepulauan Riau dan pulau tersebut jugak diterajui oleh nenek moyangnya.
Tetapi dia terpaksa menyembunyikan keistimewaannya dari suaminya yang juga seorang anggota polis iaitu Rees(Azhan Rani), mereka berdua mempunyai dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris)
Bashar (Zul Yahya) merupakan musuh tradisi dari salah satu suku kaum Thani di Riau, muncul dengan tiba-tiba untuk mengganggu ketenteraman awam dan termasuklah keluarga Amy Salim. Bashar seorang yang sangat tamak dan gila kuasa. Akhirnya Bashar berjaya untuk menguasai seluruh Kuala Lumpur dan kumpulan gengster juga tunduk dan patuh dengan arahannya. Bashar juga sangat ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api dan hebat.
Menariknya ada lagi seorang pewaris dari keturunan Thani iaitu Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa Ais, tapi tunduk juga kepada Bashar, Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy untuk mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.
Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) dan Ghazi (Henzy Andalas) mereka juga mempunyai kekuatan telekenetik  yang berupaya untuk menjadi halimunan, mereka juga berasal dari keturunan Thani. Watak mereka sedikit berbeza, mereka suka berjenaka dan suka mengusik Amy.
Bagaimanakah pertarungan antara mereka berlima? Apakah yang akan terjadi seterusnya? sama-sama kita saksikannya bermula malam ini 25 Julai 2011 di TV3 pukul 9 malam, setiap hari isnin, drama ini juga mempunyai 13 episode.
Selamat menonton!!!!





AYAT-AYAT ROMANTIS YANG MEMBUAT WANITA CAIR KEPADA LELAKI

love heart
Secara asasnya terdapat 3 kategori ayat-ayat mengorat iaitu pertama Ayat Mengorat Berlapis, kedua Ayat Mengorat Romantis, dan ketiga Ayat Mengorat Terus Terang. Antara ketiga-tiga kategori ini anda mungkin tergolong dalam kategori manakah?

Ayat mengorat adalah sangat penting untuk seseorang itu memulakan perhubungan cinta. Ayat mengorat juga merupakan langkah pertama bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan cintanya. Tanpa ayat mengorat anda mungkin susah untuk mendapatkan cinta. Mungkin lebih baik bercinta selepas kahwin jikalau anda tidak pandai menggunakan ayat mengorat.

Berikut adalah 3 kategori ayat-ayat mengorat:
Ayat Mengorat Berlapis
Lelaki yang menggunakan ayat berlapis ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup kecewa. Ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukan tuju ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara umum saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam awak”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengorat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


Ayat Mengorat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“Saya baru faham erti cantik apabila melihat wajah awak”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, Ammar yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengorat.


Ayat Mengorat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan Ammar yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“Saya tahu saya bukan lelaki idaman awak, tetapi awak wanita idaman hati saya”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara langsung. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

KOLEKSI GAMBAR ARTIS MALAYSIA BERBIBIR SEKSI(KILA FAIRY)

Kilafairy
Sungguh tidakku sangka dalam Malaysia ni ada juga artis berbibir seksi. Sebelum ini ramai yang tahu pelakon Hollywood yang terkenal dengan keseksian bibirnya adalah Angelina Jolie. Tapi di Malaysia lain pula ceritanya apabila ada seorang artis yang berbibir seksi yang bernama Kila Fairy. Artis ini digelar “Angelina Jolie Malaysia” kerana mempunyai bibir yang seksi sekakan Angelina Jolie.

Kila Fairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jahangir Khan adalah anak kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil. Pelakon ini pernah berlakon drama dan filem. Selain itu antara filem yang dilakonkan oleh artis berbibir seksi ini adalah Filem Karak. Pernah digossipkan bersama Yusry KRU.

kila-fairy-788


26a3c9df


d3bc584f


kylafairy8


kylafairy4


kylafairy2


kylafairy5


kylafairy6

TRAFFIK BLOG SEMAKIN MANTAP | 61 ONLINE DALAM SATU MASA

nbb
Sungguh ku tidak sangka sejak tukar domain blog ni kepada domain dot com semakin tinggi traffik blog ni. Tadi Ammar buka blog ni tengok jumlah yang online tinggi gila. Dermm!!!! 61 orang yang tengah online dalam satu masa. Harap-harap hari ni dapat traffik ribu riban lagi.

Alhamdulillah segala usaha selama ini terhasil. Kalau dulu nak dapat traffik tinggi macam ni memang susah gila lah. Maklumlah dulu tak banyak lagi ilmu pasal blogging ni kan?  Sekarang pun masih belajar lagi cara untuk tingkatkan traffik blog. Tak berapa pandai lagi guna teknik SEO tu.

Segala usaha pasti ada hasilnya kan? So kalau nak berjaya banyakkan usaha. Betul kan? Kata orang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah kan? Terima kasih kepada Otai Blogger BEN ASHAARI sebab selama ini telah banyak memberi semangat dan tips2 blogging kepada diriku. Tidak lupa juga kepada bloggger-blogger Otai yang lain.

KESAN BURUK PENGGUNAAN TEKNIK SEO PADA BLOG

seo1
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Seperti sedia maklum teknik SEO adalah satu cara yang digunakan oleh blogger untuk mendapatkan traffik tinggi pada blog. Entri yang dihasilkan melalui teknik SEO ini perlulah berkualiti dan menepati kata kunci supaya entri itu tersenarai pada ranking tertinggi pada GOOGLE SEARCH. Ketepatan penggunaan tajuk atau kata kunci membolehkan entri yang dihasilkan itu berada di ranking tertinggi di engin carian.

Biasanya traffik yang terlalu tinggi akan terhasil jika entri sesebuah blog itu berada pada top ranking dan pada masa yang sama ramai pengguna internet yang menaip kata kunci itu. Sebagai contoh sebuah blog menghasilkan satu entri mengenai KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA dan entri itu berada di tangga teratas engin carian dan pada masa yang sama perlawanan itu baru sahaja tamat. Oleh itu traffik yang terlalu tinggi akan terhasil pada blog itu kerana penggunaan teknik SEO yang tepat.

Namun, keseronokan penggunaan SEO juga ada akibat buruknya iaitu boleh menjejaskan pembaca setia blog. Sebagai contoh blog Ammar adalah sebuah blog peribadi dan mungkin ramai pembaca setia selama ini tidak lagi datang ke blog ini disebabkan penggunaan entri SEO terlalu banyak. Jumlah komen setiap entri juga akan berkurangan. Oleh itu terpulanglah kepada blogger itu untuk memilihan apa yang terbaik untuk blog mereka. Jika teknik SEO adalah yang terbaik teruskan teknik itu. Tapi bagi Ammar penggunaan teknik SEO terlalu banyak juga boleh membuat blog ini tidak bernyawa dan kosong.

NOTA KAKI: Tadi baru je sembang dengan BRO UJANG pasal keburukan teknik SEO ni.

24 Jul 2011

DIALOG DALAM FILEM KL GANGSTER

poster KLGangster 2011[5]
Siapa yang belum tengok Filem KL Gangster bolehlah download di SINI.

Jom kita tengok antara dialog-dialog dalam filem ini.
MALEK
-Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam
-Cuti Dah abis Bro~
-5 Tahun wa kat dalam,ramai yg nk cucuk wa, kat dalam mana mau lari..
- Hidup Dan Mati Bukan Di Tangan Lu La Sial

JAI
-Abang tak abang, sapa kacau aku Pecah!!*
-Wa bukan takut MATI tapi Wa taknak MATi
-korang semua nak makan pasir..makan lumut... aku nk makan fish and chip!!!
-Lu jangan nak azan gua pulak~~
-Ak Peduli Apeww!!!!!Ak X Nak Hidup Merempat Mcm Ko
-Tapi kalau dia sentuh kau dragon, aku cium dia ~
-Suke !?! lain kali jngan buat lagi taw . nanti mak mara ~
-Seram nih~~
- wei langau.., betul punya pailang nampak
-Aku taat pada yang satu~

SHARK
-abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus
-Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang
- kalau ni bukan lu punya tempat la..gua sudah tetak sama lu tau..
- lu pijak sama gua sekarang..lu panggil lu punya anjing2 pijak sama gua sekarang. tengok~
-gua mau dia mati kaw kaw punya ma..
- lu jangan jaga lu punya kawan la.., lu jangan lu punya nyawa dulu la

DRAGON
-Sekarang Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok ~~
- budak2 macam lu ha...lu balik la...,

AJIB
-AmaCAm cuTi paNJaNg bEST~~~
-Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat,sebab wa dah penat..~~
-sayur kita jual satu kilo 3,4 ribu bro! ini satu kilo 3 ringgit lu mau jual ka?
-Lu Menyalak Manyak Kuat!!Selupe Anjing u taw ka!
-Lu ada pistol ha? lu kasi tembak. sini!! sini
-Lu tau ka? lu tau ka? lu tak tau maa
-Tengok wa punya lutut, tara goyang kan?
-kalau aku sembelih kau 18, baru kau taw tentang penyesalan tau tak.."
- lu,wa,dragon..perempuan,karaoke..baru SELESA
- ini olang a..suka makan sambil berak...~~
- lu rembat malik..,gua rembat lu....
-heiiiiiii!!!!!!! lu sembang... lu hantam ma,kasi mati ini hali satu kali,wa pun suda bosan hali2 tengok lu punya muka lu tau ka?? heii shak!! lu rembat malik, wa rembat lu....

FADIL
-Itu Belum abg long dil,kalau abg long dil dah arwah die tu~
-Ehh siaal laah~ puiih! ~~
-Jangan risau , tak de alkohol .
-Lawan Aku Bukan 2 Orang , Tapi 2 Lori

KOLEKSI GAMBAR WAWA ZAINAL(PELAKON DRAMA ANA LULU)

wawazainal2
Siapa yang suka tengok drama dalam TV3 atau RTM? Pernah tengok Drama Ana Lulu tak? Pernah kan? Drama ni best ke? Ammar tak pernah tengok pun sebab tinggal dekat UPM ni jarang boleh tengok TV. Kalau nak tengok TV buka laptop je tengok dengan internet.

Ok. Bercerita pasal pelakon Drama Ana Lulu ni. Korang kenal tak nama pelakon dalam Drama Lulu tu? Mestilah kenal kan? Nama pun cantik, Wawa Zainal. Pergh!!!! Cun gila awek ni. Tergugat iman Ammar bila tengok gambar artis ni lama-lama.

Jom kita tengok koleksi gambar artis ini.
wawazainal3

wawazainal4

wawazainal5

wawazainal6

wawazainal7

wawazainal16

wawazainal15

wawazainal14

wawazainal11

wawazainal12

wawazainal17

wawazainal