31 Ogo 2011

WORDLESS WEDNESDAY #13

1269694801_83999770_1-Mencari-Rakan-Niaga-Bisnes-wilayah-persekutuan
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai aku kanak-kanak….

KOLEKSI GAMBAR PERKAHWINAN PEMAIN KELAB CHELSEA DIDIER DROGBA

Sebenarnya ramai yang meminati bolasepak, tetapi adakah mereka terlalu meminati sehingga mengetahui pelbagai info mengenai bolasepak? Dari segi info kelab, corak permainan, strategi permainan dan info pemain bolasepak ramai yang tidak tahu.

Terbaru, pemain kelab Chelsea iaitu Didier Drogba baru sahaja berkahwin dengan pasangannya yang bernama Lalla Diakite di Monaco dengan adat istiadat Africa yang sangat meriah. Seramai 500 undangan termasuk bintang basketball serta penyanyi R&B iaitu Akon turut hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan Drogba ini.


dg1


dg2


drogba-kahwin


dg

30 Ogo 2011

2 BILLION MESEJ TEKS DIHANTAR PADA CUTI AIDILFITRI

 

sms-03

JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat meramalkan bahawa sekurang-kurangnya dua bilion mesej teks akan dihantar sepanjang cuti Aidilfitri tahun ini.
Jumlah berkenaan termasuk anggaran teks yang akan dihantar sehari sebelum Hari Lebaran yang juga hari terakhir Ramadan.

 

Dengan anggaran 230 juta penduduk ia menyamai purata penghantaran lapan teks bagi setiap orang termasuk wanita dan kanak-kanak di seluruh negara kepulauan itu selama tempoh empat hari.

 

“Kami meramalkan bahawa akan berlaku kesesakan dalam telekomunikasi sepanjang musim cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Orang ramai akan menghantar sekurang-kurangnya dua bilion mesej teks ketika cuti perayaan itu,” kata jurucakap kementerian, Gatot Dewa Broto yang dipetik The Jakarta Post.


Gatot menggesa penduduk supaya menggunakan perkhidmatan telekomunikasi dengan efektif.
“Jika talian telefon atau internet sedang sibuk atau sesak, sila tunggu sebentar dan cuba sekali lagi,” katanya.


Beliau juga mencadangkan penduduk untuk cuba mengelak menghantar mesej teks terlalu banyak kepada sebilangan rakan mereka secara serentak untuk mengelak kelembapan sistem. – Agensi

 

SUMBER: COPY N PASTE FROM BERITA HARIAN ONLINE

KOLEKSI GAMBAR NEELOFA

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Malaysia yang namanya sedang meningkat naik sekarang ini iaitu Neelofa. Jika sebelum ini kebanyakkan gambar-gambar Neelofa kelihatan seksi-seksi tetapi gambar terbaru Neelofa kelihatan manis dan ayu berbaju kurung.

1EKlF


Les4F


PUbVt


0vvGs


neelofa-4

GAMBAR: OHBULAN

KOLEKSI GAMBAR TAUFAN ERENE DI TIMUR AMERIKA SYARIKAT

Hujung minggu lalu Taufan Erene melanda pantai timur Amerika Syarikat yang mengakibatkan kemusnahan harta benda yang teruk. Awal minggu lalu pula New York dilanda gempa bumi dan kini Taufan Irene mengakibatkan Kotaraya New York lumpuh akibat banjir.

Mungkin ini adalah balasan Tuhan ke atas kekejaman rejim Amerika Syarikat dalam peperangan di Iraq dan Afghanistan. Setiap malapetaka yang turun adalah disebabkan oleh tanga-tangan manusia itu sendiri. Ahli politik konservatif dari parti Republican seperti Michelle Bachman mengatakan gempa bumi dan taufan ini semua adalah balasan tuhan kerana USA yang semakin liberal dengan penghalalan perkhawinan sejenis di New York.


irene_02irene_04irene_01irene_03irene_05

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SelamatHariRaya-Zabil

1 Syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa.

Sekiranya ada salah dan dosa, ampun maaf dipinta di hari mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf zahir dan batin.

28 Ogo 2011

GAMBAR ANAK PEREMPUAN PERTAMA ELYANA & KHAIRUL

anak
Ini adalah gambar anak pelakon dan penyanyi tanah air negara Elyana dan suami tercinta Khairul yang baru sahaja dilahirkan semalam. Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti cukup bermakna buat pasangan suami isteri ini dengan kehadiran cahaya mata.

8-28-20113-10-03AM

KOLEKSI AYAT UCAPAN(SMS) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kad-selamat-hari-raya-1428Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedar tidak sedar kita dah hampir di penghujung Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri kita tidak lama lagi. Dijangka tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 30 Ogos 2011. Insyaallah pada tarikh itu Umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah selama sebulan berpuasa.

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia sekarang apabila tiba Hari Raya SMS dijadikan sebagai medan utama untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Tidak hairanlah jikalau berbagai ayat-ayat SMS yang diterima pada Hari Raya kerana rakyat di Malaysia terkenal dengan budi bahasanya. Bahasa yang indah-indah selalu kita dapat pada Hari Raya. Berikut adalah Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya yang selalu diguna jika menjelang Hari Raya:

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”
 
“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..”
 
“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..”
 
Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
 
“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”
 
“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..”
 
“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..”
 
” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”
 
Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri”
 
“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”
 
“Ketupat dan rendang juadah raya, mari dimakan bersama Keluarga, Ampun dan Maaf pohon bersama, agar bahagia sepanjang masa..”

YAHOO!!!! DAPAT BUFFERED EARNINGS KE-7

Untitled
Alhamdulillah perjalanan balik kampung selamat tanpa sebarang masalah. Pukul 7.30 pagi tadi Ammar selamat sampai Dungun. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan keselamatan Ammar terutamanya PENYU AGAR. Perjalanan yang menyeronokkan bersama rakan-rakan di Negeri Pantai Timur tidak akan kulupakan.

Tadi baru je check akaun Nuffnang untuk tengok earnings, tetiba tengok ada lagi satu rezeki yang buat Ammar tersenyum lebar. Tak sangka Raya tahun ni cukup bermakna bersama Nuffnang. Setelah lama menunggu akhirnya Nuffnang bermurah hati untuk bagi duit raya kat Ammar ni. Satu buffered earnings sedang berjalan di blog ni sekarang. Kalau rajin sila lah klik iklan tu bukan susah pun kan? Heeee… Terpromote pulak.

Adakah BE kali ni mampu mencecah ratusan ringgit? Dah tak sabar untuk tunggu earnings ni jalan macam earning Cik Epal. Terasa gak nak dapat income ribu-riban sebulan dengan blog. Insyaallah semua itu akan Ammar dapat kecapi dengan sokongan korang semua. Tanpa korang siapalah diriku ini.

Di kesempatan ini Ammar nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Ammar dan semua yang mengenali diri Ammar. Jika ada kekhilafan mohon diampun kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Jangan terlalu membenci seseorang kerana itu membuatkan hati kita tidak tenang. Belajarlah memaafkan sesama kita. Di bulan baik hari baik bersama-sama kita menginsafi diri.

Kepada PENYU AGAR Ammar menyusun 10 jari tangan(jari kaki xmo, busuk) memohon maaf jika terasa atau tersinggung dengan entri Ammar sebelum ini. Niat bukan untuk mengutuk tetapi sekadar untuk menegur. Jangan anggap itu sebagai sebab untuk permusuhan. Kita sekampung der, janganlah gaduh-gaduh macam ni. Kita berdamai k. Deal. Senyum Smile. Raya ni balik Dungun tak? Boleh kita jumpa

27 Ogo 2011

JOM BALIK KAMPUNG

Perjalanan jauh tak kurasa kerna hati ku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain dimata….. Pergh!!! Bukan main lagi duk layang lagu Balik Kampung ni. Korang semua balik kampung tak? Ke dah sampai kampung sekarang ni? Ammar baru balik kampung malam ni. Pukul 9 bertolak dari UPM ke Dungun. Doakan supaya Ammar selamat sampai ek. Miss U all…. Jumpa lagi. Nak packing barang jap ni. Jom layang lagu ni>>>>

 

26 Ogo 2011

AKU RINDUKAN VESPA UJANG 9897

vespa
Teringat lagi dulu. Masa aku mula-mula blogging Ujang9897 adalah antara rakan blogger yang sama-sama lahir. Blog aku lahir pada bulan 12 tahun lepas. Tak silap blog ni lahir 10/12/2010. Betul dak Ujang? Blog Ujang lahir awal 2 hari dari blog aku ni.

Masa tu memang best gila blogging sebab semua rakan-rakan blogger sporting. Walaupun kitorang tak pernah jumpa tapi kemesraan tu ibarat macam dah lama kenal. Kitorang asyik blogwalking sana-sini untuk mencari kawan baru di dunia blogging.

Tak silap aku entri pertama dari Ujang adalah pasal berak kan? Betul dak? Betul kan? Serius aku bangga dengan Bro Ujang ni sebab semangat dia tu akhirnya membuahkan hasil. Cuba bayangkan, blog yang lahir sama bulan dengan aku ni dah semakin dikenali ramai dan tersenarai TOP 10 Blog Personal Melayu. Hebat bukan? Kata orang, usaha itu adalah kunci kepada kejayaan. Tanpa usaha yang “gila-gila” kita tidak mungkin mendapatkan hasil yang “gila-gila”.

Tahniah Ujang, segala usaha selama ini terhasil. Apa yang aku tabik dengan Ujang ni adalah walaupun dia dah jadi blogger femes sekarang ni tapi masih lagi suka blogwalking. Selalu datang blog-blog rakan blogger dan bagi komen. Tu yang aku tak boleh lawan dia. Rajin gila blogger yang kuat kentut ni. Bhahahaha…

TERASA NAK BUAT TART TELUR UNTUK RAYA TAHUN NI

3266953362_c2ca4900e2_b
Menu yang wajib setiap tahun adalah tart telur. Sejak aku pandai buat tart telur ni kalau raya je mesti aku buat. Sedapnya tart telur, tak sabar rasanya nak makan. Saat yang tidak dapat kulupakan apabila inti tart telur ini memasuki rongga tengkok. Layang gila….. Pergh!!!!

Resepi tart telur sungguh mudah dan simple sebab hanya memerlukan sedikit bahan-bahan je. Nak buat pun sangat mudah tetapi memerlukan tangan yang penuh kasih sayang. Kasih sayang? Ya, betul tu. Sebab ramai yang gagal buat tart telur ni sebab tangannya tidak penuh dengan kasih sayang.

Pelik je dengar kan? Tapi ni memang betul. Nak buat tart telur ni memang mudah tapi nak buat badan tart tu yang susah sebab kalau tak kena dengan caranya badan tu jadi rapuh dan cepat pecah. So, tangan yang penuh kasih sayang sangat diperlukan untuk buat tart telur ni.

Nak tahu resepi tart telur? KLIK SINI

APA TUJUAN AKU BERBLOG?

blogging-done-right

 

Terus terang aku cakap masa mula-mula aku berblog tujuan yang utama adalah untuk buat duit dengan blog. Sebab masa tu aku ada terbaca dalam surat khabar dan buku-buku ada orang cakap dengan blog ni boleh buat duit. Aku terasa benda ni menarik dan aku pun cubalah sebab nampak macam senang je buat duit dengan blog. Aku nak buktikan buat duit dengan blog adalah sesuatu yang benar. Akhirnya aku telah dapat jawapan tu. Memang betul dengan blog betul-betul boleh buat duit.

 

Aku berjaya menghasilkan wang dengan blog. Walaupun sedikit tetapi sudah cukup memadai untuk membuktikan dengan blog memang betul-betul boleh buat duit. Setelah lama aku berblog aku rasakan niat aku berblog sememangnya silap. Kerana apa? Kerana niat hanya sekadar untuk buat duit. Hati aku sentiasa tidak tenang kerana asyik fikirkan duit.

 

Akhirnya aku telah mendapat jawapan yang betul-betul aku cari selama ini. Berblog untuk kepuasan diri sendiri bukannya untuk duit semata-mata. Aku telah menemui semula hobi aku yang telah lama aku tinggalkan. Hobi aku adalah menulis. Dulu aku suka tulis sajak, puisi dan cerpen. Telah lama aku tinggalakan benda tu dan akhirnya dengan blogging aku dapat kembalikan kenangan itu. I love blogging.

Aku Suka Bila Blog Aku Dikritik dan Dikutuk

Critic

Blog dikritik. dikutuk? Ya, dulu masa baru-baru aku blogging aku pernah dikritik dan dikutuk oleh Anon. Dulu Anonymous memang berleluasa tapi sekarang ni ramai dah yang berani so kurang lah sikit Anon. Perasaan semasa dikutuk? Pergh!!! Tak boleh bayang macam mana sebab tu first tima kena kutuk dalam blog. Mood masa tu memang down. Seminggu kot baru ok mood tu.

 

Tapi berbeza pulak dengan sekarang sebab aku dah tahu apa itu makna dikritik dan dikutuk. Tak payah fikirkan kritikan dan kutukan tu sebagai benda negatif tapi fikirkan sebagai benda positif. Lumrah hidup mesti ada saat kita dikritik dan dikutuk sebab kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.

 

Serius sekarang ni aku sangat gembira apabila ada orang kritik dan kutuk blog aku sebab sekurang-kurang aku tahu apa kelemahan blog aku dan aku boleh cuba untuk betulkan kelemahan atau kesilapan. Itulah pentingnya benda itu semua. Tanpa kritikan dan kutukan pasti kita tidak boleh jadi yang terbaik.

 

Belajar menerima teguran adalah sesuatu yang sangat perlu untuk terus berjaya dalam semua bidang yang kita ceburi. Kerana teguran itu boleh membena kita kepada kebaikan. Jadi, tak perlu sentap, putus semangat, down bila dikutuk, ditegur atau dikritik. Semua tu adalah bonus untuk kita terus berjaya.

24 Ogo 2011

KESAN BURUK KAHWIN MUDA

wedding-rings
Menamatkan zaman bujang seusia 14 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki bukan perkara asing sebelum kemerdekaan negara ini. Malahan menjadi lumrah bagi setiap kaum yang berada di Malaysia sewaktu itu.

Kalau sudah ada jodoh jangan dibiarkan ia pergi. Segeralah berkahwin kerana perkahwinan boleh mengelakkan daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan. Jika sudah dilamar oleh sang kumbang, sang bunga sepatutnya setuju andai hati sudah berkenan.

Trend kahwin mudah bagaimanapun telah berubah selepas kemerdekaan negara ini. Anak-anak mudah mula berlumba-lumba memantapkan status kehidupan seperti mencari ilmu, bekerja sehingga berjaya menghasilkan duit yang banyak dan keadaan ekonomi yang baik barulah mereka memikirkan soal perkahwinan.

Namun, di era globalisasi seperti hari ini trend kahwin muda mula menjadi satu gaya hidup dalam masyarakat. Semakin hari semakin ramai yang kahwin muda.

Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat khususnya di kalangan orang Melayu.

Kahwin muda mempunyai kebaikan dan keburukannya. Tetapi kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini adalh disebabkan kahwin muda.

Pasangan yang berkahwin muda biasanya mempunyai masalah kewangan kerana status ekonomi si suami muda biasanya belum stabil seusia belasan tahun atau sekitar 20-an. Ini memberikan tekanan hidup dan mula menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga.

Rumah tangga mungkin retak akibat pergaduhan sesama pasangan. Pergaduhan semakin memuncak dan tekanan hidup akibat kewangan yang tidak kukuh boleh mennyebabkan berlakunya kes penceraian.

Sikap pasangan yang belum matang juga antara sebab berlakunya kes penceraian dalam perkahwinan yang digelar “kahwin  muda”. Bagaimanapun, kes ini mungkin tidak terjadi jika pasangan itu bijak mengawal situasi yang tidak baik dalam perhubungan.

WORDLESS WEDNESDAY #12

P8230016
Seperti sudah tidak bernyawa.

23 Ogo 2011

JADI BLOGGER HATI MESTI KERING

hati
Untuk menjadi blogger yang berjaya niat mesti betul kerana niat itulah yang menentukan apa yang akan kita jadi pada masa depan. Kalau niat pun dah tak betul maknanya masa depan blogger tu memang jadi tak betul jugak lah kan?

Niat semua orang boleh buat. Sebagai contoh hari ni aku niat nak jadi blogger berjaya dalam masa 1 tahun lagi, nak dapat traffik ratusan ribu sehari dan nak dapat 4-5 angka sebulan dengan blog. Niat macam tu semua orang boleh kan? Tapi nak capai niat tu sebenarnya ramai yang gagal.

Antara sebab gagal adalah “hati tidak kering”. Ya, memang betul kita nak berjaya tapi dalam proses kejayaan tu mesti ada rintangan kan? Bila je kita dapat rintangan terus putus semangat, tak ada mood lepas segala usaha tidak berhasil. Sikap inilah sebenarnya kita perlu buang supaya niat kita tercapai.

Kata orang kalau nak berjaya dalam pelbagai aspek hati mesti kering. Kering bukan kepada keburukan tetapi kering kepada kebaikan. Kalau kita rasakan benda itu betul dan tidak langgar peraturan teruskan dengan hati kering itu. Jangan pedulikan semua lalat-lalat pengacau tu. Insyaallah kejayaan pasti menjadi milik kita.

22 Ogo 2011

KEPALA MAYAT MANUSIA DIJADIKAN BOLA BOWLING

Korang, korang suka tak main bowling? Ramai yang suka main bowling kan? Termasuklah Ammar sendiri. Memang best sangat-sangat main bowling ni. Lagi best kalau main bowling tak bayar kan? Bila free ramai je yang suka.

Tapi macam mana kalau main bowling free tu diorang bagi bola bowling kepala mayat manusia macam kat bawah ni? Mesti korang seram kan? Ammar pun seram jugak bila tengok bola bowling ni berkepala manusia. Bhahahaha…

13137930467283893
Siap berdarah-darah lagi bola tu. Tak sanggup teman nak main bowling bila tengok bola bowling macam ni. Kesian kepala tu kan? Kena baling-baling macam tu je. Seksa mayat tu. Tak baik lah buat macam tu. Dosa tau.

1313793047702370


1313793048745730


13137930417738046


13137930428728518


13137930439348034


13137930450411986


13137930457163459
Tapi yang pasti bola bowling ni bukan kepala manusia betul. Kalau betul-betul kepala manusia tak sanggup Ammar nak main. Sebab free punya pasal nak cuba lah satu set permainan ni. Bhahahahaha.. Tadi cakap tak nak main kan, sekarang nak main pulak. Hehehehe....

APABILA ARTIS(NANU BAHARUDDIN) PEGANG DAN TIDUR DENGAN ANJING

 Gua dah tak faham lah dengan artis-artis Malaysia sekarang ni. Baru je kecoh pasal AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH DI TWITTER lepas tu timbul pulak cerita pasal artis pegang dan tidur dengan anjing. Ni gambar original punya, tak main edit-edit lah. Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Nanu Baharuddin Pegang Dan Tidur Dengan Anjing2


Nanu Baharuddin Pegang Dan Tidur Dengan Anjing3


Nanu Baharuddin Pegang Dan Tidur Dengan Anjing


Nanu Baharuddin Pegang Dan Tidur Dengan Anjing1
Ada ke siapa yang kata tak salah kalau orang Islam bela anjing? Ok, jom baca ayat ni:

"Barangsiapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, Maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath," Hadis Bukhari Muslim.

AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH DI TWITTER


Tak tahu lah kenapa diorang ni bergaduh. Mungkin saling tak puas hati kot. Macam-macam dengan dunia sekarang ni. Apa-apa pun jangan gaduh-gaduh sebab Raya dan nak dekat ni. Jom kita bermaaf-maafan sesama kita.

azwandidieazwandidie1azwandidie2azwandidie3azwandidie4

21 Ogo 2011

Filem-filem Yang Akan Ditayangkan Pada Hari Raya Aidilfitri 2011

SENARAI FILEM YANG AKAN DITAYANGKAN PADA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN INI

1. KARIPAP-KARIPAP CINTA




2. HANTU BONCENG




3. RAYA TAK JADI




4. BINI-BINIKU GANGSTER




5. LIBAS

KOLEKSI GAMBAR SITI SALEHA DI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEMINAT 2011

Koleksi Gambar Siti Saleha di Majlis Berbuka Puasa & Ramah Mesra Bersama Peminat di Hotel Carlton Shah Alam.

6062453262_08de7f5f06_o
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik molek yang bernama Siti Saleha yang sedang meningkat naik dalam arena seni lakonan. Populariti pelakon ini semakin meningkat setelah berjaya menarik minat penonton dalam Drama Nora Elena.


6062454100_bc0798a9f5_o
Setelah kejayaan lakonannya dalam Drama Nora Elena, nama Siti Saleha sering menjadi sebutan di media seperti televisyen, blog, akhbar, majalah dan sebagainya.


6062455970_dc36d670d2_o
Kerana kejayaan Drama Nora Elena, peminat Siti Saleha semakin membiak dan kini mereka berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat.  Pada majlis berbuka puasa bersama peminat Siti Saleha semalam hanya 50 peminat yang bertuah sahaja yang dapat berbuka puasa bersama artis itu.

6062457378_462771e5a8_o
Dalam majlis ini Siti Saleha tampil berbaju kurung moden berwarna ungu yang menjadi tema majlis pada petang semalam.


6062457876_7ed81abb0d_o


6062466200_7ec173956b_o


6061902575_45d74597f9_o


6061904395_f2e39147c7_o


6061906693_38464c654c_o
Anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini akan bergandingan dengan Zizan Raja Lawak dalam Drama Cintaku 120km/j yang akan ditayangkan pada malam sambutan hari raya nanti di TV3.


6061908463_7e051151df_o


6061917521_41c5333cc4_o
Terbaru, Siti Saleha bakal tampil dengan watak sebagai Zulaikha dalam Cinta Alif Ba Ta yang akan disiarkan di TV AlHIjrah sebanyak 13 episod.


FOTO: BUDIEY.COM