30 Sep 2011

(GAMBAR) REMAJA PEREMPUAN MAUT DIGILIS LORI

Gambar ini bukan untuk mengaibkan keluarga mangsa tetapi sekadar menjadikannya iktibar kepada kita semua. Difahamkan mangsa adalah remaja perempuan tingkatan 5. Manakala kawan mangsa difahamkan koma. Kejadian ini berlaku petang tadi di Jerantut, Pahang petang tadi.

th_006th_010th_002th_003th_004

KOLEKSI GAMBAR PERKAHWINAN NABIL DAN ZIRA

KOLEKSI GAMBAR PERKAHWINAN NABIL RAJA LAWAK DAN ZIRA
Hanya dua kali lafaz, pelawak dan pelakon, Nabil Raja Lawak atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad 28 sah bergelar suami kepada bekas pramugari Airasia iaitu Zira atau nama penuhnya Nazirah Binti Ayub, 23. Majlis akad nikah itu telah dilangsungkan di Masjid Besi atau nama sebenarnya Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.

Majlis akad nikah itu telah disempurnakan oleh merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Untuk makluman pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini dan semoga hubungannya kekal hingga akhir hayat.nabilkawin13nabilkawin12nabilkawin95drhfDSC07342DSC07424DSC07365

GAMBAR KERETAPI LETRIK TERBARU JEPUN

Gambar keretapi letrik terbaru di Jepun. Amacam, ada bagus ka?
291992_236813426365630_146449658735341_635497_7123412_n

KOLEKSI GAMBAR PRA PERKAHWINAN NABIL RAJA LAWAK DAN ZIRA

Tarikh 30 September merupakan tarikh keramat bagi pasangan bahagia Nabil Raja Lawak dengan pasangan hidupnya Zira. Mereka berdua bakal disatukan pada tarikh keramat ini. Semoga jodohnya kekal sehingga akhir hayat. Nantikan gambar perkahwinan Zira dan Nabil di www.blogammar.com selepas ini.

nabilbaru14nabilbaru15nabilbaru16nabilbaru17nabilbaru18nabilbaru19nabilbaru20nabilbaru21nabilbaru23nabilbaru24nabilbaru25nabilbaru26nabilbaru27nabilbaru28nabilbaru29nabilbaru31nabilbaru22nabilbarunabilbaru2nabilbaru3nabilbaru4nabilbaru5nabilbaru6nabilbaru7nabilbaru8nabilbaru9nabilbaru10nabilbaru11nabilbaru12nabilbaru13

29 Sep 2011

SAFEE SALI SELAMAT TIBA DI MALAYSIA

safee-sali
Penyerang sensasi kebangsaan, Safee Sali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah menjalani latihan percubaan 10 hari bersama pasukan Cardiff City. Safee Sali, berminat untuk mencuba kebolehannya dengan kelab elit lain sekiranya pasukan kelab Cardiff City tidak memilihnya beraksi bersama pasukan 'Bluebirds' itu.

Bagaimanapun, di sebalik tiada keputusan rasmi sama ada Safee terpilih menyarung jersi Cardiff City atau tidak, masih ada khabar gembira mengiringi kepulangannya ke tanah air, apabila pengurus pasukan kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu, Malky Mackay memintanya kembali untuk penilaian lanjut selama dua minggu lagi.
"Bagi saya peluang latihan 10 hari di sana tidak mencukupi kerana saya tidak berpuas hati dengan kemampuan diri sendiri. Saya sememangnya berharap dapat bermain dalam perlawanan persahabatan di sana bagi membuktikan aksi sebenar.
"Saya harapkan ada talian positif dari pihak pengurusan Cardiff dan saya sememangnya amat berminat untuk bermain di sana," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari menjalani latihan percubaan 10 hari bersama pasukan itu hari ini.

Pemain kelab Pelita Jaya di Indonesia itu berkata, beliau tiada masalah mengikuti latihan yang diberikan kelab Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.

"Walaupun saya di sana selama dua minggu, saya dapat lihat latihan yang mereka praktikkan berbeza dari segi kepantasan serta cara berfikir mereka juga lebih cepat. Dari segi latihan saya boleh ikuti dan cuaca pun tidak menjadi masalah," katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata, sekiranya tidak dapat bermain di England, beliau sudah bersedia untuk menerima tawaran latihan dari kelab elit lain.

"Saya harap bukan saya sahaja pergi mencuba di luar sana...kalau pemain lain diberi peluang tawaran, mereka patutlah mencuba," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

KEPUTUSAN CHELSEA VS VALECIA

SOCCER-CHAMPIONS/
Penyerang Chelsea, Fernando Torres (kiri) mengawal bola dari pemain Valencia, David Albelda dalam Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Mestalla, Valencia sebentar tadi. Keputusan terikat 1-1. - Foto Reuters

CHELSEA 1 – 1 VALENCIA

KOLEKSI GAMBAR KUALA TERENGGANU SELEPAS DILANDA RIBUT TAUFAN 27 SEPTEMBER 2011

KUALA TERENGGANU – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi.
Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.
Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan.
“Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.
Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan.
Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama




 
image[14]image[20]image[43]image[42]image[41]Gambar-Ribut-Kuala-Terengganu-2011-4Gambar-Ribut-Kuala-Terengganu-2011-3Gambar-Ribut-Kuala-Terengganu-2011-2Gambar-Ribut-Kuala-Terengganu-2011-1image[13]