31 Dis 2011

KATA-KATA HIKMAH

Kata-Kata-HikmahKOLEKSI KATA-KATA HIKMAH
Satu petikan yang Ammar ambil daripada kata-kata saintis terkenal dunia:
“Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Pengetahuan adalah terhad kepada semua yang kita tahu dan faham sekarang, manakala imaginasi merangkumi seluruh dunia, dan semua ada yang akan tahu dan faham”.

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH/ MUTIARA KATA LAIN:
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah daripada menilai seribu orang lain. Sedangkan manusia yang paling bijaksana itu ialah mereka yang menghakimi dan menilai diri mereka sendiri.
  • Anda adalah seorang pahlawan terbilang andainya dapat menewaskan musuh yang besar iaitu nafsu.
  • Anda adalah seorang jutawan budiman andainya suka menderma dan bersedekah.
  • Anda adalah seorang ratu cantik terhebat andainya ikhlas menutup aurat.
  • Anda adalah seorang ilmuan tersohor andainya suka beramal dan berkongsi ilmu.
  • Anda adalah seorang jelitawan dan rupawan andainya berakhlak mulia.
  • Anda adalah seorang yang alim dan warak andainya hati dipenuhi iman dan taqwa.
  • Anda adalah seorang ulama yang agung andainya berjuang dengan ikhlas, tidak riak dan sombong.
  • Anda adalah sahabat sejati andainya sentiasa berada di samping sahabat
    dalam semua keadaan sama ada senang atau pun susah.
  • Anda adalah pemimpin yang bijaksana andainya dapat melaksanakan amanah
    yang berat dengan jujur dan menunaikan janji.

Sambungan KLIK SINI

KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2011

Keputusan penuh maharaja lawak mega 2011
KEPUTUSAN PENUH MAHARAJA LAWAK MEGA 2011
Berakhir sudah Maharaja Lawak Mega musim pertama 2011 ini. Empat kumpulan yang berentap untuk merebut gelaran Juara Maharaja Lawak Mega iaitu kumpulan Saehu, Boboi, Osbon dan Syok. Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Tahniah diucapkan kepada Juara Maharaja Lawak Mega Musim Pertama iaitu Osbon. Berikut adalah senarai pemenang beserta hadiah yang dimenangi:

  • Tempat Pertama Wang Tunai RM 350,000 & Trofi Sumbangan Astro (OSBON)
  • Tempat ke 2 Wang Tunai RM 250,000 & Trofi Sumbangan Astro (BOBOI)
  • Tempat ke 3 Wang Tunai RM 150,000 & Trofi Sumbangan Astro (SAEHU)

Nak coklat percuma? KLIK SINI

DOA TAHUN BARU

DOA TAHUN BARU 2012
Hari ini 31/11/2011 merupakan tarikh terakhir untuk tahun 2011 dan keesokan hari kita semua bakal menyambut tahun baru iaitu tahun 2012. Fajar 2011 mula menyingsing dan sinar 2012 bakal muncul. Untuk mendapat keberkatan kita bersama marilah sama-sama kita membaca doa tahun baru untuk 2012 yang akan muncul esok hari. Semoga kita semua mendapat berkat daripada-Nya.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

200px-Basmala.svg
awal tahun
Doa awal tahun
Maksudnya:
Allah S.W.T berselawat keatas penghulu kami Muhammmad S.A.W., ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan keatas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

28 Dis 2011

MOTOSIKAL BERENJIN FERRARI

GAMBAR MOTOSIKAL LAZARETH WAZUMA V8 FERRARIMotor enjin ferrari
Wazuwa V8 merupakan sebuah motosikal beroda empat keluaran syarikat Lazareth. Motosikal ini adalah antara motosikal yang termahal di dunia. Menggunakan enjin V8 3.0 Liter Ferrari, motosikal ini mampu menghasilkan 250 kuasa kuda. Selain itu, motosikal keluaran Lazareth ini menggunaka kotak gear BMW M3.

4629026_large2


gambar motosikal enjin ferrari


Gambar-gambar motosikal ferrari


Motosikal berenjin ferrari


Lazareth Wazuma V8 Ferrari


Wazuma V8 Ferrari

(NGERI) GAMBAR PUNGGUNG TERTUSUK BESI

Bontot Hampir Kena Sula Dengan Besi Pagar
Alangkah sakitnya jika punggung tertusuk besi seperti gambar di atas. Masih terfikir, kenapa boleh terjadi seperti ini? Panjat pagar? Kena kejar anjing? Atau niat untuk mencuri rumah orang lepas tu tercucuk pagar besi? Pelbagai andaian boleh dibuat. Apa yang anda fikir?

25 Dis 2011

GAMBAR KELUARGA GAY YANG BAHAGIA

gay boy
Mereka mempunyai para rupa yang kacak, mempunyai keluarga dan anak sendiri, tapi……. mereka Gay. Lihatlah kemusnahan yang dicipta olehnya. Kini kaum Nabi Luth lahir kembali. Ya Allah engkau jauhilah perkara ini dari berlaku di negara yang ku cintai ini iaitu Malaysia. Sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang mampu berdoa kepada-Mu.

Berikanlah kekuatan kepada golongan gay di luar sana supaya mereka berubah dan kembali ke jalan-Mu Ya Allah. Lahirlah rasa cinta dan sayang di dalam dirinya supaya mereka mencintai dan menyayangi kaum wanita dan bukanlah lelaki. Bukakanlah pintu hatinya supaya bertaubat kepada-Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa.

family gay


gay bahagia



pasangan gay bahagia


family gay_blogammar


keluarga gay


gambar keluarga gay

SOAL JAWAB USTAZ AZHAR: HUKUM UCAP MERRY CHRISMAS

AzharHUKUM UCAP MERRY CHRISMAS KEPADA ORANG KRISTIAN
Sekarang ni kecoh pasal isu Ucap Merry Chrismas kepada orang Kristian. Ada banyak info yang mengatakan haram mengucap ucapan itu kepada orang Kristian. Ingin tahu sebabnya? Bersama-sama kita ikuti Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus ini:

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.


~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~

SUMBER: FACEBOOK

22 Dis 2011

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

Kata-kata hikmah dan mutiara kata
Apa itu Hot Chelle Rae? KLIK SINI

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH / KATA-KATA MUTIARA INDAH UNTUK MOTIVASI DAN PENGISIAN JIWA.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Anda adalah seorang pahlawan terbilang andainya dapat menewaskan musuh yang besar iaitu nafsu.

Anda adalah seorang jutawan budiman andainya suka menderma dan bersedekah.

Anda adalah seorang ratu cantik terhebat andainya ikhlas menutup aurat.

Anda adalah seorang ilmuan tersohor andainya suka beramal dan berkongsi ilmu.

Anda adalah seorang jelitawan dan rupawan andainya berakhlak mulia.

Anda adalah seorang yang alim dan warak andainya hati dipenuhi iman dan taqwa.

Anda adalah seorang ulama yang agung andainya berjuang dengan ikhlas, tidak riak dan sombong.

Anda adalah sahabat sejati andainya sentiasa berada di samping sahabat
dalam semua keadaan sama ada senang atau pun susah.

Anda adalah pemimpin yang bijaksana andainya dapat melaksanakan amanah
yang berat dengan jujur dan menunaikan janji.

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri tanpa dirinya dikuasai oleh nafsu sendiri.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari meyumpah kepada kegelapan.

Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Mana mungkin anda dapat berjalan jauh jika langkah pertama belum bermula. Jadi, mulakan langkah pertama dari sekarang.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
 
Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan benda yang anda suka.
 
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
 
Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah.
 
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu atau seseorang itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
 
Tiada kejayaan yang semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
 
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
 
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
 
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
 
Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.
 
Orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik atau ditegur.
 
Lebih baik musuh yang memberitahu secara telus dan jujur kelemahan diri daripada sahabat yang berdiam diri daripada bercakap benar.





















KOLEKSI GAMBAR KARTUN MUSLIMAH

KUMPULAN GAMBAR KARTUN MUSLIMAH BERJILBAB
a
Khas untuk pembaca setia blog Ammar, kali ini Ammar nak kongsikan koleksi gambar kartun muslimah yang cantik-cantik untuk anda semua. Mungkin ramai yang suka mengumpul gambar-gambar kartun muslimah ini sebagai penghias skrin telefon bimbit atau dijadikan sebagai latar belakang desktop komputer.

Sekarang tanpa perlu mencari lagi koleksi gambar-gambar kartun muslimah di blog atau laman web lain anda boleh terus mendownload semua gambar-gambar ini di Blog Ammar. Klik pada gambar dan terus copy atau terus save images ke dalam komputer anda. Semoga anda terhibur!!!

Cute Muslimah 2


images


Islamisbeautiful2


Kartun berkerudung


kartun muslimah


kartun pak imam


kartun-islami9


muslimah..


muslimah2_baca_doa


muslimah-berjilbab1


muslimah-kartun-7


Picture 4


remoteImage.jsp


Wajah-Aisyah-Puteri-Dakwah


2


3


4


9


18

KOLEKSI DUIT KERTAS DAN SYILING RINGGIT MALAYSIA BARU 2012

GAMBAR DAN VIDEO WANG BARU RINGGIT MALAYSIA 2012
Duit baru 2012
Seperti sedia maklum Bank Negara Malaysia baru sahaja memperkenalkan siri baru duit kertas dan duit syiling Malaysia. Duit syiling akan digunakan pada awal tahun 2012 dan manakala duit kertas pula akan digunakan pada bulan Julai 2012. Wang kertas baru yang dikeluarkan adalah RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, dan RM1. Bagi kategori wang syiling pula wang baru yang dikeluarkan dan akan berada di pasaran ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


Duit Malaysia baru
Bentuk dan corak duit syiling ini sangat berbeza dengan duit syiling sebelum ini. Perbezaan yang jelas adalah pada corak yang dipaparkan di belakang duit ini. Corak yang dilihat pada gambar ini kelihatan seperti corak batik.

new_banknotes
Wang baru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, kejaiban alam semulajadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Gambar dibawah ini merupakan koleksi gambar wang terbaru yang dikeluarkan oleh BNM.

01_RM100_bm

02_RM50_bm

03_RM20_bm

04_RM10_bm

05_RM5_bm

06_RM1_bm

VIDEO WANG KERTAS BARU 2012