16 Jan 2012

BJW YANG SUPER EXTREME

takeshi sasaki_1
Bagi peminat sukan extreme mungkin dah tahu kalau sebut pasal WWE. Tanggapan pertama yang muncul di fikiran mereka WWE adalah sukan gusti atau lebih dikenali sebagai World Wrestling Entertainment. Ammar pun antara peminat WWE. Ammar suka tengok cara dia “fight” walaupun sebenarnya diorang berlakon semata-mata. Memang betul pun diorang berlakon kan? Sepuluh kali tumbuk kat muka tapi tak pecah pun muka tu. Nampak sangat nipunya, Tapi Ammar suka dengan skill perlawanan diorang.

Sebut pasal WWE semua orang tahu kan? Tapi kalau Ammar sebut pasal BJW korang tahu tak? BJW dalam bahasa penuhnya adalah Big Japan Pro Wrestling atau lebih dikenali sebagai gusti Jepun. Korang ingat Mat Salleh je ke ada gusti ni, Jepun pun ada jugak. Tapi gusti Jepun ni lain macam sikit sebab lagi extreme dari WWE.

BJW adalah antara gusti paling extreme di dunia. Korang tahu tak kenapa? Mana tak extremenya siap main lampu kalimantang lagi untuk pukul orang. Kalau korang tengok WWE mesti pengadil halang bila pengusti nak guna barang seperti kerusi atau tangga kan? Tapi berlainan pulak dengan BJW ni. Pengadil bukan nak halang tapi siap betulkan tangga lagi untuk pengusti tu terjun atas pihak lawan.

Kalau WWE berdarah sikit je kan? Tapi BJW ni seluruh tubuh penuh dengan darah. Mana tak berdarahnya, diorang tu memang tak ingat dunia kalau bergusti, siap guna paku picit lagi. Nak tahu diorang buat macam mana? Diorang tabur pakut picit banyak-banyak lepas tu angkat pihak lawan pastu hempap atas paku tu. Sakit doi… Korang tengok lah badan pengusti ni penuh dengan parut-parut luka. Gila punya kerja kan?

Paling gila lagi diorang ambil kaca lampu kalimantang yang pecah tu pastu letak dalam mulut dan tumbuk mulut pihak lawan, Aduih!!! Sakitnya. Dahlah mulut kena letak kaca pastu kena tumbuk pulak. Berdarah lah jawabnya. Diorang ni memang tak takut mati betul lah. Kalau korang rasa kuat sangat pergilah join sekali masuk BJW ni.

abdullah-kobayashi-kenzan


art204-luchafluorescente-fig2


fp_3273286_barm_extreme_wrestling_071509


I0000R_SsAcUVC2g


MiyamotoLighttubeKnee


1A1A1A1A1A1A(1A1A1A1A1A1A)

2 ulasan:

izfanora berkata...

pergh.. muntah tgk ! uwekk ! kerja giler !

AMMAR YASIR berkata...

Mmg gila pun. Nak mati cepat gamaknya