14 Jan 2012

BLOG NORA ELENA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

nora elena-uchi 2011
Assalamualaikum dan salah sejahtera pembaca Blog Ammar.

Nora Elena adalah salah satu nama yang tidak asing lagi bagi kaki-kaki Drama Melayu terutamanya kaki drama TV3. Dulu demam Nora Elena hampir merebak seluruh Malaysia termaksuklah blogger. Tahu tak drama popular Nora Elena tu? Kalau tak tahu mungkin korang tak suka tengok TV kan?

Sebenarnya dulu Ammar jarang jugak tengok TV sebab masa tu masih belajar dekat Kolej so jarang lah tengok TV. Oleh kerana zaman sekarang dah canggih dengan hanya menggunakan komputer pun boleh tengok drama ni. Akibat terlalu ketagih untuk tengok drama ni Ammar pun daftar kat Tonton.Com.My sebab tak nak terlepas tengok drama ni. Semua episod kot Ammar tengok. Dari episod awal sampai akhir.

Drama Nora Elena yang pasti memberi kesan yang mendalam buat yang menghayatinya. Lakonan mantap Hero, Aaron Aziz dan Heroin Siti Saleha memantapkan lagi drama ni. Heronya yang kacak dan romantik pasti membuat ramai yang jatuh cinta dengannya. Pernah dulu segelintir blogger yang update blog bercerita pasal Seth Tan. Ramai yang berangan nak jadi Seth Tan yang super romantik tu terutamanya BEN ASHAARI.

Tak ada ke yang nak jadi macam Nora Elena? Ammar kalau boleh nak jadi suami kepada Nora Elena. Boleh kan? hehehehe…. Korang tahu tak blog Nora Elena A.K.A. Siti Saleha? Mungkin ramai yang tak tahu. Jom kita semua usha blog Nora Elena. KLIK SINI.

Baru Ammar tahu sebenarnya Siti Saleha ni baru je umur 22 pada tahun ni. Muda lagi lah dia ni. Ammar lagi tua setahun lah dari dia. Patut lah muka dia macam remaja lagi. Fresh. Huhuhuhuhu…

4 ulasan:

Gaung aka fahamimajid berkata...

ramai yang nk jadi seth rupenyer..okay...muka remaja muka fresh...muka fresh sebb slalu bgun pgi kot..hehe.morning ammar.

ENTRI TERBARU: Kaitan Bontot Wanita Malaysia dan Penjenayah Niger...

AMMAR YASIR berkata...

Hahahaha... Ada-ada je. Ok. Selamat pagi

syuziafrina berkata...

xpernah tgk..tp bile sume cite nora elena bez..nk tgk jgkla..hee~

AMMAR YASIR berkata...

Apa-apa pun cite ni mmg best