BUNYI ANEH DAN MENAKUTKAN DARI LANGIT DI SARAWAK DAPAT PERHATIAN DUNIA

awan-600x341
Semalam Ammar ada terbaca satu artikel yang bertajuk “Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia” di sebuah blog terkenal tapi Ammar langsung tidak berminat untuk menulis mengenai berita ini. Ammar kurang percaya benda-benda yang misteri dan aneh melainkan ada bukti yang kukuh mengenai sesuatu misteri.

Hari ini Ammar membaca beberapa buah blog yang lain tetapi turut menyiarkan benda yang sama iaitu “Bunyi Pelik Dari Langit di Kota Samarahan, Sarawak”. Oleh kerana kisah ini mendapat perhatian ramai pihak dan naluri Ammar dapat merasakan cerita ini adalah cerita benar dan bukanlah rekaan semata-mata, hari ini Ammar tertarik untuk menulis artikel mengenai cerita ini.

Ikuti petikan dari blog Mynewshub:
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
 
Mungkin kisah ini adalah kisah betul yang dialami oleh penduduk di Kota Samarahan, Sarawak. Adakah peristiwa ini memberikan sesuatu petanda kepada kita semua? Ikuti berita selanjutnya di SINI.





{ 19 comments.. read them below or add one }

Fay Fay 18 Januari 2012 1:37 PTG
kena tanya pada yang pakar.. ^^
Tanpa NamaTanpa Nama 18 Januari 2012 9:58 PTG
mmg ada bunyi tu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Januari 2012 11:00 PTG
Macam mana kejadian tu? Boleh cerita lebih lanjut x?
Laurie Gina Laurie Gina 19 Januari 2012 10:32 PG
erm , mmg betul pun kejadian tu.17 january 2012 ialah tarikh dimana benda yang sama melanda London UK.
Tanpa NamaTanpa Nama 19 Januari 2012 11:49 PG
siapa tak takut..... yg pelik nya bunyi tersebut akn berhenti bila azan berkumandang.....
Tanpa NamaTanpa Nama 19 Januari 2012 11:52 PG
saya salh seorang penduduk di sana ... pun begitu pada malam tersebut ia sudah di dengar pada 10 januari iaitu pada malam sebelum berangkat ke KL.... semua penduduk bertanya kan tentang bunyi tersebut sehingga bunyi tersebut juga didgr pada siang hari..... tp yang peliknya bunyi akan berhenti setelah azan berkumandang....
Tanpa NamaTanpa Nama 19 Januari 2012 2:23 PTG
salah satu daripada tanda2 besar kiamat. Kejadian bunyi bising di langit. Wallahu alam..
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Januari 2012 3:59 PTG
Tanda-tanda besar kiamat sudah ada.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Januari 2012 4:01 PTG
Subhannallah.... Mmg betul-betul terjadi lah
Tanpa NamaTanpa Nama 19 Januari 2012 4:59 PTG
mmg seram, cube google kat youtube mmg banyak video bunyi ni dari negara lain.. time frame pun same.. tp mmg nak tau bunyi ape ni... salah sorg kawan sy ckp dunia dah tue..
bsyok bsyok 19 Januari 2012 6:25 PTG
http://bsyokonline.blogspot.com/ terdapat Cannel online ASTRO ARENA ,ASTRO CERIA, ASTRO OASIS ,ASTRO PRIMA ,ASTRO RIA ,AXN ,DOCUMENTARY TV ,E-KOREA ,FOX MOVIE, HBO ,MALAYSIA YOUTH Tv .NTV 7, RTM TV 1 ,RTM TV2 ,TV 3 ,TV 8, TV 9.
Tanpa NamaTanpa Nama 19 Januari 2012 8:16 PTG
ia mmg benar2 terjadi.... bkn setakat 1 kpg tp bleh dikatakan seluruh samarahan... sampaikan cousin sya yg masih kecil juga bertanya kan tentang bunyi tersebut......
mohd noor mohd noor 22 Januari 2012 8:20 PTG
perlu bertaubat selalu mohon keampunan agar dilindungi
Allah di akhir waktu ini.Amin