13 Jan 2012

CARA MELAJUKAN BROADBAND

CARA UNLIMATE BROADBAND CELCOM, DIGI DAN MAXIS

celcom-broadband

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia Blog Ammar.

 

Apabila bergelar sebagai blogger dan kaki internet dua perkara wajib yang perlu dimiliki adalah komputer dan internet. Ada internet tetapi tiada komputer sedikit merumitkan untuk blogger. Pada zaman serba canggih ini hanya dengan menggunakan telefon bimbit kita mampu surf internet. Lain blogger lain citarasa, Ammar lebih suka update blog dengan menggunakan komputer berbanding dengan telefon bimbit kerana sangat mudah dan cepat dengan menggunakan software windows live writer.

 

Bayangkan jika kita mempunyai komputer tetapi tiada internet. Begitu susah untuk surf internet. Dengan broadband kita boleh surf internet dimana sahaja tidak kira masa. Tetapi perkara yang paling dibenci oleh kaki internet apabila kelajuan broadband sangat siput. Kalau hendak dibandingkan dengan siput mungkin siput lebih laju daripada loading page dengan menggunakan broadband.

 

Saat inilah anda mula merasa geram dan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dari broadband celcom, maxis, digi dan banyak lagi jenis-jenis broadband. Anda mula mempertikai, “bayar bulan-bulan dahlah mahal tapi internet macam siput”. Adakah anda pernah mengalami masalah sebegini? Broadband sangat perlahan walaupun baru sahaja bayar bil. Disini Ammar mahu berkongsi dengan anda semua cara untuk melajukan broadband yang sangat perlahan. Teknik ini juga mungkin boleh unlimate broadband anda yang telah habis bandwidth. Caranya sangat mudah, hanya mengikuti cara-cara dibawah ini.

 

Cara melajukan broadband:

  1. Klik start pada komputer anda
  2. Di bahagian search cari gpedit.msc dan klik gpedit.msc
  3. Selepas itu klik Local Computer Policy—>Administrative Templates
  4. Klik Administrative Templates—> Network
  5. Dari Network,double click  QoS Packet scheduler
  6. Lihat menu sebelah kanan dan anda akan menjumpai Limit Reservable Bandwidth
  7. Double click pada Reservable Bandwidth
  8. Kemudian ubah setting dari Not Configured —> Enabled
  9. Pada bahagian Options,tukar Bandwidth Limits dari 20 —> 0
  10. Klik Apply, Ok
  11. Langkah terakhir restart komputer

 

Adakah anda telah mencuba tutorial melajukan broadband ini? Jika anda telah mencuba sila nyatakan pendapat mengenai teknik ini. Adakah ianya boleh unlimite broadband celcom, digi, maxis anda? Tinggalkan komen anda pada ruangan komen dibawah entri ini. Tidak berjaya menggunakan teknik ini? Jangan bimbang, Ammar masih mempunyai satu lagi tutuorial untuk melajukan broadband. Tunggu entri Ammar di masa akan datang. Semoga anda menjadi pembaca setia blog ini. Selamat mencuba!!!

23 comments:

Arra Ahmad said...

menjadi ke? nanti bila dah slow nk try juga..:)

AMMAR YASIR said...

Arra Ahmad: Try lah dulu dah tengok hasil.Huhuhuhu

shafiqah jai ~ said...

gpedit.msc tu tak ada pun ~

AMMAR YASIR said...

shafiqah jai: Takde? Pakai windows apa?

Batman said...

window vista camner ?

Atia Balqis said...

x jpa pn...gpedit.msc...

Kira Kekuri said...

menjadi! thanks ammar~ ^^

Nur Liyana said...

x jmpa gpedit.msc..huhu nk try...

Anonymous said...

kalau P1 macam mana ye?

ZURHAN's family said...

xjmpe pown gpedit.msc

Puan Gojes said...

tak jumpa pun gpedit.msc :(

arin jangkar said...

ia lah....x da pn

azizi said...

awak semua, kamu oleh download kat
http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyID=18c90c80-8b0a-4906-a4f5-ff24cc2030fb&displaylang=en

aRe mIrUlz said...

yeahh....!!! mnjadila...thnz Ammar... >.<

Anonymous said...

boleh x tlg jelaskn lbh lnjut lg sbb x jmpa pn gpedit.msc tuh.

Anonymous said...

dah tak boleh dah, digi,celcom, maxis punya malaon dah dapat tau haha

Anonymous said...

menjadi bro...tengkiu

NuR hANiS HaShiM said...

klo gpedit jer? xpe ke?

remoih serr said...

"Cara nak stabilkan broadband"
hehehe.. mai masuk sini http://semangkukcawan.blogspot.com/2012/07/cara-lajukan-broadband.html ada cara yang lagi senang.
tak perlu menaip. cuma tekan sahaja software ni. dia run semua..

cukup mudah dan ringkas.
yg paling best tak perlu tau IP Korang. Semua software ni cari sendiri..

mat rambo said...

jd slow lak pulak...guna "cmd" lg laju...mcm mana nk kena tukar balik ker atau biar saja..

mat rambo said...

mcm mana nk tukar ke asal lik...cara ni lg slow jadinya...

jhonny jomitol said...

sama jga xlaju..

Anonymous said...

HANG BOHONG BESAQ X CAYA AKU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...