30 Jan 2012

DAPAT PASS PERCUMA PRESS CONFERENCE & MOVIE PREVIEW “CHANTEK”

Chantek poster
Petang tadi Ammar dapat jemputan dari Bro Framestone untuk Press Conference(sidang media) filem terbaru arahan Pierre Andre iaitu “Chantek”. Insyaallah kalau tiada halangan esok Ammar akan hadirkan diri ke press conference tu. Sejak bergelar seorang blogger, ini adalah kali pertama Ammar bakal hadirkan diri ke press conference. Perasaan? Macam-macam bermain di fikiran. Press conference tu macam mana ek? Tak tahu lah apa yang akan buat dalam press conference tu. Macam ceramah motivasi yang mengantuk tu ke? Huhuhuhuhu.. Tidak!!!!! Tak tahu lah macam mana. Apa-apa pun tunggu esok untuk segala jawapan atas persoalan tu.

Korang tahu tak filem Chantek tu apa? Filem Chantek adalah sebuah filem arahan Pierre Andre yang berkisah mengenai seorang bintang filem bernama Ad yang menjadi buta akibat dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Setelah itu Ad menjadi fobia dengan perempuan dan akhirnya berubah apabila bertemu Chantek.
HOT!!! VIDEO KEJUTAN DARI MAS DI KLIA. KLIK SINI UNTUK TONTON
Filem Chantek bakal menemui penonton pada 16 Februari 2012. Nantikannya di pawagam tidak lama lagi.

Anda lapar? Mencari tempat makan terbaik? Jom ke OpenRice. KLIK SINI

2 ulasan:

UdinZ.com - Fakhruddin berkata...

tahniah...mesti best citer ni..

AMMAR YASIR berkata...

Memang betul-betul best cite ni