4 Jan 2012

GAMBAR MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH KHAIRUL FAHMI CHE MAT

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH KHAIRUL FAHMI CHE MAT
380473_10150456423642592_358919387591_9178776_1625400826_n
Sebentar tadi telah selesai majlis penyerahan kunci rumah kepada Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis penyerahan kunci rumah itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Y.A.B. TG Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Rumah banglo itu dihadiahkan oleh kerajaan negeri Kelantan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu. Sebelum ini majlis penyerahan itu tertangguh berikutan Khairul Fahmi sibuk menjalani latihan.

383185_10150456409207592_358919387591_9178661_543870126_n
Berikut adalah status Facebook Menteri Besar Kelantan:
“Alhamdulillah, selesai menyempurnakan majls penyerahan kunci rumah kpd Khairul Fahmi. Saya sempat menitipkan pesn kpd beliau dan semua ahli sukan agar menjauhi dadah krn ia akan memusnahkan karier. Kedua, ahli sukan perlu menunjukkan model contoh yg baik dari sudut penampilan dan syakhsiah untuk anak-anak muda dan ketiga, khusus kepada beliau, saya harap supaya cepat mendirikan rumahtangga, kerana dgn cara tersebut lebih sempurna kehidupan dan lebih terhindar dr perkara yg tdk diingini. Semoga anak Kelantan dapat mencontohi kecemerlangan yg ditunjukkan oleh beliau samada dlm bidang sukan atau bidang yang lain....”

Semoga pemberian inisiatif ini dapat meningkatkan lagi motivasi ahli sukan ini dan seterusnya pencapaiannya terus cemerlang di masa akan datang.

1 ulasan:

Rozuan Ismail berkata...

wah,dapat banglo baru.huhu