18 Jan 2012

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

isteri menangis
  • Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
  • Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
  • Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
  • Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
    • Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
    • Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

  • Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
  • Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
  • Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
  • Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
  • Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
  • Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.

7 ulasan:

Lulu Caldina berkata...

hargai mereka selagi ada...

Entri terkini Lulu-Pages...

CIK MAY berkata...

hm..sedih pulak...teringat mak abah kat kg..

AMMAR YASIR berkata...

Betul tu. Selagi mereka ada. Kalau dah tak ada menangis air mata darah sekalipun dah xguna lagi

AMMAR YASIR berkata...

Sentiasa mengingatinya

◕‿◕ nurul huda bt.mohamad @ miss kirana karmila berkata...

HUHU..kt ostel dolu2 slalu lupe nk call parent..insaf..insaf..:D

AMMAR YASIR berkata...

Ingatilah mereka selalu. Huhuhuhuhu

civics04 berkata...

Sedikit sebyk hati yg membaca akan tersentuh dan kembali menjalin..thanks