KEPALA ROBEK KENA CAKAR HARIMAU

KEPALA ROBEK KENA CAKAR HARIMAU BINTANG SESAT

Kepala robek kena cakar harimau

Kejadian ini berlaku di Gauhati, India. Dalam kejadian itu, mangsa serangan harimau bintang pada mulanya berbual bersama telefon bimbit di luar rumahnya tetapi malang tidak berbau apabila dia diserang oleh binatang liar yang ganas itu.

 

Mangsa dikatakan seorang peguam yang berumur 50 tahun.  Di dalam gambar diatas jelas menunjukkan kepala mangsa terkoyak apabila harimau bintang itu menerkam lalu mencakar mangsa. Gambar itu sempat dirakamkan oleh jurugambar akhbar tempatan India, Leopard Attack.

 

Selain itu, haiwan liar itu turut mencederakan 4 orang yang lain sebelum ditembak dengan ubat pelali. Difahamkan harimau bintang itu sesat dan merayau-rayau di kampung itu sebelum menyerang penduduk kampung.

 

Kena baham harimau bintang

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi nyawanya tidak dapat diselamatkan. Mangsa serangan harimau bintang ini disahkan meninggal dunia akhirnya.

0 comment... add one now