LAMAN WEB WIKIPEDIA DITUTUP HARI INI

Wikipedia bergelap
WIKIPEDIA BERGELAP BANTAH SOPA DAN PIPA
Apabila membuka laman web Wikipedia versi Inggeris akan terpapar seperti gambar di atas yang bertulis “Imagine a World Without Free Knowledge” yang bermaksud “Bayangkan Dunia Ini Tanpa Pengetahuan Percuma”. Tindakan itu dilakukan oleh Wikipedia bagi menyatakan bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian(SOPA) atau dalam versi Senat dipanggil Akta Melindungi Protokol Internet(PIPA).

Penutupan laman web ensiklopedia dalam talian itu selama 24 jam bermula tengah malam Rabu bagi bantahan terhadap SOPA dan PIPA yang kini sedang diperdebatkan oleh Kongres Amerika Syarikat. Selain Wikipedia, laman berita Reggit dan blog Boing Boing turut serta dalam protes itu.

Pengasas Wikipedia, Jimmy Wales berkata, perkara  yang terkandung dalam dua rang undang-undang itu akan memberi kesan yang besar walaupun tidak mempunyai kaitan dengan cetak rompak.

6 comments.. read them below or add one

CiK FizA CiK FizA 19 Januari 2012 12:38 PTG
owwhhh. baru tau. Hee. pas baca post nie baru search en. wikipedia tu. Hee. memang betol la :DD
Mardhiyyah Ridzuan Mardhiyyah Ridzuan 19 Januari 2012 2:18 PTG
No wonder bukak tadi dapat gitu. Anyway, Kshownow pun dah lama ura2 kan mende alah ni.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Januari 2012 3:56 PTG
Tapi kejap je jadi cmni. 24 jam je
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Januari 2012 3:57 PTG
Ni pasal kes SOPA dan PIPA lah
Fay Fay 19 Januari 2012 4:37 PTG
orang cakap kalau nak jugak tengok wiki tu, press ESC before dia habis loading..