LOKASI PERHIMPUNAN BEBASKAN ANWAR 901

Lokasi-perhimpunan-Bebaska-Anwar-901
Esok merupakan tarikh 9/01/2012 atau lebih dikenali sebagai 901. 901 merupakan tarikh dimana mahkamah akan mengeluarkan keputusan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Esok merupakan tarikh keramat bagi tertuduh iaitu Anwar Ibrahim. Esok juga mahkamah akan menentukan bahawa beliau bersalah atau tidak atas tuduhan kes liwat terhadap Saiful Bukhari.

Menjelang keputusan mahkamah pada tarikh 9/01/2012, Pakatan Rakyat akan melakukan satu perhimpunan yang dikenali sebagai Perhimpunan Bebaskan Anwar 901. Lokasi perhimpunan 901 adalah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Dalam perbincangan polis dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Mohamed Azmin Ali, 10 syarat telah dipersetujui antaranya ialah:
  • Polis akan memasang pita had kawasan perhimpunan
  • Dilarang kain rentang ‘Bebaskan Anwar 901′ atau ‘Bebaskan Anwar’
  • Dibenar hanya dua ‘loudhailer’ bagi kawal peserta
  • Dilarang berucap
  • Dilarang mengganggu prosiding mahkamah
  • Jika kawasan penuh, peserta lain perlu beredar
  • Penganjur perlu memastikan peserta tidak membawa senjata
  • Bersurai tidak lewat daripada satu jam selepas keputusan mahkamah
  • Patuhi arahan polis
  • Dilarang melakukan khianat atau merosakkan harta benda awam
  •  

2 comments.. read them below or add one

Dr Love Dr Love 9 Januari 2012 3:34 PG
ini semua sampah masyarakat saja
Tanpa NamaTanpa Nama 9 Januari 2012 2:41 PTG
ya betul masyarakatlah selalu membuang sampah merata rata