14 Jan 2012

MEJA KOPI PALING COOL

Meja play station
Tiada batasan yang dapat membatasi kreativiti manusia. Manusia bebas memikirkan kreativiti demi kreativiti sepanjang zaman sehinggalah terciptanya benda-benda baru yang tidak terfikir oleh manusia sebelum ini. Kali ini marilah kita membuka fikiran kita seluasnya dengan melihat gambar-gambar ini sebagai sumber utama penciptaan kreativiti.

Adakah anda mempunyai kreativiti sebegini? Atau lebih kreatif dari ini? Manusia mempunyai akal fikiran yang tidak terbatas dan selalunya fikiran manusia sering berubah dari masa ke semasa. Zaman berzaman pasti ada ciptaan baru yang muncul di dunia ini. Saat kita berangan suatu hari nanti manusia akan terbang lalu terciptanya kapal terbang yang tidak pernah dibayangkan oleh manusia sebelum ini. Saat manusia berfikir mampukah mereka bercakap beribu batu jauhnya lalu terciptanya telefon yang membolehkan manusia bercakap pada jarak yang jauh.

Kreativiti manusia semakin hari semakin banyak dan pasti ada benda baru yang akan dicipta. Adakah kita hanya sekadar menggunakan barangan hasil kreativiti orang lain? Bilakah kita pula yang akan menghasikan kreativiti sendiri? Tanya diri sendiri apa yang anda hasilkan pada masa akan datang. Mencipta sesuatu barangan hasil kreativiti sendiri? Satu matlamat yang sangat bagus dalam hidup. Semoga berjaya!!!

meja predator


meja rumpai laut


meja skate


meja unik


meja akuarium


meja engin kereta


Meja gitar


meja iphone


meja komputer


meja pemanggang

Tiada ulasan: