MOTOSIKAL TERBESAR DI DUNIA

motosikal rekod terbesar di dunia
Inilah motosikal saiz gergasi dan paling besar didunia. Motosikal buatan tangan ini adalah hasil rekaan dari sekumpulan peminat motosikal dari Jerman Timur. Berat sebuah motosikal ini adalah hampir lima tan dan panjangnya lima meter setengah.

Tahukah anda apakah enjin yang digunakan oleh motosikal sebesar ini? Enjin motorsikal? Kereta? Semuanya tidak tepat. Motosikal terbesar di dunia ini sebenarnya menggunakan enjin kereta kebal Soviet T55 berkuasa 800 hp. Percaya atau tidak itulah realitinya. Hebat bukan?

Motosikal yang mempunyai enjin 800 berkuasa kuda ini telah dicatat sebagai motosikal yang paling berat dan besar di dunia. Pegawai dari Guinness World of Record telah mencatatkan berat motosikal ini adalah 4740 Kilogram. Ini adalah motosikal paling berat di dunia.

Motosikal terbesar di dunia


Motosikal terbesar


Motosikal besar


Motosikal paling besar di dunia

0 comment... add one now