PERKAKAS RUMAH YANG MODEN (1)

9
Semalam Ammar ada kongsi benda menarik hasil kreativiti manusia di entri SINI. Hari ni Ammar nak kongsi satu lagi benda menarik iaitu garfu moden yang dilengkapi dengan kipas. Tujuan kipas? Untuk menyejukkan makanan. Biasanya kalau makan mee atau meggi yang panas kita selalu tiup mee tu untuk bagi sejuk tapi dengan menggunakan teknologi baru hasil kreativiti manusia ni kita tidak perlu lagi meniup. Cukuplah satu garfu ini yang menyejukkan mee.

Sekarang anda tidak perlu risau lagi untuk makan mee yang panas dengan segera. Terus makan mee dengan guna garfu moden ini. Tidak perlu lagi menunggu mee itu sejuk dahulu. Garfu ini sesuai digunakan menggunakan tangan kiri atau kanan. Apa yang menarik mengenai garfu ini adalah selamat dibasuh walaupun kipas ini adalah barangan elektronik. Menarik bukan? Agak-agak bila garfu ni akan dijual?

2 comments.. read them below or add one

Lydia Miza(Aidyl Azim) Lydia Miza(Aidyl Azim) 15 Januari 2012 3:46 PTG
canggihnya peralatan skrg ni ye Ammar
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Januari 2012 4:05 PTG
Hahaha.... Tu lah.. Sis try lah beli garfu ni satu. Heeeeee