16 Jan 2012

PERKAKAS RUMAH YANG MODEN (2)

Pengepit
Untuk entri perkakas rumah yang moden kali ini Ammar nak kongsi gambar pengepit bbq. Biasanya pengepit bbq hanya sekadar pengepit tapi untuk pengepit bbq moden ni bukan sahaja boleh kepit daging tapi siap boleh tahu daging yang kita masak tu dah masak ke belum.

Hasil ciptaan manusia yang super kreatif akhirnya berjaya menghasilkan alat ini yang dipanggil pengepit bbq moden. Ammar sendiri pun tak tahu macam mana alat ni kesan daging tu masak ke tak. Kalau nak kata kesan guna suhu rasa macam tak logik lah pulak sebab suhu tidak semestinya menjamin daging tu masak ke tak kan?

Sampai sekarang Ammar masih terfikir teknologi apa yang digunakan pada pengepit ni. Rasanya boleh percaya ke dengan pengepit bbq moden ni? Kan tak pasal-pasal bbq tu tak masak nanti. Makan daging mentah lah jawabnya kalau terlalu percaya dengan teknologi moden ni. Moden ke? Moden lah sangat kan? Heeeeeeeeee…

Tiada ulasan: