PERKAKAS RUMAH YANG MODEN (4)

28
Kembali semula dengan entri perkakas rumah yang moden. Untuk perkakas rumah yang moden keempat ini Ammar nak kongsi gambar teko moden. Jika kita lihat sekarang, banyak barangan dan alatan yang mempunyai banyak fungsi contohnya seperti minuman 3 in 1 dan banyak lagi. Kali ini teko dengan dua penuang.

Kebiasaan teko biasa mempunyai satu penuang kan? Tapi untuk teko moden ni mempunyai dua penuang dan boleh menuang dua cawan air sekaligus. Kreatif kan? Teko ini sesuai untuk seisi keluarga terutamanya yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Sekali tuang dah dapat dua gelas air kalau dua kali tuang mesti dah empat gelas air kan?

Teko ini buka sahaja memudahkan pengguna tetapi apa yang paling penting boleh menjimatkan masa. Bagi suami isteri yang bekerja bolehlah membeli teko ini kerana boleh menjimatkan masa anda. Nak pergi kerja lagi, nak siapkan sarapan lagi kan? Banyak kerja. Dengan mempunyai teko ini anda dapat menjmatkan masa.

0 comment... add one now